Malam p'tama di Syam, itulah malam t'akhir.

Dalam Keadaan hati yang luka dan duka, memujuk hati ini untuk terus mengangkat senjata, bukan Ak-43 mahupun grenade, tapi hanyalah sebuah penulisan, dari jari jemari seorang insan, yang banyak dosa dan noda. Perjalanan kehidupan yang tidak kekal, kadang kala menyedarkan hati kita yang kadang-kadang terlena dan tidak lekang dibuai dosa. 

Saya memulakan penulisan ini dengan Bismillah, semoga ianya dapat membuka hati saya untuk terus berkhidmat sekadar menjadi insan hina di dunia.. ia dimata manusia..


  Teringat sebuah Kisah di syria, Kisah yang masih baru tidak sampai satu bulan. kisah seorang pasangan suami isteri yang baru di hijab kabul. Menanti saat indah dan barokah adalah impian setiap insan yang merindui dambaan kasih sayang pasangan tersayang. Jika kita di Malaysia, berkahwin kerana inginkan menyalurkan hubungan nafsu yang halal dan zuriat yang barokah tetapi di Syria mereka hanya mengimpikan Sunnah Nabi SAW walaupun tidak dapat merasai nikmat setelah pernikahan. Setiap perbuatan mereka hanya kerana inginkan Sunnah Nabi SAW. Mereka tidak kenal apa itu nafsu. Mereka tidak dapat merasai apa itu nafsu dalam keadaan peluru dan bom yang sentiasa menceriakan siang dan malam mereka. Mereka tidak kisah, namun.. mereka tetap tersenyum. Kerana Sunnah Nabi SAW telah mereka tunaikan. 

Selepas sahaja selesai pernikahan siang itu, malam itu mereka telah bersama2. Jika pasangan di Malaysia mendambakan sebuah tempat yang sunyi, di sana, tidak ada satu tempat untuk berdua2an. Namun, mereka tidak kisah, hanya ciuman di dahi menjadi bukti cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isteri. Pada esok harinya, si suami di panggil untuk bersama-sama dalam misi berjihad melawan regim Basyar Assad. Pada hari itu juga si isteri dikejutkan dengan berita, air matanya berlenang seketika, namun terukir senyuman di bibirnya, dia tahu suaminya sedang menunggunya di syurga. Itulah destinasi kekal untuk bersama.. Hanya satu malam mereka bersama di dunia..

Itulah keadaan yang berlaku di Negeri Syam, Syria..

 (ini pula Kisah suami yang kehilangan isteri dan anaknya..)

 Syria merupakan sebuah negeri yang telah banyak Allah ceritakan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 “Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.” (QS Al Anbiya: 71)

“Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS Al Anbiya: 81)

“Dan Kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam dan siang hari dengan aman.” (QS Saba: 18)

Nabi SAW bersabda “Pergilah ke Syam karena itulah bumi Allah yang paling baik. Allah memilih manusia terbaik hidup disana. Jika kalian tidak hendak pergi ke sana (Syam) maka pergilah ke Yaman dan minumlah dari aliran sungainya.” [Sunan Abi Dawud; Musnad Ahmad; Shahih Ibn Hibban, 16:295; al Hakim, al-Mustadrak, 4:510; al Bayhaqi, sunan al-Kubra, 9:179]“

‘Abd Allah ibn ‘Amr ibn al-’Ash meriwayatkan; Nabi bersabda “Akan datang suatu masa ketika semua orang beriman pasti akan pergi ke Syam.” [Al-Hakim, Al Mustadrak 'Ala Shahihain 4:457. Adz Dzahabi menyepakati sebagai hadits shahih berdasar syarat al-Bukhari dan Muslim]

Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, Nabi bersabda, “Janganlah mengutuk orang-orang Syam tetapi kutuklah ketidakadilan mereka sebab sesungguhnya di antara mereka ada para abdal (penerus kekasih Allah)” [At Thabrani dalam al-Awsath, Abu Nu'ayim, & Ibn 'Asakir]

“Para penerus abdal ada di Syam dan mereka berjumlah 40 orang, setiap kali salah seorang diantara mereka meninggal dunia Allah akan gantian mereka dengan yang lain” [HR Ahmad dalam Musnad & Fadha'il al-Shahabah, 2:906, dengan sanad shahih, Al-Shakhawi dalam al-Maqashid, al-Haytsami dalam Majma 'al-Zawa'id, al-Munawi dalam Faydh al-Qadir, al-Suyuthi dalam Khabar al-Dall]

Doa Nabi “Ya Allah, berkahi setiap takaran sha’ dan mudd kami! Berkahi kami di Mekkah dan Madinah! Berkahi kami di Syam dan Yaman” [al-Thabrani, al-Kabir, 12:84, hadits ke-12.553, al-Haytsami, Majma 'al-Zawaid, 3:305, Abu Nu'aym al Hilyah, 6:133]

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Bapak2.. Ibuk2..para pembaca yang di rahmati Allah, begitu banyak dalil2 yang berkaitan dengan negeri Syam. Negeri Syam tidak lah semaju Negeri Malaysia mahupun Indonesia. Negeri Syam tidak mempunyai LRT, MRT mahupun KTM. Negeri itu masih tidak mempunyai lingkaran unifi dan wifi. Negeri itu tidak mengeluarkan kereta maju seperti proton dan produa. Disana hanyalah kaya dengan madu dan susu yang segar untuk rakyat. Syria juga kaya dengan minyak, namun hasil minyak tidak disalurkan untuk rakyat, hanya ketenteraan yang dapat. Namun, kemajuan dan kekayaan harta bukan penilai akan perjalanan kebahagiaan seorang hamba yang beriman. 

Ramai orang yang miskin di dunia ini, namun hati mereka sangat kaya.. kaya dengan kebahagiaan.. Ramai orang yang kaya di dunia ini, mereka sangat miskin dengan kebahagiaan di hati mereka.. Kebahagiaan bukanlah datang dari harta, bukan juga datang dari manusia..Kebahagiaan itu dari Allah.. Jika Allah menghendaki sesuatu terhadap hambanya, maka itulah yang selayaknya buat mereka.. 

Begitulah lakaran yang terdapat di negeri Syam, negeri kaya yang rakyatnya yang miskin, namun disana penuh dengan kebahagiaan. kebahagiaan yang tidak dapat di gambarkan oleh akal fikiran manusia. Hanya dapat dirasai oleh insan yang merdeka jiwanya.

Contohnya kita disini bahagia bila dapat Iphone percuma, tetapi, cuba beri Iphone kepada rakyat syria, adakah mereka gembira? TIDAK SAMA SEKALI. tetapi.. bila di offer Syahid, masing2 berlumba-lumba untuk mendapatkan Syahid. Begitulah kebahagiaan di hati mereka. Apabila di offer syahid pada rakyat Malaysia, apa jawapannya "iman tak cukup lagi, tak kahwin lagi, contract tak habis lagi". Iya itulah jawapan kita... jawapan saya.. kamu dan kamu.. 

(mood marah)

Rasa sedih dan sedih apabila ada sebahagian insan di Malaysia masih tidak tahu apa yang berlaku di Syam. Menyayat hati apabila masih ada insan2 yang tidak tahu Apa itu Negeri Syam. Musnah hati ini apabila mereka berkata "Itu hal mereka, biaq pi lah mereka, kita kena bersyukur Malaysia Aman".

Jawapan saya: " Pala hotak hang,  Malaysia aman ke? Rasuah? Kelab malam? Kelab Judi bersepah di Malaysia, boleh hang kata Aman.!! fed up..Putus Kawan ah!"

Tatkala kita sedang sibuk dengan perlawanan Bola, di syria mereka tengah sibuk dengan perlawanan nyawa. Di sini kita sibuk dengan mempersiapkan majlis perkahwinan untuk bakal mempelai, di syria mereka sedang sibuk mempersiapkan kubur untuk bakal Syahid. Di sini, si bayi yang lahir dapat melihat kedua ibu bapanya, di syria, bayi2 yang lahir hanya melihat darah di runtuhan2 batu rumah.

 Kita disini ketawa terbahak2 melihat raja lawak, mereka disana menangis teresak2 siang dan malam. Lagi teruk ketika di syria mereka di zalimi dan di hina siang dan malam, kita di Malaysia penuh dengan maksiat yang bermaharajalela. Astaghfirullah.. itu lah realiti kehidupan kita.. nafsu dan harta menjadi penilaian kebahagiaan hidup, hati mati sehingga hujung nyawa.

Kita mungkin tidak mampu untuk kesana, namun selemah2 iman kita, Sedekahkanlah harta kita walaupun hanya sedikit, jika tidak mampu lagi, berdoalah untuk mereka dan jika langsung tidak mampu ambil tahu lah akan keadaan mereka di sana.. Kerana itulah selemah2 iman kita..\

Mungkin ada yang tertanya2 siapa itu Syiah. Wait.. akan di tulis khas tuk puak Syiah Alawit bo@#$ nie.. Special for them!


Sebarang sumbangan Sila layari FB Syria care

Atau boleh contact terus Ustaz Nazmi Karim, consultant Syria Care di facebook 

Atau boleh layari perkembangan dan keadaan di sana di facebook SyriaDayofRage   

Video Buat Syam di youtube

Alhamdulillah.. semoga bermanfaat untuk akhirat kita.. 

Wallahualam..
Reactions: 

1 tautan hati:

along said...

teringin nak pergi Syam, tapi belum mampu. Hanya doa buat mereka dari jauh...