Seasons in the Sun

Alhamdulillah wassolatu wassalamu Alaa Rasulillah Wa Alaa Alihi wasohbihi Ajmain.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selautan kasih dan cinta buat khatimul anbiya, Al-Amin, Nabi SAW, dengan sunnahnya, telah memberi hikmah dalam kehidupan seorang hamba. Tidak lupa kepada Para Sahabat, Tabiin, serta saudara saudari pembaca yg di kasihi Allah.

Malam nie, sebelum kita melakukan sesuatu, marilah kita bermuhasabah seketika, tutup mata, dan cuba bayangkan  keadaan saudara-saudara kita di Palestine juga Syria. Bayangkan tangisan mereka. Bayangkan tangisan anak-anak yang kehilangan ibu dan bapa. Buat ibu dan bapa, cuba bayangkan kesedihan ibu dan bapa yang kehilangan anak-anak mereka. Sudah tentu kita di Malaysia berada di musim bola, namun janganlah kerana bola kita lupakan hal di sana. Mati dalam keadaan kita bermuhasabah lebih elok dari mati dalam keadaan menonton bola. renung2kan..


Bila terdengar lagu seasons in the son (nyanyian penyanyi dari ireland) di corong-corong audio, teringat kisah silam bersama sahabat-sahabat. Kisah yang manis dan kisah yang pahit. Sememangnya memori yang lama terus memberi semangat kepada diri ini untuk terus berusaha ke arah yang lebih baik.

"Goodbye to you my trusted friends
We've known each other since we were nine or ten 
Together we've climbed hills and trees 

Learned of love and ABC's 

Skinned our hearts and skinned our knees" 


Teringat pulak kat sahabat lama ketika di tadika sampai lah ke sekolah. (huhu..) Masing-masing dah membawa diri. Mungkin diri ini pun dah dilupai. Tak apalah, yang penting, kebahagiaan telah mereka kecapi.
Ada yang dah bekerja dan ada yang dah berkahwin. Hanya diri ini masih di gelar pelajar. Bila lah nak grade nie..semoga cepat2 grade..dan continue master pula..insha Allah.. (huhu...).

Ketika zaman tadika, kira zaman seniorlah katekan. So adelah adik2 junior yang tiap masa kami buli. Kunci depa kat satu bilik ni supaya tak dapat keluar. last2, kena report. Kena denda. so tengahari tak dapat makan lauk ayamm. (uwaaa)

Semasa di zaman bangku sekolah pula, asik gaduh sahaja. Betul lah kata orang2 lama, anak muda darah panasnya kian membara. Namun, panas2 pun, hati tetap lembut.;) tapi.. bila dah masuk ke alam dewasa ni, rasa dan perasaan tiba-tiba berubah ke arah yang lebih matang.. kalau dahulu gaduh mulut, sekarang bertumbuk.. (joke) + (haha)

"Goodbye my friend it's hard to die 
When all the birds are singing in the sky 

Now that spring is in the air 

Pretty girls are everywhere 

Think of me and I'll be there "


Kadang-kadang bila diri ni dalam kesusahan, selain ibu bapa, sahabat lah tempat untuk kita mengadu. Segala permasalahan kita, sahabat kita akan tahu kerana tanpa meluahkan masalah di hati, pendam menjadi medan yang penuh berduri. Semasa di zaman sekolah rendah masa tu perasaan suka tu tiada lagi. Jadi biasalah duk kacau dak2 puan. Gaduh memang takyah cakaplah. Masa tu budak puan yang selalu start gaduh, so dak laki ending kan pergaduhan tersebut.

Tapi start sekolah menengah, perasaan tu tiba-tiba berubah..(hehe..) jeng3..

"We had joy we had fun we had seasons in the sun 
But the hills that we climbed were just seasons out of time" 

Namun, segala keseronokan di masa lalu, hanya lah menjadi memori-memori yang tidak mungkin berulang kembali. Bersyukurlah di atas segala memori-memori indah yang menjadi teman muhasabah. Usia yang semakin meningkat, peraturan dan ikhtilat di antara kawan-kawan laki dan perempuan pun turut meningkat. Ada benda yang kena di jaga kerana masing-masing akan bertemu jodoh kelak. Jagalah diri, dan Allah akan menjaga pasangan yang di cintai. (hehe..) Insha Allah..





Free Syria Free Palestine!
Reactions: 

1 tautan hati:

muhammad fakhar muhammad nur said...

As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0