GOALLL!! Mamak, teh tarik satu!

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang. Tuhan kami malam dan siang, zuhur, asar, magrib dan isya, kemudian didatangkan sang subuh untuk memberikan rezeki, peringatan dan penghayatan akan seorang hamba yang sentiasa terlalai dalam kehidupan. Salawat dan salam tidak terlupa kepada junjungan mulia, "Muhammad Bin Abdullah" serta ahli keluarga yang tercinta, para sahabat yang sentiasa setia, ikhwah dan akhowat yang di rahmati Allah swt.

Alhamdulillah  di malam yang mulia, marilah sama2 kita merafa'akan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt kerana masih lagi mengurniakan rahmat Nya ke atas diri kita walaupun kita sedar dan bersukur atau tidak, namun rahmat dan rezekiNya tetap terlimpah ke atas diri manusia. Sebelum ingin melangkah lebih jauh, menyiapkan lab-lab report yang sepatutnya di hantar minggu depan, alangkah terkesimanya hati ini jika tidak bereksperi di ruang maya ini. Namun hati terasa sepi tatkala jasad yang hanya mementingkan kerja-kerja duniawi.

Bulan zulhijjah semakin meninggalkan kita. Bulan pengorbanan yang memaparkan banyak aksi-aksi hebat yang sudah tentu di rakamkan Allah di dalam Al-Furqan yang terhebat, sepatutnya menjadi pelajaran dan pengajaran buat seluruh insan, pengorbanan yang di nilai di akhirat, menjadi penyokong akan pemberat akan amalan umat, untuk melihat apakah amalan kita sangat singkat, atau pun hanya tipu daya syaitan yang seringkali memikat. Begitu juga dengan sang penulis yang sangat lemah dari segi amalan. Semoga Allah sentiasa mendorong hati-hati ini supaya terpaut di jalan yang penuh dengan cahaya ketengan, dalam bahasa arab "An-Nur", itulah satu perkataan yang digunakan dalam nama-nama kebanyakan insan.

Hidup ini ibaratkan roda, kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan. kadang-kala kehadapan dan kadang-kadang mundur kebelakang. Iya itulah seorang manusia yang bernama insan, kadang sangat bersemangat, kadang-kadang hanya tercegat, kerana diri sudah tidak ada cahaya di hati, tatkala Tuhan merampas cahaya itu kembali, akibat kelalaian yang seringkali terjadi, sehingga sekian lama, insan itu mulai jauh dan jauh dari ilahi, tiada kemanisan iman di dalam diri, yang jahat menjadi penawar di kala duka, yang baik hanya di dilupakan sahaja. Namun apabila kematian itu hampir tiba, apa yang dicari ialah cahay rabbani, namun tiada yang dengar kerana diri sudah di alam kubur yang menyepi. Di saat itu, sang insan, mula mencari-cari kebaikan, namun yang dirasai hanya pukulan sehingga bertahun-tahun tangisan tidak berhenti, namun yang pasti itu tetap pasti.

Semalam, merupakan detik kegemilangan bangsa ini. Terbitnya bibit-bibit keriangan di kalangan para peminat bola sepak di negara ini. Kedai-kedai dan restoren-rosteran merupakan stesen himpunan sekalian umat yang dahagakan sebuah penalti. Tidak kira tua, muda, melayu cina dan india. Indonesia turut join sekali tapi menyorok-nyorok di tepi takut jadi mangsa buli. Walaupun baru berhijrah ke negara ini, mamak pun turut menjadi juri. Pelbagai bangsa dan agama berkumpul meyaksikan sebuah perlawanan final Bola sepak Malaysia bertemu Indonsia. Iya perlawanan yang sungguh hebat dari awal sehingga akhir.  Semalam mamak cukup gembira, kerana mungkin alaun para pekerja naik berganda akibat penangan bola. Itulah rezeki mereka.

Di samping menyaksikan perlawanan bola sepak, tea o, tea ais, milo ais, itulah minum yang seringkali menjadi kegemaran para peminat bola. Tongkat ali penyeri hidup yang tua. Dunhil dan surya menjadi perangsang semangat mereka, tidak kira tua atau muda, namun kadang kala batuk tu terlebih pula. Mamak pun turut waspada, takut-takut ada yang menjadi garuda atau mungkin harimau muda. "Harimau menyerang restoren mamak akibat kegagalan gol keeper menyelamatkan penalti". Di dalam hati mungkin juga akan terjadi, namun siapa yang dapat pasti kerana ketentuan itu di tangan Ilahi.


GOA:LLLLL!!! Tendangan pertama oleh pemain Indonesia, peminat harimau muda yang sedang menikmati teh tarik panas, air yang sedang cantik mengalir kedalam rongga tersedak keluar terkena mamak yang berdiri di sebelahnya. Pelbagai gaya bahasa yang keluar, tutur kata yang sopan dan cantik menjadi kegilaan para peminat bola. Peminat Indonesia hanya buat2 tidak dengar, mamak hanya diam dan sabar, kerana tidak mahu ganggu emosi para peminat bola. Si bapa, yang membawa anak menyaksikan perlawanan bola, mengharapkan anak-anak mereka menjadi pemain bola suatu masa. Si anak hanya terlena akibat keletihan sekolah, namun si bapa tidak kisah. Si anak hanya pasrah.

GOALLL!!! iya hadiah buat peminat harimau muda! Ngaummmm! Ada yang tanggalkan baju akibat terlalu obses, pak arab yang hanya menikmati minuman di situ ternganga. Tengok semua sorak besar, si arab turut bersorak, sokong pasukan mana, menjadi tanda tanya? tapi kelihatan semua goal, dia turut teriak sama! Takpalah.

Tiba pada penalti ke 3 buat penyokong Malaysia, tendangan penalti yang dinanti menjadi harapan tidak bertepi, bola perlahan menari-menari menuju palang yang dilihat bayangan sepi, namun bola dapat di selamatkan oleh penjaga indonesia yang mempunyai  harapan yang tinggi. Mungkin itu ketentuan Ilahi. Kerana hendak memberikan iktibar buat sang pemain supaya bisa cuba lagi. Peminat Indonesia di kedai mamak turut happy, ingin berekspresi tetapi hanya minoriti, jadi hanya dapat bergembira di hati.

Perlawanan bola sepak, merupakan perlawanan yang dinanti, tidak dinafikan lagi ia merupakan satu perlawanan yang menunjukkan imej dan emosi diri, bukan sahaja buat pemain, malah peminat turut berkongsi. Dari stadium hinggalah ke kedai mamak, itulah tempat untuk melepaskan ekspresi. Cinta pada negara melalui permainan bola sepak tiada salahnya jika mengikut peraturan-peraturan yang digariskan Islam iaitu sabar itulah kemenangan dan senjata buat diri.  Namun apabila emosi menguasai, Iman dan Islam turut bertepi. Perkataan-perkataan keji menjadi pemuas hati.

Pada akhir perlawanan, stadium penuh dengan tangisan kegembiraan, begitu juga kekecewaan, Namun di dalam berita, ada peminat yang meninggal akibat  kesesakan. Hati ni mendoakan jika si mati itu seagama, semoga Allah swt mengampunkan dosa-dosa dia dan melimpahkan rahmat ke atas dirinya. InsyaAllah. Stadium yang muat 100 ribu manusia, namun terlebih sehingga 150 ribu jiwa, di luar stadium dua kali ganda. Subhanallah! hebatnya. Bayangkan jika 100,000 jiwa yang mengeluarkan air mata, akibat terkenangkan dosa dan saudara di Palestina, InsyaAllah akan lebih barokah disisi Tuhan yang mulia.

Alhamdulillah apa pun yang berlaku, tahniah buat Team Malaysia, kemenangan yang di nanti akhirnya membuahkan hasil yang baik dan penuh bermakna. Ini merupakan suatu nikmat buat bangsa kita, namun jangan lupa suatu masa tuhan tetap akan uji kita. Masjid-masjid sepi menjadi bangunan terbiar, subuh hanya bila mampu saja. Biarpun menang di dunia, di akhirat belum tentu jua. Titian sirat tetap menanti kehadiran peminat-peminat bola, Kemana kita selepas hujung usia, syurga atau neraka? sama-sama kita fikirkan.

Yang baik datang dari Allah. segala kelemahan datang dari diri hamba yang penuh hina.  

P/s : Semoga kejayaan ini menjadi semangat kita untuk lebih beramal.. InsyaAllah..
Category: , , ,
Reactions: 

0 tautan hati: