Usrah anta, Usrah Ana..

Dengan menyebut nama Allah, Tuhan kami sekalian alam, salawat dan salam buat junjungan mulia, pemuda Islam yang ternama, juga seorang promoter, 'Muhammad Bin Abdullah', tidak lupa kepada ahli keluarga baginda yang tercinta, para sahabat yang setia, Muslimin muslimat yang di redhai Allah swt.

Alhamdulillah, 5 jam perjalanan dari Melaka ke Jalan Kebun, Shah Alam betul2 menguji kesabaran. Traffic jam tambah pula dengan nikmat hujan. Kadang-kadang bile2 fikir, owh ini mesti ketentuan Ilahi, dan aqu yakin sudah tentu itulah ketentuan Tuhan! Sampai di KL, terus beli tiket keretapi. Tapi tadi, ada kejadian yang betul2 memalukan diri. Dalam Keretapi Komuter termasuk Koc perempuan, kena marah dengan makcik2 dan kakak2 didalam kerana tetibe jejaka korea masuk tanpa segan sepi. Ape pun, bukan salah diri, kerana dah lama tak naik komuter, sejak tahun lepas lagi. tak tahu peraturan dalam ketapi dah bertukar. InsyaAllah selepas ni malas aqu nak naik ketapi lagi!

Alhamdulillah di tengah malam yang berbahagia ini, ramai makhluk yang sedang berehat dan terlena sepi, dibuaian udara malam yang sunyi sepi, membuahkan sebuah aroma indah nan bererti, menjadi peneman di kala mimpi. Itulah nikmat buat sang jauzi, tatkala diringi sekalam doa penyeri hati, moga dapat membantu untuk bangun subuh sekejap lagi;)

Namun, secara jujur dihati, tidak lena mengenangkan sang diri, yang tidak pernah menjadi manfaat buat umat ini, walaupun seketika nanti, pelbagai cobaan Tuhan yang menanti, kerana hanya berbuang masa didunia yang seketika ini. Apa pun cobaan yang di beri, aku pasrah dan redha, semoga suatu hari nanti, aku benar-benar insafi.

MUSLIM, MUKMIN. Itulah sebuah kata2 indah yang diberi. Bukan dari kata2 seorang insan, tapi kata dari Kalam Tuhan. Berulangakali di wahyukan di dalam Al-Quran sebagai petunjuk dan pengajaran buat insan, mudah2an kita tidak hanya melihat dan menghafal, namun menjadi pegangan di dalam kehidupan.

Setiap manusia itu pasti melakukan kesalahan(tepuk tangan!). siapa yang tidak pernah melakukan kesalahan, itulah orang yang menghampiri kegagalan. Manakala seseorang yang pernah melakukan kesalahan, namun sedar atas kesilapan yang dilakukan, itulah perihal kejayaan. Kejayaan dalam kehidupan.

Di setiap liku-liku hari seorang muslim pasti di iringi dengan sebuah ujian dan kejadian. Ujian yang pelbagai jenis dan paksi sudah pasti memenuhi ruang lingkup galaksi hidup seorang manusiawi tatkala diri di hamparan kejayaan yang dinanti. Harapan yang selama ini di harapkan, tidak menjadi kenyataan. Sedarlah, itu bukanlah salah diri, tapi itulah ketentuan Ilahi. Sebagai seorang hamba, tunduk dan patuh itu sudah pasti. Kerana amal dan takwa menjadi saksi di akhirat nanti.

Percayalah wahai sang diri, sekian lama beraksi di dalam gelanggang yang penuh berduri, tidak satu pun kejayaan yang diperolehi jika niat kepadaNya tidak bersemi. Niat kerana Allah itulah sebagai bukti di akhirat kelak nanti. Berperang mati mengangkat senjata, namun niat kerana harta, pangkat dan darjat, mengalir selautan darah merah sekalipun, tidak akan di pandang olehNya.



Begitulah dalam membentuk individu muslim, niat kerana Allah itulah pengikat janji, sebagai cop rasmi dalam memegang panji2 Ilahi. Biarpun sekecil apa pun zarah dan molekul amal yang dilakukan, jika diniatkan kerana Tuhan, sudah pasti dicatit sebagai amalan rasmi disisi Ilahi. Begitu juga didalam sebuah jemaah, jika bersungguh bermuafakat dalam amalan2 yang murni, diniatkan hanya kerana Allah, itulah amalan yang diredhai dan dicintai.

Pelbagai jemaah bukanlah dikira Umat Islam itu lemah, andai emosi dan ego di dalam diri yang harus di mamah, kerana sabar itulah kekuataan diri dan juga Ummah. Iya masing2 ingin menuju matlamat yang sama, dalam erti kata perlaksanaan yang berbeza. Seperti kata2 seorang ustaz, Masing2 Ingin menuju ke masjid, menuju kepada ilah, namun masing2 menggunakan pelbagai cara yang berbeza. Ada yang menunggang kuda, ada yang berjalan kaki, ada yang berkereta, ada yang boleh terbang jika punya idea!:)

Namun, sebagai seorang muslim , akhlak didalam diri sangatlah penting. Akhlak dan Syakhsiyah itulah perihal rahsia kualiti seorang mukmin. Itulah rahsia yang diajarkan para Nabi. Akhlak dan peribadi dapat membina individu yang hebat ini. Seperti Umar Al-Khattab, Abu Bakar As-siddiq, Usman Bin Affan dan Ali BIn Abi Talib. Didalam hatinya mencintai saudara2/saudari2 nya bukan sahaja didalam jemaahnya namun di dalam jemaah yang lain. Bukan sahaja hendak memajukan jemaahnya, namun hendak memajukan jemaah sahabat2nya yang lain. Tiada larangan dalam melakukan amalan yang dicintai ilahi, melainkan jika hasutan jin dan syaitan yang tidak akan pernah penat dan letih selagi Umat Islam itu bersatu teguh dalam amal islami.

Tetapi apa yang berlaku hari ini.. tidak sanggup ku tulis. Kerana ku yakin, bukanlah salah kita tetapi itulah kehendak Tuhan, kerana Dia yang maha Berkuasa terhadap sistem alam semenjak dahulu kala.

Biarlah kerja Islam terus Berjalan, tanpa kata apa. Tanpa egois dan emosi yang berleluasa. Sabar menjadi perisai hidup kita. Ukhuwah sesama muslim menjadi ikatan iman kita. Terus berjalan mengikut arus perdana. Arus perpecahan.. bukanlah matlamat kita. tapi apakan daya, kita hanya merancang, Tuhan sahaja yang menentukan..


p/s : woha ngantuknye! semoga dapat bangun subuh esok. InsyaAllah..^^
Category: , , ,
Reactions: 

0 tautan hati: