Touching The SKY

Bismillah..Alhamdulillah wassolatu wassalamu alaa Rasulillah. Wa alaa alihi wa sohbihi amma ba'd.

Setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana masih mengurniakan lg nikmat yg paling besar di dalam diri kita iaitu nikmat iman dan islam. Tanpa 2 nikmat ini, tidak mungkin kita akan belajar mensyukuri segala yang di dijadikan di langit dan di bumi.

Alhamdulillah 2 hari yang lepas sempat menghadiri program ilmiah di Villa Fajar Menyinsing, Port Dickson. Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat untuk mencari ilmu kepada para pelajar. Program 3 hari 2 malam itu adalah anjuran Yayasan Tm dan Yayasan Sofa. Penyertaan adalah untuk pelajar di bawah tajaan Yayasan TM. 70% peratus yang mengikuti kursus ini adalah dari kalangan pelajar engineering. huhu.. 70% student engineering yang tengah down akibat tahap pelajaran yang semakin 'power'.

Program itu terdapat kuliah, latihan fizikal dan mental, latihan suai kenal dan sebagainya. Kuliah dan motivasi merupakan tunjang utama dalam program itu. Antara tajuk-tajuk yang diberi di dalam kuliah2 yang di anjurkan ialah:

1) Rahsia Kecermeralngan Nabi SAW
2) Kecermerlangan mengikut perspektif Islam
3) Adab seorang pelajar

+ satu ayat yang membuatkan saya tidak dapat lupa,

"Sayanglah olehmu sekalian makhluk di bumi, nescaya akan menyayangimu sekalian makhluk di bumi"(HR Abu Daud dan Tarmizi)

Jika kita menolong sahabat2 kita di dalam pelajaran contohnya, yang di langit akan menolong kita. InsyaAllah. Sama2 kita berganding bahu menolong antara satu sama lain^_^

+ Di dalam menuntut ilmu, adab seorang pelajar kepada gurunya wajib di jaga untuk mendapat keberkatan di dalam pelajaran.

+ Menuntut ilmu adalah wajib, barang siapa tidak menuntut ilmu, maka BERDOSA.

+ penuntut ilmu mempunyai kelebihan yang Allah beri. Sentiasa mendapat rahmat dari Nya. jangan memikirkan tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah. Orang yang menuntut ilmu dengan penuh keihklasan kepadaNya, rezekinya akan bertambah. InsyaAllah.

*******sedikit gambaran situasi di sana.hehe *******

Sahabat2 yang sedang menunggu arahan dari faci Yayasan Sofa..
(baju hijau : erghh kenyang perut aqu.. sapa leh tolong picitkan belakang?
baju kelabu, lengan merah: ngantuknya, kena tidur awal mlm nie)

 Sedang kumpul bahan untuk BBQ TIME!!:)
(Baju Biru : mana nak cari bahan nie, kosong je semua.. argghhhh stress)

Villa yang simple berharga 12 juta.. phewwwww...
Betul kata orang, jgn hanya lihat luaran, dalam tu yg pntg..hehe..

Skodeng para muslimat sedang berBBQ.. hehe..gurau je...

Otai BBQ, shahir namanya. tapi setengah jam hidupkan api....hidupkan api setengah jam..

 ape yang anda nampak? cantik tak monumen kapal black pearl?
mamat sebelah kanan : jangan perasan kau hensem sgt.. tak suka aqu tgk..
mamat sebelah kiri : nak buat mcm mana, aqu memang hensem. dah kau jgn jeles sgt k.

Sesi akhir, sedikit nasihat yang sangat berguna dari manager Yayasan Tm, Puan Rohana.
Beliau adalah antara orang2 lama di TM. Sangat banyak jasanya dalam membantu para pelajar. Semoga Allah merahmati beliau:)

ucapan terima kasih untuk semua yang telah menjayakan program ini terutama para2 faci dari Yayasan Sofa dan Yayasan TM. Program tu memang Best!:)

Reactions: 

0 tautan hati: