Zaman kegelapan, kau aku dan dia

Alhamdiulillahirobbil alamin wassoaltu wassalamua alaa asyrofil anbiya wal mursaleen, wa 'alaa 'aalihi wa sohbihi ajmain.. 

Alhamdulillah marilah kita panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah swt kerana masih lagi diberikan nikmat yang paling besar dalam kehidupan seorang insan iaitu pemberian iman dan islam. Dua pemberian besar yang diberikan oleh Allah kepada insan yang terpilih, bukan hanya untuk dibanggakan tapi untuk di fikirkan akan kebesaran ciptaan Tuhan. Dua nikmat yang sering insan terlupa akan hakikat kejadian seorang manusia, bukan untuk mencari kebahagiaan dunia semata tapi untuk menuju kebahagian di akhirat kelak jua.


Manusia, merupakan seorang insan yang seringkali terlupa akan hakikat kehidupannya. Begitu juga seorang muslim, kadang2 ia terlena dibuai arus jahiliyyah dunia. Seorang muslim itu pasti melakukan kesalahan, dan sebaik2 muslim ialah mereka yang belajar dari kesalahan yang dilakukan. Kesalahan merupakan sebahagian sifat seorang manusia. Tiada manusia yang hidup tanpa sebarang kesalahan. Siapa yang merasa diri tidak pernah melakukan kesalahan itulah satu kesalahan. Manakala mereka yang merasa diri pernah melakukan kesalahan itulah kebaikan. Orang yang tidak pernah merasa diri melakukan kesalahan, dikhuwatirkan hati dan jiwa tidak pernah sedar akan hakikat kehidupan seorang hamba bernama insan.

Seorang pemuda yang ingin ke suatu destinasi tanpa peta dan kompas berlayar ditengah-tengah lautan, kadang kala tidak tahu dimana arah perjalanan, Ilmu didada  hanya perhiasan, namun disebabkan tiada kekuatan hati dan perasaan, patah balik menjadi jalan penyelesaian.

Seorang insan, kadang kala berasa ego itu suatu jalan, namun hakikat ianya merupakan kelemahan. Merasa diri sudah lengkap dan sempurna, tatkala bahaya yang dilalui disana, suatu masa penyesalan yang dihadapi jua. Ilmu didada wajib dijadikan kompas kehidupan, jika tidak syaitan yang menyelinap masuk didalam dada sekalian insan.Ilmu bukanlah suatu untuk dibanggakan namun untuk kita fikir akan kelemahan dan kejadian kita sebagai seorang insan.

Di zaman remaja, merupakan zaman yang penuh bermakna, diri ingin melakukan suatu yang dirasakan bahagia, namun ia hanya permainan dunia, fitnah yang bermaharajalela, semuanya menjadi sia-sia belaka. Kau, aku, dan dia  menjadi bukti akan sebuah kitaran hidup seorang manusia, mencari suatu yang berharga namun ilmu didada belum dirasakan cukup untuk mencarinya, kekesalan menjadi penguhujung kisah seorang remaja.

Seorang remaja, itulah nama indah dikala tua.  Bila difikirkan kembali, zaman muda adalah zaman yang paling bermakna. Kekuatan, kepintaran dan semangat itulah pendorong kepada cita-cita di masa muda. Pada zaman Rasulallah saw, orang-orang muda kehadapan, orang-orang tua dimanfaatkan. Bak kate pepatah melayu, "Yang tua di hormati, yang muda di sayangi". Orang-orang muda adalah hasil didikan orang-orang tua. Ingin melihat kejayaan sesuatu masyarakat dan bangsa, lihatlah pada pemuda-pemudinya. Jika baik agamanya, maka baiklah bangsanya.

Namun apa yang terjadi kini, yang tua semakin tua, ilmu hanya pada dakwat dan warna. Duit , pangkat dan nama menjadi keutamaan buat dirinya, akhirnya remaja dibiarkan, anak2 menjadi sendirian.. Apabila masanya sudah tiba, si remaja semakin terikut dengan arus dunia, akibat kegagalan si tua, jahiliyyah berkembang semula. Islam hanya pada nama. Yang jauh dari Islam semakin ramai, masjid menjadi sunyi tanpa cahaya, yang ada hanya lah si tua. yang menjadi peneman hanya kayu dan batu yang dijadikan adat apabila tiba masa.

Remaja, di zaman itu kau mencari sinar bahagia, wanita dan lelaki menjadi alat pengadu domba, kau lupa ada si Dia yang Maha Mendengar, akhirnya semuanya menjadi suatu yang gagal dan tidak bermakna, kerana sifat ego kian merebak di jiwa, kau terus lupa dan lupa, kau hanya lah insan biasa, jika ada masalah, pasti yang dicari adalah Dia. Iya suatu masa pasti terbit sinar di jiwa. Dan tika itu, rindu dan cinta hanya buat si Dia. Saat itu kau pasti menuju bahagia!

Seorang ustaz juga merupakan seorang insan yang pasti melakukan kesalahan. Seorang ustaz yang begitu tinggi ilmu agama, kadang kala lebih tinggi di uji Allah berbanding insan biasa. Iya itulah apabila merasa diri sudah sempurna, ujian Allah itu pasti datang jua. Ilmu hanya dijadikan hamba, kerana berasa iya hanya milik kita, namun iya tetap milik Tuhan jua.

Seorang ustaz kadang kala merasa diri tinggi berbanding insan lain, ilmu agama hanya alat perdebatan yang dikatakan untuk perubahan, tapi diri tidak mengamalkan apa yang diikutkan. Allah mengetahui akan hati2 setiap insan. Apakah menuntut ilmu agama hanya untuk mencari perbezaan, untuk mendapat kenamaan, yang akhirnya menghampiri kehinaan.

Dan akhirnya tinggallah title "ustaz" di muka dunia. Di akhirat, kau pasti akan dicerca, kerana kau merupakan insan yang hina. Suatu bangsa, menjadi suatu bencana kerana kealpaan kau mengejar nama, segala usaha hanya menjadi permainan dunia yang sia-sia. Kelak kau akan di tanya, apakah tanggungjawab sebagai seorang ilmuwan dunia, lidah hanya menjawab "untuk memecahbelahkan masyarakat dan agama".


Penulis blog seperti saya dan kamu, juga merupakan seorang insan biasa, penulisan untuk menyedarkan diri dan manusia. kadang kala niat hanya untuk mempamerkan nama, supaya dikenali di mata dunia. Dijadikan peminat oleh sang manusia. Menjadi "fans" yang dikagumi dan diminati namun hati jauh dari Ilahi. Saya ingin meminta maaf pada semua jika niat di hati tidak menghalalkan cara kerana saya tahu di akhirat kelak pasti akan di tanya. Biarlah tidak sebaik didunia, namun di akhirat menjadi permata bidadari di syurga! InsyaAllah:)

Iya itulah permainan dunia, sedar atau tidak, banyak perkara yang kita lakukan kadang kala untung di dunia, namun muflis di akirat sana.Yang alim semakin tamak, yang jahil semakin mundur, itulah realiti, dan bukan lagi ilusi. Kita hidup di zaman fitnah yang mengaburi jiwa. Syaitan dan hawa nafsu dijadikan pegangan, bacaan al-quran masih kekurangan. Anak-anak terbiar di bawa arus fantasi, murid-murid dijadikan bahan uji kaji, namun semua nya tidak bererti, bukan kita yang menjadi juri kerana mahkamah Allah itu sedang menanti.

Semoga Allah mengiringi setiap langkah kita, langkah pasangan suami isteri, sahabat2, keluarga, dan semua yang mencari redhaNya. Akhir kalam, wassalam..


.P/S : Alhamdulillah hari ni sudah semakin improve C language. Ayuh teruskan bermadah! woha.
Category: , ,
Reactions: 

2 tautan hati:

Faidhatul Arfah said...

ye , semoga tuhan mengiringi setiap langkah kite .. amin . heee :)

HafizuddinPirus said...

thats true..:p