Pengorbanan itu sungguh Romantis!

Assalamualaikum wrh wbt.

Dengan menyebut nama Allah, pencipta langit, bumi dan seluruh alam ini, salam kasih dan sayang buat promoter Islam yang terhebat, "Muhammad Bin Abdullah", ahli keluarga Baginda, para sahabat, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.


Alhamdulillah, akhirnya kita telah memasuki satu fasa baru bulan2 Islam iaitu Bulan pengorbanan yakni Bulan ZulHijjah. Bulan yang didalamnya sangat banyak ibrah2 dari sejarah dan sirah para sahabat ridhwanullahualaih dan para Nabi yang terdahulu yang kita bisa ambil. InsyaAllah. Buat yang menggemar membaca kisah2 para Nabi, mesti masih ingat akan kisah2 hebat yang telah dilakarkan Allah dalam Al-furqan yakni Al-Quran. Kisah apa tu? jom google!^_^

Pengorbanan yang dilakarkan oleh Sejarah Islam tidak akan sama dengan pengorbanan yang di terjemahkan dalam versi barat seperti perngorbanan Romeo buat pasangannya si Juliet. Pengorbanan hitam yang menjadi pujaan kebanyakan puak kuffar, iaitu perjuangan saint valentine iaitu pada zaman sejarah pemerintahan Romawi Claudius 2. Pengorbanan Zionism yang sudah semestinya merupakan perjuangan PALSU abad ke 20, yang bukan hanya tidak berperkemanusiaan, malah tidak juga termasuk dalam berperikehaiwanan. Pengorbanan buat puak kuffar yang dianggap pengorbanan mulia telah menjadi detik hitam untuk Umat Islam. Ayuh kita buka minda dan fikir2kan..

Pengorbanan adalah suatu amalan yang amat mulia. Hidup dan perjuangan tidak dapat dipisahkan daripada pengorbanan. Bagaikan dua hati manusia yang sudah disatukan dengan ikatan pernikahan, susah untuk dipisahkan!^^ Sejarah kejayaan orang-orang terdahulu adalah dengan pengorbanan. Jejak perjuangan Rasulallah saw, para sahabat, tabi'in, penuh dengan perjuangan dan pengorbanan. Kisah Nabi Ismail as dan Nabi Ibrahim as yang Redha dengan perintah Allah adalah lambang keagungan suatu pengorbanan. Landasan pengorbananlah yang menyebabkan manusia melakukan perubahan, menempa kemajuan dan akhirnya mampu membina peradaban!

Dewasa ini, kita amat perlu untuk memiliki jiwa pengorbanan. Rasulallah saw pada masa mudanya mengorbankan masanya dengan menjaga kambing dan membawa barang dagangan Khadijah ra untuk diniagakan. Sangat Romantis! Inilah kisah pasangan Contoh yang semestinya menjadi rujukan buat sekalian Umat Islam. Bukanlah kemewahan itu yang menjamin kebahagiaan, namun pengorbanan dan keimanan yang tinggi kepada Allah menjadi pucuk kebahagiaan pasangan dunia dan akhirat.

Ali ra sejak zaman mudanya lagi sudah terlibat dalam perjuangan dan pengorbanan terhadap menegakkan risalah kebenaran. Hatinya yang lembut, namun ketegasan dalam menyampaikan risalah Islam itu sangat berkobar2. Beliau sanggup menjadi galang ganti di tempat Rasulallah saw sewaktu Nabi saw memulakan misi Hijrah. Pihak kafir Quraish yang ketika itu menjejaki Rasulallah saw, namun Ali As yang ditemui di atas katil Nabi SAW. Sungguh Romantis kan?. Boleh kita bayangkan, jika musuh Islam memburu sahabat2 yang kita sayangi, adakah kita sanggup menggadaikan nyawa semata2 kerananya?

Menghidupkan jiwa pengorbanan ke dalam diri adalah suatu tuntutan. Realiti mewah dan selesa hari ini boleh menjadikan kita alpa dengan keadaan, pergaulan, hiburan dan gaya hidup. Kita boleh memilih untuk terus unggul dalam cita-cita dan perjuangan hidup. Dan kita juga boleh memilih untuk terus dibelenggu dengan jiwa santai, tiada perancangan hidup, kerdil cita-cita dan tandus dengan jiwa pengorbanan. Pilihan ini adalah penting bagi menentukan hidup seorang hamba.

Sebagai seorang pelajar, tahap kehidupan pada fasa ini adalah merupakan fasa yang amat mencabar. Di tahap ini, kita amat ideal dengan sesuatu, ingin melakukan sesuatu seperti orang lain, rasa ingin mencuba yang tinggi dan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan, memilik jiwa memperaga yang hebat. Malah kadang-kadang diulit perasaan 'berontak' yang meluap-luap.. Sekiranya sifat-sifat asasi ini berada dalam olahan yang negatif, ia bakal menggelapkan hari-hari kehadapan. Sebaliknya jika sifat-sifat ini dibentuk dengan nilai-nilai perjuangan dan pengorbanan yang positif, ia bakal membimbing kita untuk mempunyai potensi besar untuk maju dan berjaya.

Jiwa pengorbanan harus mengajak kita mengenang pengorbanan yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu membebaskan negara dari belenggu penjajahan. Juga pengorbanan ibu bapa yang bersusah payah membesarkan dan menyekolahkan kita dengan harapan agar menjadi orang-orang yang mneyumbang kepada pembangunan agama dan negara. Akhirnya memperkasa bangsa dan umat ini untuk menjadi orang-orang yang berwibawa, dihormati, dirujuk ilmu dan kepakarannya. Seterusnya menjadi penggerak dan peneraju ke arah perubahan negara yang lebih bermakna.

Sebagai seorang Muslim, kita semestinya harus menyedari dan menginsafi akan penciptaan kita di atas muka bumi ini. Insaf dalam erti kata 'insaf dan berubah'. Kita hanya manusia dan seorang hamba. Jika nak dibandingkan kita dengan hamba2 pada zaman Rasulallah saw, kita sama sekali sangat jauh terpinggir. Kerana 'hamba' pada zaman itu telah dimuliakan Rasulallah saw. Subhanallah. Mungkin kita sudah lupa akan kisah Bilal Bin Rabbah iaitu seorang hamba yang Rasulallah angkat kedudukannya. Walaupun luaran gelap, namun dalam sangat memutih dan cerah(hati dan jiwa).

Akhir kalam, saya mengajak diri saya dan semua pembaca untuk membina kembali jiwa kehambaan yang tinggi dengan berjuang untuk mendidik jiwa patuh dan taat terhadap sesuatu yang baik serta bermanfaat. Allah jadikan alam, planet, sistem solar dan sistem-sistem lain di alam ini berasaskan kepatuhan dan ketaatan masing-masing terhadap ketentuanNya. InsyaAllah.

P/s : Jom Berkorban, kambing kat somalia sangat murah berbanding di Malaysia. Mungkin bulu lain sikit tapi rasa sama! tak percaya tanya kawan2 yang dari Somalia^_^





Dalam kesempatan yang ada, dari diari seorang pelajar, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eid Adha kepada Ahli keluarga terutamnya, semua sahabat dan sahibah, muslimin dan muslimat, kawan2 terdekat dan terjauh, housemate lama dan housemate baru, Ahli2 lembaga(?), classmate lama dan classmate baru. Dan semua yang lama dan semua yang baru. Semoga segala pengorbanan kita dari awal hidup kita sehingga sekarang ini dicatat oleh Malaikat tuk menjadi bukti penyelamat kita di akhirat kelak nanti dengan Redha Allah swt. InsyaAllah...
Category: , ,
Reactions: 

0 tautan hati: