Nur Hidayah, sebuah penantian darimu..

Alhamdulillahi robbil a'lamin, wassolatu wassalamu alaa rasulil amin, wa alaa a'lihi wa sohbi ajmain.

Segala puji bagi Allah, Tuhan kami kaum muslimin, Tuhan yang sentiasa melihat akan amalan hamba2Nya. Untuk diberi pengajaran kepada setiap kelakuan sang manusia, kasih sayang Allah tetaplah sangat luar biasa, hamba yang jahat, akhirnya menjadi baik, yang baik akhirnya menjadi jahat. Namun ada pelajaran dalam setiap kejadian ciptaanNya. Penantian Hidayah dariNya, sebuah penantian yang sangat bermakna buat diri seorang hamba.


Alhamdulillah, hari ini merupakan paper test yang terakhir, setelah 4 hari berturut menempuh hari yang penuh ujian, hati tetap mencari keredhaan Tuhan. Dalam semua test yang ditempuhi, semuanya kena buat analysis. Formula mathematic menjadi keutamaan untuk menyelesaikan suatu  permasalahan. Dalam keadaan lupa, mungkin itulah kesan dari dosa, hanya doa menjadi senjata. Iya doa kepada Tuhan yang tidak pernah putus menjadi peneman dikala duka.

Di dalam bilik peperiksaan, bermacam-macam bibit muka yang menjadi penawar di kala lupa, ada yang nak terlelap-lelap menjawab soalan, ada yang tersenyum, mungkin sahaja bukan kerana senyum jawapan tapi senyum berangan(huhu) dan ada sahaja yang hendak menangis melihat soalan. Lecturer hanya melihat para pelajar supaya tidak meniru, namun ada saja yang meniru, lecturer pun tahu tapi hanya buat tak tahu. Pelajar engineering, iya itulah backgroundnya, copyright no satu, bermacam-macam gayanya. Namun sebagai seorang muslim, jujur dan amanah itu merupakan satu hikmah. Mungkin bukan pada masa sekarang, namun pasti akan menjadi di masa hadapan. InsyaAllah.

Sebagai seorang muslim, merupakan tuntutan bagi kita untuk mencari ilmu. Namun dalam mencari ilmu, perlulah mengikut asas-asas yang islam ajarkan. Mungkin saja ramai dari kita yang belajar, namun di sebalik pelajaran hanya mahukan sebuah pengiktirafan. Sedarlah wahai diri, bukanlah pengiktirafan manusia yang kita mahukan, namun pengiktirafan Allah yang menjadi satu tuntutan. Ramai saja graduate yang berjaya di dalam pelajaran sehingga mendapat kerja yang baik-baik, namun suatu masa , Allah akan mencampakkan balik kepada muka seorang hamba, kerana ilmu itu hanya keperluan dunianya semata-mata. Iya ikhlaskan diri dalam mencari dan menyampaikan ilmu. Itulah satu tuntutan. Biarlah susah mana pun ujian, hati tetap berpegang teguh pada asas islam. Iya walaupun nampak ringan, namun disisi Tuhan banyak hikmah dan pelajaran.

Di Universiti, malam-malam exam, sama seperti siang. Bermacam ragam manusia. Sangat ramai pasangan suami isteri yang belajar bersama. (ohh cemburu melihat..eheh). Kadang kala gelak dan ketawa mengambil perhatian umum, iya lawak jenaka sesama mereka membuahkan suasana yang leka kepada pasangan-pasangan yang lain. Masing-masing ingin membuat suatu yang luar biasa. Arab Iran dan Afrika pun turut menceriakan suasana. Kadang kala terlihat pasangan pelajar Indonesia yang sangat focus membaca. Iya kadang kala kita sangat suka melihat pasangan yang bahagia. Namun di Palestin, ramai saja pasangan yang hampir janda dan duda. Isteri menjadi janda, suami mempersiapkan diri, menasihati isteri supaya sentiasa menjaga diri dan keluarga. Isteri sentiasa memberi buah semangat kepada suami supaya pulang dengan selamat dan sejahtera. Dengan kasih sayang Allah, yang pulang hanya pakaian suami. Iya, suaminya sudah pergi demi perjuangan islam yang mulia dan akhirnya mati di medan jihad. Subhanallah. Setiap titisan darah dan air mata seorang mujahid, melambangkan kemuliaan di sisi Tuhan yang Maha Esa. Kita masih lagi bergelak tawa, sedangkan saudara di sana menderita.

Seringkali kita merasakan, hati tidak tenteram apabila tiba saat ujian, resah di hati menyebabkan emosi sentiasa memberi kesan kepada tindakan. Senyuman yang manis menjadi sinis kemudian bertukar sadis. Iya pasti dari setiap pelajar pernah merasakan proses sedemikian. Proses yang sentiasa menjadi tabiat seorang pelajar lelaki dan lebih2 lagi pelajar perempuan. Itu lah proses daripada belajar ilmu dalam mengharapkan balasan dunia semata. Dunia sudah bertakhkta di hati, namun akhirat setiap hari menanti kedatangan seorang hamba.

Sentiasalah menjadi manusia yang bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Semenjak lahir, kita telah dianugerahkan Tuhan akan kemuliaan Islam. Didikan Islam dari sebuah keluarga menyerikan lagi rumahtangga. Kadang kala ada saja masalah di rumah, apabila sentiasa memberi peringatan tentang keindahan dan kemuliaan Islam, asas-asas islam dijaga, asas rumahtangga akan menjadi terpelihara. Namun masih ramai di luar sana yang masih tidak melihat jalan Islam. Iya hidup dalam masyarakat yang Islam tetapi tetap hati tidak mampu untuk menerima Islam. kerana tidak semua hamba yang berpeluang merasai nikmat yang mulia. hati-hati mereka yang terpilih melihat jalan ini, namun ramai yang menerima tetapi tidak melalui jalan ini.


Teringat dahulu sebuah program realiti di kampus ini, perbincangan antara 4 agama. Agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristien. Iya sebuah perbicangan dan topik yang baik. Ada yang setuju dan juga ramai juga yang tidak setuju. Yang tidak setuju kerana merasakan iya sebagai satu medium untuk orang Islam keluar Islam. Namun yang setuju kerana inilah medan untuk menyebarkan agama Islam. Iya Hidayah itu bukanlah dari penceramah tapi hanya dari Allah. Ada seorang penceramah kristian, backgroud studynya dalam PhD in "Islamic Study". Iya belajar tinggi-tinggi mengenai Islam, namun hidayah dari Allah masih lagi belum sampai ke hati. Hanya mulut yang lantang bercakap mengenai Islam, namun di hati sangat jauh dari nur Islam. Mungkin niat mencari ilmu hanya ingin mencari keburukan Islam yang akhirnya sangat jahil tentang Islam. Ramai dari kita orang Islam mencari ilmu, bukan kerana untuk Islam tapi untuk mencari keburukan Islam. Keindahan yang terdapat dalam Islam tidak pernah dilihat dengan mata hati, hanya menjadi penyeri nama dan diri.


Begitu lah putaran seorang ilmuwan, kadang kala merasa diri sudah berjaya. Iya berjaya di mata manusia belum tentu berjaya di sisi Tuhan yang Maha Esa. Kadang kala kita asyik bercerita mnegenai akad nikah, namun diri belum lagi mengkhitbah;) Niat sebelum menjalani sebuah ibadah, merupakan kunci kebahagian di alam perkahwinan, agama di jadikan asas pilihan, akhlak dijadikan sebuah sandaran, itulah medan yang sangat mengharapkan perhatian Tuhan. Kadang kala diri tidak mampu untuk menempuh dalam keadaan yang tidak sempurna iman, ujian kehidupan seringkali menarik ke alam yang penuh dengan kekukufuran. Tatkala begitu besar ujian, hanya nur hidayah yang kita harapkan...


p/s : setiap minggu ada saja majlis walimahan. Seringkali dapat jemputan sahabat2 dan teman2. Jazakallahu khair di atas jemputan. Tiada kata yang lebih manis selain, ucapan Barakallahulakuma..^_^
Category: , , ,
Reactions: 

0 tautan hati: