Capacitor, Resistor, mekar bahagia.

Segala puji bagi Allah, Tuhan di langit dan di Bumi, Tuhan di lautan dan di daratan, pencipta dan penghancur dunia yang hanya sementara, telah tercatat di dalam Al-Quran untuk manusia sedar dan insaf akan kehidupan yang tidak lama, supaya kita tidak terlalu jauh terlalai akan kebahagiaan di dunia. Salawat serta salam tidak lupa buat junjungan besar Baginda, "Muhammad Bin Abdullah", pemimpin dan pewaris yang terhebat yang telah di lantik Allah menjadi Rasul terakhir. Rasulallah SAW. Tidak lupa kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, muslimin dan muslimat yang di kasihi Allah swt.


Alhamdulillah di malam yang sungguh romantis ini, bukanlah nak bercerita tentang cinta, mahu pun berkenaan perasaan sebagai seorang hamba, tidak salah jika masing-masing saling nasihat menasihati antara saudara, kerana bukanlah nasihat itu tanda tidak suka tapi tanda kasih dan cinta. Nasihat bukanlah tanda kita seorang sahaja yang bagus dan pandai tapi nasihat merupakan senjata buat diri yang selalu lalai.

Sebagai seorang manusia, sejak dilahirkan didunia, telah dianugerahkan rupa, dan bentuk badan yang berbeza dan amat sempurna.  Mungkin ada manusia yang dilahirkan didunia dalam keadaan buta, ada juga yang diciptakan dalam keadaan yang kurang deria. Namun itu bukanlah tanda seseorang tidak sempurna. Walhal itu merupakan suatu nikmat yang sangat besar dari Tuhan kepada seorang hamba. Mungkin jika seorang yang dilahirkan dalam keadaan yang buta, hati sangat bercahaya.

Cuba kita renung kembali, semenjak kita lahir dan sehingga sekarang, berapa banyak fitnah yang kita rasa. Berapa banyak jumlah juadah aurat yang di ratapi dalam keadaan iman yang sering sunyi. Bak kate pepatah baru, "dari mata turun ke hati, dari hati salur ke semua organ diri". Namun, seringkali kita terus merasa diri kita yang sempurna, dan si buta itu cacat kedua belah mata. Iya kita tidak pernah merasa diri kita kekurangan kerana ego dalam diri kian berlebihan.

Si buta yang dilihat seorang yang sungguh kasihan, namun di hati nya terlalu banyak syurga dan taman. Fitnah penglihatan tidak dapat menembusi akal fikiran, proses transformasi antara otak dan hati menjadi halangan, memori akal yang unlimited, tidak pernah dimasuki karat2 virus worm mahupun trojan. Iya kerana nikmat buta yang diberikan oleh Allah kepada manusia yang menjadi pilihan.. Walaupun tidak dapat merasai nikmat kebahagiaan seperti insan yang lain, namun hati lebih nyaman dan hening. Tiada kerisauan dalam diri seorang si buta kerana dia tahu Allah menjaga dirinya, menjaga pergerakannya, kerana sebab itu nikmat buta di berikan pada dirinya. Kerana dia insan yang berharga, bukan istimewa untuk manusia tapi untuk Tuhan yang Maha Perkasa.

Alangkah bahagianya si buta, kerana di padang mahsyar, mata yang terjaga menjadi penyelamatnya di sana. Tidak seperti kita insan biasa, ujian mata merupakan ujian yang luar biasa. Seringkali pasti pernah melihat aurat wanita(bukan muhrim). iya satu dosa. jika dalam sehari melihatnya, makin bertambah dosa. Sekarang medan social seperti facebook merupakan medan yang sangat ketara fitnahnya. Jika dalam friends kita terdapat 1000 wanita, separuh daripadanya auratnya entah kemana, jika setiap hari di buka, dan setiap hari melihat aurat wanita, apakah itu bukan merupakan satu malapetaka? atau hanya perisa untuk mata? Iya itulah medan ujian buat kita insan biasa. Mereka yang buta merupakan insan yang istimewa, namun diri harus bersyukur kerana setiap ciptaan itu pasti mengandungi hikmahnya.


Pernahkah kita mendengar tentang sang resistor dan sang capacitor?^_^ Iya kedua-duanya merupakan satu objek buatan manusia yang sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. kehidupan yang sentiasa berbekalkan peralatan-peralatan elektronik seperti objek yang sedang kita hadap sekarang. Ianya merupakan suatu integrasi daripada capacitor dan resistor. Iyanya suatu benda yang kecil, namun tiada manusia yang mengmbil tahu akan kehadirannya. Jika kedua ini tiada, maka tiadalah peralatan komputer yang berada dihadapan kita. Dalam kita bermain facebook dan sebagainya, pernah kah kita terfikir akan ciptaan komputer. Bagaimana proses sending dan receiving sesuatu data. Bagaimana comment dari fb kita boleh sampai kepada fb sahabat kita. Iya pasti sangat jarang manusia mengambil tahu kerana nikmat beraplikasi lebih besar dari nikmat mengambil tahu akan prosesnya. Begitu juga dengan manusia, manusia lebih suka beraplikasi tanpa mengetahu proses2nya. seorang manusia yang betul-betul matang pasti kerap melalui proses sehingga dia benar-benar matang dalam applikasi kehidupannya.

Capacitor menyimpan tenaga, dan Resistor memberi rintangan pada tenaga. Kedua2nya.memainkan peranan yang berbeza namun mempunyai satu tujuan yang sama. Iaitu untuk membuatkan manusia selesa beraplikasi dalam keadaan manusia tidak ramai tahu akan kehadirannya. Namun kedua-duanya tetap mekar bahagia. Kerana masing-masing ingin mencapai matlamat yang sama walaupun caranya agak berbeza, agak compliment di sana dan kedua-dua saling membantu dan memainkan peranan penting demi kebahagiaan si pengguna.

Secara theorinya, suatu teknologi tidak akan dapat berfungsi dengan baik jika tiada resistor, begitu juga capacitor, pasangannya. Jika hanya ada salah satu, mungkin teknologi itu akan terbakar kerana tidak menahan aliran arus electric yang  deras. 10 volt pun sudah berat bagi seorang manusia. Namun jika kedua2nya bersatu, pasti dapat menyelamatkan keadaan kerosakan yang pasti berlaku.

Begitulah lumrah hidup seorang manusia. Menjadi seorang pelajar sudah semestinya mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu mencari ilmu. Itulah tujuan utama dalam memasuki medan universiti. Mencari publisiti? tidak, hanya mencari redha Ilahi. Hidup dalam keberkatan merupakan hidup yang sungguh indah dan bahagia. Kadangkala apa yang kita lihat tidak baik itu sebenarnya pantas dan baik buat diri kita. Jika kita merasakan sahabat itu menyusahkan hidup kita, namun sebenarnya sahabat adalah penguat dalam menghadapi kehidupan yang penuh ranjau duri yang berbisa. Jika kita lihat berkahwin awal itu suatu yang tidak mampu dan menyusahkan semasa kuliah, namun ianya sebenarnya merupakan suatu yang indah disisi agama. Secara realitinya, ramai manusia yang sudah jauh dari agama dan fitrah, kerana terhalang oleh pemikiran yang jauh dari sistem yang islam anugerah . Medan universiti merupakan medan yang sangat bahaya jika tidak punya iman yang tinggi. Di mana-mana saja pasti ada fitnah yang menanti. Tidak kira bangsa mahupun agama. Tidak kira arab, cina, melayu mahupun india.  Masing-masing mempunyai naluri yang sama, cuma cara agama yang berbeza.

Kadang-kala iman manusia seringkali diuji, bukan kerana ia lemah, namun kerana merasa diri sudah sempurna dengan ibadah. Iya kita merasakan diri kita sempurna tatklala kesempurnaan  itu hanya milik Allah. Dan bila-bila masa ujian itu menikam lidah dengan manusia yang bongkah. Kita merasakan diri kita sudah sempurna iman, namun pada Allah, kita hanyalah manusia yang sia-sia.

Manusia itu lumrahnya seorang insan yang hina. Namun diciptakan Allah satu persatu untuk menjadi pendamai di muka bumi. Iya manusia sering pandang kehadapan, namun dalam mencari pangkat dan nama, yang bawah dilupakan. Yang penting diri diutamakan, dan sampai masa, kehidupan bertambah kaya dan kaya. Status depan nama sentiasa menjadi rebutan manusia. Untuk apa? Iya untuk melihat diri hebat dan sempurna. Untuk dakwah? Jika dakwah, Rasulallah sanggup tinggalkan harta yang melimpah untuk kebahagiaan umatnya. Sampai suatu masa harta dan status tidak lagi berguna untuk kita, hanya amal, ilmu dan doa anak yang soleh menjadi pendamai buat diri di bawah tanah kelak.

Segala yang baik itu datang dari Allah, yang kurang itu datang dari diri hamba yang hina..


Wassalam..

Apa akan terjadi jika tiada resister dalam sistem komputer ni..fikir2kan..:)

P/S : Tidur awal, bangun awal.. InsyaAllah!! Esok kelas petang, jadi pagi2 ingin meningkatkan stamina diri bersama sahabat2 yang tersayang! Iya Bukit Beruang yang trcinta!
Reactions: 

0 tautan hati: