Sang Gunung

Bismillahirobbil a'lamain wassolatu wassalamu alaa rasulil amin wa alaa a'alihi wasohbihi ajmain.


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana masih lagi memberikan kita sebuah ruang masa yang seringkali kita alpa akan nikmat yang sangat bermakna buat diri kita, seseorang hamba. Selawat dan salam kepada junjungan mulia, "Muhammad Bin Abdullah", seorang panglima, seorang hamba yang mulia, akhlak dan peribadi nya sangat luar biasa, dari masyarakat yang jahiliyyah sehingga terbit kerajaan Islam yang gah di mata dunia dan tidak lupa kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah.

Minggu nie minggu rahmat dan barokah, ada dua jemputan walimah! Barokallahulakuma kepada mempelai yang telah disatukan tadi^^. Namun kedua2 jemputan tidak dapat di hadiri. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt. InsyaAllah. Syaitan bisik di telinga "apa lah kahwin awal sangat, enjoy2 lah dulu", balas ku di hati, "patutlah mu tak kahwin2, tak ada perasaan ke apa"? huh!

Kadang-kadang syaitan seringkali menggoda ke arah yang kita was-was, namun keyakinan pada Allah itu sentiasa harus kuat, mudah-mudahan diberi barokah di dunia dan di akhirat.

Mengikut tahun masihi, masuk bulan december, umurku kini sudah mencecah 22 tahun. Setiap hari semakin bertambah umur ini, bukan semakin lama kehidupan, tapi semakin dekat dengan kematian . Iya, Bila difikirkan kembali, apalah amal yang akan menyelamatkan diri ni di akhirat nanti. Dalam keadaan suasana yang sentiasa menghimpit hati, teknologi yang seringkali menjauhkan diri dari kalam suci, kadang kala terkapai di alam mimpi, bahawa kehidupan di dunia ini bukanlah syurga tapi sia-sia jika tidak dihiasi dengan hakikat iman dan islam yang murni.

Kadang kala kita sering terlupa, bahawa hidup di dunia ini hanyalah perjalanan yang sementara. Rasa bahagia yang sementara tidak sama bahagia di akhirat yang kekal selamanya. Itulah target kita seorang insan yang beriman. Dunia hanyalah wasilah kehidupan, akhirat merupakan harapan dan tujuan. Setiap manusia mempunyai ujian yang dihadapi, yang saban hari mematangkan diri. Menjadi manusia yang lebih berwaspada akan kemelut dunia adalah antara proses ke arah menjadi seorang insan yang sering mencari jalan kebaikan yang indah nan barokah.  InsyaAllah.

Minggu nie minggu yang sangat-busy, assignement, project, itulah peneman mimpi di kala malam. Semester kedua ni ada 2 hardware assignment + 2 software assignment. Pada semester lepas assignment mengenai project Infrared. transmit dan receive data. kali nie project Radio Remote Control.. ohoo.. Bak kate lecturer, Imiginasi kena tinggi, kerana penghasilan design yang baik dari imiginasi yang baik. Iya semakin tinggi imiginasi semakin pening kepala.(huhu..).

Semester ini juga sangat banyak bermain dengan signal,  digital dan analog signal. Walaupun agak susah dengan 1001 formula, namun sangat menarik sebenarnya. Kadang kala bila semakin banyak mengkaji mengenai suatu perkara, semakin rasa dekat hati dengan Allah swt.  Keyakinan yang sentiasa utuh bahawa suatu kejadian itu hanyalah di bawah takdir Allah swt.

Namun, bila terlalu susah, diri ni berasa lemah, tidur pula tidak tetap masa, hati menjadi gundah, perasaan semakin menjadi resah. Namun nasihat sahabat dan rakan menjadi penyemangat di kala diri alpa dalam kebingunan yang sementara. Masih terngiang kata-kata seorang classmate dari somalia, "Hafiz, dont worry, insyaAllah it will be fine, believe in Allah, dont worry too much". Iya itulah kata-kata seorang teman, walaupun berbeza warna kulit, namun kata-katanye yang sedikit memberi semangat yang luar biasa. cool!

Apabila banyak kerja diluar, tidur beralaskan lantai, badan menjadi sengal-sengal, makan pun tidak menentu, bila dah walimah, pasti ada seseorang yang membantu^_^. Namun, kata-kata kedua ibubapa tetap ku akur, biarlah salah seorang sudah bekerja, baru mencari pasangan. Kadang kala ibubapa lebih memahami akan keadaan diri kita, tapi kadang kala, mereka tidak faham kehendak diri seorang insan.

Kadang kala, apabila ingin memotivasikan diri supaya bersabar, jasad tetap akur, namun hati terus memberi signal hijau. Iya lebih lama bersabar, lebih banyak ujian yang dihadapi dan iman sering kali turun dan naik. Hanya manusia yang luar biasa dapat menahan dari ujian dan cobaan. Namun, hanya sanya menjadi luar biasa itu bukanlah diri kita manusia biasa, kerana kita hanya pendosa yang sering berlakon di mata manusia. Walhal tuhan itu Maha Esa, Dia tahu segala perihal kejadian hidup kita.

Dalam keadaan diri keseorang, Al-Quran sebagai pedoman, Sahabat menjadi kekuatan, di kala susah dan senang, air mata turut meghiasi lembaian sejadah sang insan, hati kian merintih akan  nasihat seorang teman, supaya diri ini lebih bersabar akan ujian. Kemelut jiwa yang menjadi pengakhiran sebuah harapan, tidak dapat di atasi dalam keadaan diri yang sangat hina di depan Tuhan, Bukanlah balasan yang diharapkan namun keredhaan-MU yang menjadi keutamaan.

Teringat akan sebuah kata seorang insan,

"Saya memberi salam kepada gunung, dan saya meminum dari aliran gunung. Saya berjalan di atas permukaannya, dan saya rasa seperti mimpi. Dan gunung ini adalah seorang Muslim, saya rasa dia seperti kawan saya, kemudian saya memanjat ke puncak, saya berharap ia tidak akan berakhir. Dan saya perlu menjadi seperti gunung, kerana iya tidak pernah sesekali mengadu.."

Iya itulah kerenah sang gunung, seorang hamba, seorang makhluk yang tidak pernah mengadu. Walaupun berbentuk begitu, dia tetap bersyukur akan kejadiannya. Kesehariannya adalah ibadah kepada TuhanNya. Walaupun diri di pijak manusia, di korek dan di tindas, dia tetap saja bersyukur.  Kerana iya tahu, hakikat kejadiaannya.

Sebagai seorang hamba Allah, kita tidak layak "complain" itu dan ini. Kerana kita tidak pernah tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kita hanya merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang. Dalam keadaan susah dan senang, miskin dan kaya, semuanya telah dirancang oleh Dia, kerana Dia yang tahu apa yang terbaik buat diri seorang hamba. Semoga Allah merancang sesuatu yang terbaik buat diri kita. InsyaAllah..

P/S : oklah, ayuh ceriakan malam ini dengan zikir dan study, kita hanya berusaha dan Allah lah penilainya, bukan lecturer saja k. ^_^
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: