Bapa borek, Anak Tercekik!

Assalamualaikum wrh..

Alhamdulillah.. bersyukur kehadrat Allah swt kerana masih memberikan ruang yang terbatas untuk berekspresi di ruang maya ini. Bukanlah untuk mendapat sanjungan dan perhatian tapi untuk menyedarkan diri dari lembah kehinaan. Bukan untuk merasa hanya diri ini yang sempurna, tapi untuk menyatakan bahawa hati ini tidak tenteram tanpa sebarang kata. Mudah2an penulisan menjadi saksi amal dunia, semoga dihitung diakhirat sana.


Macam biasa setiap malam, Masjid Al-Irsyad menjadi tempat penginapan, bukan kerana hendak menjimatkan elektrik rumah tapi kerana ingin bangun subuh berjemaah. Ubat nyamuk, selimut berbantalkan sejadah. Itulah peneman diri di dalam rumah Allah. Iya hati ini menjadi setenang lautan biru apabila bangun subuh berjemaah. Walaupun tidur lewat, bangun awal dalam 5.30. Kalau di rumah, tidur awal, bangun pulak 7.30..(hehe).. InsyaAllah sentiasa mendidik hati dan diri agar dekat dengan Baitullah.

Di masjid, sahabat2 menjadi tempat luah. Kami berlainan usrah, namun hati tetap dalam dekapan ukhuwah, di masjid kami berborak2 soal ibadah, sekali sekala terborak soal nikah. Kadang kala, bilal pun turut bermadah. Adohai saleha! Junior2 pantang masuk bab walimah, dua jam baru habis selesai titik noktah, tengok jam tangan dah 12.30. Hati tertanya-tanya, bila semua nak sudah, namun bab nikah menjadi kalimah akhirah. Hai junior2, takkan nak sebut satu2 nama, umur masih muda, timba ilmu supaya kelak senang dan bahagia. Tapi.. Walimah muda apa salahnya(hehehehe..)

Hari ni sempat belek akhbar2 di carian google, terjumpa satu akhbar, lalu didalam halaman akhbar tercatit, ayah imam masjid, anak kaki merempit, ayah aktif jemaah, anak kaki dadah. Apakah ini hanya permainan media atau realiti dunia? Apakah ada kesalahan didalam penyelidikan si penulis atau si keluarga yang kian muflis. semoga kita dijauhkan dari kerenah dunia yang kian menghimpit iman kita. Astaghfirullah..

Mari kita balik kepada basic, tujuan kejadian seorang manusia, bukan untuk mendapat tempat, bukan juga untuk nampak hebat, tapi adalah untuk mendapat mandat dari Tuhan yang Maha hebat. Iya seringkali kita beribadah, kadang kala untuk mendapat perhatian dan kita merasa terperasan kerana tidak sama nilaian manusia dengan nilaian Tuhan. Markah yang diberikan manusia berbeza dengan markah yang diberikan Tuhan. Sesungguhnya manusia di bawah perhatian Tuhan.

Iya perkara sebegini, bukanlah sekali dua, malah ianya menjadi sebuah kes yang sangat memberikan gambaran tidak baik kepada agama islam yang mulia. Dimanakah salahnya? Bukankah pepatah melayu pernah kata "bapa borek, Anak rintik"? tetapi sekarang sudah menjadi "Bapa borek, anak tercekik". Adakah salah anak, atau adakah salah bapa dan keluarga?

Seorang ayah yang aktif membawa usrah, siang dan malam keluar rumah, menyampaikan pesanan Allah, namun apabila balik ke rumah, didapati anak lelaki menghisap dadah, anak perempuan hanya tergamam reaksi sang ayah, mengeluarkan rotan dan memukul si anak sehingga berdarah. Si ibu menangis melihat reaksi si bapa "Dah lah abah, dia anak kita", si bapa yang membawa usrah dengan penuh emosi dan marah berkata "dia bukan anak kita! Dia ini sampah!!"

Iya kadang kala menjadi Naqib Usrah, sangat sibuk di luar, ibu menjadi tempat luahan anak sepanjang sekolah. Si Ayah hanya memberi nafkah, kadang kala si ibu terpaksa menahan lapar, melihat tiada makanan di rumah. Si Ayah balik rumah, hanya melepaskan penat lelah, komunikasi bersama anak-anak hanya perkara yang kecil tidak membawa apa-apa faedah. Didikan di luar sangat maju, manakala di rumah hanya bila mampu.

Membawa dakwah suatu yang wajib bagi setiap muslim, namun berusrah merupakan salah satu intipati dari dakwah. Apa yang diajarkan Rasulallah sangat cantik, apabila akhlak dan syakhsiyyah menjadi keutamaan seorang pendakwah. Iya bagaimana akhlak kita dengan anak-anak, dengan keluarga, dengan sahabat. Rasulallah mendakwah para sahabat dengan syakhsiyyahnya dahulu baru dengan ilmu. Bukanlah berapa banyak Usrah itu menjadi keutamaan, namun berapa banyak amalan yang ditanya Tuhan. Amalan seorang bapa, ialah apabila berjaya menjadikan anak lelaki dan perempuan hafiz Al-Quran. Hafiz Al-Quran bukanlah bermaksud banyak mana hafalan, namun sebaik mana amalan. Isteri menjadi penyokong kepada suami apabila si suami sakit dan lelah.

Apabila keluarga menjadi keutamaan, semua yang diluar akan dipermudahkan. Si anak diberi perhatian, dia mula faham akan keutamaan seorang insan bernama bapa, dan akan dijadikan ikutan. Yang kurang, diteliti, yang lebih diteladani. Tiada yang sempurna dalam sebuah keluarga, namun tidak salah jika ingin mencapai kesempurnaan yang bahagia jika masing2 memainkan peranan dan fungsi yang telah di tetapkan sejak azali lagi.

Seorang bapa amat memahami akan keutamaan diri dalam organisasi, namun lebih penting jika dia memahami akan keutamaan dalam mendidik keluarga sendiri.

Kelak si anak akan ditanya, kenapa kamu banyak berdosa di masa remaja, namun si anak hanya menjawab, kurang didikan seorang bapa. Si bapa tergamam, dan menangis menyesal, namun neraka yang menjadi tempat tinggal.

Ayuh saya mengajak diri dan sahabat, yang masih bujang, belajar dan terus belajar supaya diri menjadi insan yang cemerlang. Sabar dan terus sabar kerana yang indah itu akan pasti datang. Yang sudah berpasangan, get ready menjadi bapa dan gunakan kaedah yang Rasulallah saw ajarkan. Adil dalam setiap perbuatan. Kerana kelak anak-anak akan dijadikan penilaian.

Wallahualam..yang baik dijadikan ikutan, yang salah mohon diperbetulkan..



P/s : Ape erti seorang engineering dengan programming? walaupung programming bukang bidang, diri tetap ke depang. Ingat.. Jangang pandang ke belakang!woha..
Category: , ,
Reactions: 

0 tautan hati: