Tanah Tumpah Darah!

Alhamdulillahi robbil 'alamin. Wassolatu wassalamu alaa Rasulil 'Amin. Wa Alaa 'Alihi wa sohbihi Ajmain.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt kerana hari ini telah sempurna 2 ibadah Sunat yang di tuntut di dalam Islam. Iaitu Ibadah Solat Sunat Eid Adha dan Ibadah Korban. 2 Ibadah yang menjadi rutin tahunan Umat Islam ini merupakan ibadah yang telah dilakukan oleh para Nabi, para Sahabat ridhwanullahi alaih.

Pada hari raya Haji, adalah merupakan hari di mana umat Islam secara jelas di tuntut untuk bersatu. Bersatu di dalam lembayung Akidah, Bersatu di dalam satu Ibadah. Lupakan Soal berlainan Jemaah. Kerana suruhan Allah merupakan suatu perintah. Supaya kita mengambil Ibrah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS. Supaya dapat mencedok theory pengorbanan yang di ajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. yang seharusnya menjadi idola pengorbanan Umat Islam.

Hari ini telah tercipta lagi sebuah sejarah jemaah Umat Islam yang teramai didunia. Sebuah Jemaah yang paling ramai yang di dalam nya berbilang2 bangsa, dan warna kulit. Penyatuan yang tidak kira pangkat, tidak kira nama, tidak kira jenama, oleh kerana tercipta di bawah satu Aqidah Islam, maka diwajibkan untuk menyempurnakan Rukun Islam ke 5. Itulah Baitullahil haram di Mekah.

Alhamdulillah Setelah sekian lama tak balik beraya haji di kampung, hari ini telah di izinkan Allah untuk beraya bersama2 di Kampung Jalan Kebun. Kali ini, bawa bersama classmate Embedded Sytem Class, Hassan Roble dari Horn Somalia, Somali Land. Oleh Kerana Multimedia University yang tercinta hanya cuti sehari, so balik sehari jolah! University lain cuti seminggu(dah start nak complain..woha!). Walaupun hanya sehari namun dapat juga mendidik diri ini supaya terus berbakti walaupun sebentar. Lembu korban sedang menunggu, parang masih belum di asah.. tak apalah.. gunakan segala formula yang ada!


Hassan Roble.. Di bawa khas dari Horn Somalia.. First time pegang lembu..^_^





















Yang Baju merah nie senior sekolah yang suka buat lawak..sampai sekarang tak habis2 dengan lawaknye tu..


Amar.. Classmate di bangku sekolah yang sangat bijak orangnya..
Cita2 nak jadi Mufti ganti Dr Asri..


Munaim, Sahabat kampung Laut, tganu..

Pakcik2 yang pernah bawa halaqat(aka Usrah) ku masa sekolah dulu..


Pernah kena rotan dengan Ustaz ni sebab tak hafal hadith.. Alhamdulillah sekarang dah mcm kawan baik..



Alhamdulillah.. inilah Tanah Kelahiran ku. Sentiasa ku sedari, walaupun duduk di University yang bertahap bandar, namun kampung ku yang menjadi sebahagian darah pendidikan yang telah banyak ku peroleh. Tidak bisa ku lupakan! Mungkin ada di antara kita yang sudah belajar jauh2, overseas dan sebagainya, namun jangan kita lupa tuk kembali menabur bakti di Tanah Air. Tanah Tumpah Darah!

P/S : tekak rasa kering, rasa macam nak demam lepas balun daging lembu tadi.. Ini lah sebabya tak baca bismillah..
Category: , , ,
Reactions: 

0 tautan hati: