Nur, sebuah Hidayah dariNya.

Bismillah Wassolatu Wassalamu Alaa Rasulillah Wa Alaa Alihi Wa Sohbihi Ajmain. Setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana masih memberikan rahmatNya di Bulan Zulhijjah yang sangat mulia ini.


Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang terdapat banyak peristiwa2 sejarah2 Islam terdahulu. Sejarah Nabi Ismail dan Ibrahim AS. Sejarah Nabi SAW. Sejarah2 para Sahabat Ridhwanullah dan Sejarah para ilmuan Islam. Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka, bukan hanya sejarah yang kita ambil tahu, tapi menjadi batu loncatan dalam diri kita untuk mengikuti jejak mereka. InsyaAllah. Mungkin kita selalu katakan pada diri, kita terlalu banyak dosa, tidak layak untuk mengikuti jejak mereka. Ya memang kita tidak layak untuk menjadi seperti mereka, tapi ingatlah selalu di dalam diri, sejak kita diciptakan oleh Allah, kita telah pun LAYAK menjadi seorang hambaNya. 

Apabila belek-belek akhbar harian mahupun online, banyak terpapar tentang Masalah2 social dan politik yang berlaku di Malaysia mahupun di seluruh dunia.  yelah, tak ada pulak akhbar harian menceritakan masalah pokok terbantut, ubi kayu rosak mahupun tikus di langgar lari. Kadang-kadang berita yang disajikan ada juga yang pelik antaranya, Bomoh Hujan. huhu. Bomoh yang mempunyai kuasa untuk panggil hujan dan menghalang hujan. percaya atau tidak, itulah yang berlaku di Malaysia. Betul atau tidak, sama2 lah kita pergi mengkaji dengan tanya ustaz dan alim ulama'.

Baru-baru ni, seorang remaja yang mencampakkan bayinya yang baru lahir. Ini bukan masalah Moral tapi ini masalah nyawa. Jika Allah tidak meniupkan Nur ke hati hambaNya, nafsu dan syaitan menguasai diri mereka. Tidak mampu nak komen apa2, semoga Allah memberikan Hidayah dan Taufiq kepada remaja tersebut. Iya manusia mana yang sempurna. Semua dari kita tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Dalam kita menyalahkan remaja tersebut, mungkin Allah telah mengampuninya.

Kisah menarik yang sedang popular di Multimedia University(MMU) Kampus Melaka, seorang perempuan melayu yang ingin membunuh diri terjun apartment akibat stress belajar dan putus cinta, akhirnya tidak jadi kerana di ganggu oleh budak2 lelaki di bawah. Mungkin kita berasa kelakar, tetapi itulah hakikat diri seorang manusia, jika tidak mendekatkan diri denganNya, tiada cahaya di dalam hatinya. Membunuh diri menjadi jalan terakhir buat dirinya. Bila difikir balik, kenapa dia tidak jadi bunuh diri, kerana Allah masih memberikan dia masa untuk bertaubat. Iya kerana Allah menyayangi diri dia.

Kadang kala kita melihat orang melakukan kejahatan, di hati kita membenci dirinya, kadang kala hati kita mencercanya, tetapi ingatlah bahwa Allah swt sentiasa menyayangi hamba2Nya. layakkah untuk kita membenci manusia? Betul lah kata ulama, hidup ini seperti roda, kadang kala kita berada di atas, kadang kala kita berada di bawah. Kita tidak akan selamanya berada di atas, kadang kala kita akan merasai apa yang berada di bawah.

Alhamdulillah.. itulah kehidupan.. sejahat manapun diri kita, kebaikan sering mencari diri kita seperti sebiji magnet yang jauh, namun daya tarikannya sentiasa di rasai. Kejahatan, bukan lah kehendak hati manusia, ianya percaturan dan suasana yang sentiasa menghimpit. Antara petua untuk sentiasa mendekatkan hati dengan amalan2 yang baik, ialah sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran .




Reactions: 

0 tautan hati: