Hidup berteknologi, Mati?

Alhamdulillah wassoalatu wassalamu alaa Rasulillah. Wa a'laa alihi wa sohbihi ajmain.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Tuhan yang memiliki segala2nya, dari alam roh ke alam dunia. Dia yang menjadikan manusia dari pelbagai keindahan rupa dan warna, bangsa dan rasa, supaya manusia sentiasa memikirkan akan kekuasaanNya. Kerana itulah tanda muhasabah diri seorang hamba. Mereka tahu diri mereka hina di hadapan tThannya.


Jom Update isu saudara kita di seluruh dunia. Di Palestin mahupun di Syria. Apa khabar saudara kita di sana? err.. mungkin ada di antara kita yang berfikiran, "bukan masanya untuk kita mengambil tahu hal mereka, negara kita pun banyak masalah semasa." Inilah pemikiran bangsa yang tewas!

Kita sering bangga dengan kemajuan teknologi di negara Malaysia yang tercinta. IOS, Android, Windows yang semakin menular masyarakat Kita. Tak kalah dengan kekuatan chips yang diperkenalkan untuk telefon mudah alih, iaitu ARM chip, yang semakin hari semakin high class sehingga mampu ke tahap PC. Bukan itu sahaja, tidak kurang itu, pelbagai games yang baru yang sedang hangat iaitu angry bird dan templer run. owhh mcm2 benda baru.  sehingga yang lama terpaksa di simpan demi mencari  yang baru. Begitu sahaja wang melayang oleh kerana rentak dunia teknologi yang memukau. Kalau wanita satu2nya godaan bagi lelaki. kini teknologi semasa pun mendapat rate godaan tertinggi buat kaum lelaki. penat lah macam nie!

Sedang kita mengikuti peredaran teknologi semasa, ramai saudara kita di luar sana yang terus di tindas oleh golongan berkuasa. Bunuh, Rogol, Cabul , menjadi plot kehidupan buat mereka di luar sana. Tidak salah untuk mengikuti perkembangan teknologi semasa, namun lebih baik, jika masa kita mengambil tahu dan membantu saudara2 yang sentiasa memerlukan. Mungkin mereka tidak pernah berkata "tolonglah kami", namun udara dan tanah akan menjadi saksi, di akhirat nanti. setiap usaha dan masa dalam membantu saudara2 di sana, di nilai sebagai pemberat timbangan amalan di sana nanti.

Kehidupan.. bukan hendak mempertikai kenapa namun ingin mengajak kita bermuhasabah seketika. Sejauh mana persediaan kita sebelum memasuki alam akhirat sana. Normal bagi seorang hamba, kadang kita di atas, kadang kita berada di bawah. Namun yang menjadi timbangan, adalah amalan seorang hamba. Bersusah-susah di dunia demi menyemai kebahagiaan di akhirat kelak.

Dalam kehidupan, harus ada perancangan. Begitu juga sebelum menemui kematian, harus ada persiapan.  Bukan satu penilaian dan jawapan yang di cari, tetapi kebahagiaan yang kekal di sana menjadi nilaian hati. Kerana yang indah itu adalah fitrah keinginan seorang hamba.
 
Adakah kita boleh kenal pasti bila kita akan pergi?  Atau kita masih berangan-angan bahawa kematian masih jauh lagi? Orang yang beriman, Allah memberi mereka peluang untuk mendapatkan keberkatan dalam kematian. Namun, orang yang ingkar, akan ada kebinasaan ketika sakaratul maut datang mencakar.

Di Syria, para mujahidin, telah bersiap sedia untuk mati syahid. Di hati mereka, di jiwa mereka, darah syahid merupakan impian. Syahid merupakan tujuan. Kerana mereka yakin seyakin yakinnya, dunia bukanlah tempat buat mereka. Mereka tiada masa untuk hal dunia, dan mereka sedang berlumba2 mengejar akhirat sana. Segala gerak geri, hanya untuk akhirat mereka. Istilah dunia sudah hilang dari ingatan, hanya kisah lama menjadi kenangan.

Siapalah kita di hadapan tuhan..




wallahualam.. 
Reactions: 

0 tautan hati: