Hanya sebuah senyuman di pagi raya

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita sebuah nafas baru di bulan Syawal setelah berlalu bulan Ramadhan. Jika hari Jumaat ialah penghulu segala hari, maka bulan Ramadhan merupakan penghulu kepada segala bulan. Yang berlalu sudah pun berlalu, yang akan datang tetap di tunggu. mudah2an Allah menganugerahkan jalan yang baik kepada kita.

uhh sangat lama tidak mengupdate blog kesayangan ini(huhu..), setiap hari ada saja kerja, masalah yang lebih penting untuk di selesaikan. Akhirnya bulan Syawal menjadi tempat pertemuan, di izin oleh Allah untuk menaip di kala banyak assignment yang kena di submit next.wohaaa! semangat!

Tatkala kita sedang seronok menyambut Eid mubarak, adakah kita masih teringat keadaan saudara2 kita, yang fakir, mahupun saudara2 kita di timur tengah yang sedang berperang nyawa? Adakah kita masih teringat saudara2 kita yang sedang di tindas di checnya, somalia, syria dan Myanmar yang ditindas oleh penguasa? Sedang kita makan biskut almond london, tat dan f&N strawberi, saudara-saudara kita di sana hanya menjamah kurma dan air biasa.

Tidak salah jika kita dapat menikmat makanan yang mahal, tidak salah jika kita menikmati duit raya yang banyak di bulan Syawal ini, tapi adalah salah jika didalam hati dan fikiran kita tidak pernah merasai akan penderitaan saudara2 kita di sana. Jika kita tidak mampu untuk sedekahkan makanan mahupun harta kepada mereka, sedekahkanlah doa buat mereka.

"Tidak akan mencapai kebaikan yang sempurna , kalau kita tidak mahu nafkahkan harta yg kita cintai" (Surah Ali- Imran :92)

Alhamdulillah, hari raya pertama telah mendapat kunjungan ziarah beberapa sahabatku dari Somalia dan Riyadh ke perkampungan indah di Alor Gajah, Melaka. Di timur tengah, hari raya eidul fitri hanya lah sehari dan di Malaysia hanyalah sebulan. Ini menunjukkan betapa rakyat malaysia mengamalkan intelligence deligation behavior, Month of Food. wohaa!









     



Sebuah senyuman, menyingkapkan seribu makna di Hari Raya. Eid Mubarak dari HafizuddinPirus sekeluarga.. Kullu Am Wa antum Bikhair ^_^

Reactions: 

0 tautan hati: