2 Bangsa, 1 Agama.

Alhamdulillahirobbil 'alamin. wabihi nasta'in wali umurriddin wa'alaa aalihi wa ashabihi ajmain.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana masih memberikan kita rahmah dan maghfirahNya di dalam jiwa2 setiap muslim. Selawat dan salam tidak lupa, buat junjungan mulia, "Muhammad Bin Abdullah" yang merupakan Rasul terakhir yang diutuskan Allah untuk memberikan sinar Iman dan Islam di atas muka bumi ini. serta tidak lupa kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, Muslimin dan Muslimat yang di kasihi sekalian.

Alhamdulillah..malam tadi malam yang betul2 nikmat! Dapat Sms, jemputan Majlis Kahwin di CLC Concourse MMU, penyatuan mempelai dua bangsa, Arab dan Melayu. Lelaki arab(yaman) berkahwin dengan perempuan Melayu. Tapi apa yang penting, makanan malam tu semuanye hebat2. wawawahhh memang lazat! Makanan arab di tambah pula dengan lauk kambing, wing wing wing betul2 memikat! Bila dikaji dan diteliti, ramai lelaki arab yang sudah berkahwin dengan perempuan melayu, tapi jarang kita lihat perempuan arab yang kahwin dengan lelaki melayu..hem3! de berani..? (Sejuta baru mas kahwin..takkan nak buat pinjaman bank)


Di dalam diri setiap manusia, pasti mempunyai suatu rasa, di mana, semua yang hendak dilakukan olehnya, namun diiringi peraturan2 yang dicipta, kerana kelak di akhirat sana segala perbuatan akan disoal dan ditanya. Cuba tanya pada diri, dimanakah silapnya? Namun, Tuhan Maha melihat akan manusia yang leka, tiada yang terlepas dari catitanNya.

Kejadian Manusia di atas bumi bukanlah hanya suatu perkara yang sia2. Namun, ianya merupakan tugas dan tanggungjawab yang besar ke atas diri setiap manusia. Satu perlumbaan yang diciptakan Tuhan semenjak lahir sehingga tiada. Dan di akhir garisannya, kita hanya sebutir jasad yang tidak mampu berkata dan bernada. Sebuah perlumbaan yang di mana, semua manusia berlumba untuk berjuang mencari kebahagiaan dunia. Dan sedikit yang bertujuan untuk mencari kebahagian di akhirat sana.

Kini, ramai jiwa yang berlumba merebut jawatan yang tinggi, namun kurang yang beringat bahawa kelak mereka akan mati. Namun, sebagai seorang Muslim, dua nikmat yang kita sedang rasai, iaitu nikmat yang seringkali kita lupai, nikmat Iman dan Islam. Dua nikmat yang sentiasa hadir dalam diri seorang Muslim. Walaupun kita tidak pernah merasai akan kehadirannya, namun dua nikmat itu yang sentiasa menjadi perisai hidup kita.

Dalam mencari amal di dunia, islam tidak lihat siapa kita. Warna kulit, tutur bahasa, kelip mata tidak menjadikan perbezaan di akhirat sana. Yang dilihat hanyalah amal kita. Amal kita di dunia.

Ada ramai perempuan yang sangat cantik, namun hanya sedikit yang berakhlak baik. Ramai lelaki yang berlagak "macho--Over matured", namun akhlak agak hancur. Khas buat adik2 perempuan yang tercinta, hargailah hidup dimasa muda, aurat luaran dijaga, dalaman dipelihara, kerana itulah yang paling berharga di akhirat sana.

Apabila di tanya kepada sang jejaka, kenapa ingin mengahwini gadis muda? jawapan di mulut kerana agama tapi di hati kerana terpesona dengan kecantikannya. Jujurlah wahai hati, jika ingin menggapai barokah kehidupan berpasangan, haruslah memasangkan niat kerana ilahi.

Indahnya ciptaan Tuhan ke atas umat manusia, diwarnai dengan kepelbagaian bahasa dan bangsa^_^. Apakah makna disebalik rahsia kepelbagaian ciptaan Tuhan? Ayuh kita fikirkan.. mudah2an bertambah iman kita..

Kadang kala, sifat memandang ke arah suatu yang negatif melebihi daripada yang positif. Itulah sifat semulajadi seorang manusia. Negatif terhadap manusia, merupakan sifat yang sia2. Tiada beza kita dengan binatang, jika akal yang digunakan tidak dimanfaatkan bersama. Namun apabila di kaji, Rasulallah saw merupakan seorang manusia yang sentiasa memandang hebat akan sahabat2nya. Umar Bin Al-Khattab merupakan seorang sahabat yang mulia. Beliau adalah seorang yang Pemarah pada zaman jahiliyyahnya. Dan seorang yang garang pada masa Islamnya. Namun Rasulallah tidak memandang akan kegarangannya tapi akan ketegasannya. Bezakan antara garang dan tegas. Garang merupakan sifat negatif, manakala tegas merupakan sifat yang positif.

Begitu juga akhlak kita terhadap saudara seislam kita. Apakah kita pernah menjaga hati-hati mereka walaupun mereka bukan dari kalangan bangsa/jemaah kita. Seringkali yang salah itu kita menjadikan "main point", manakala yang benar itu hanya sekadar "supp point". Kadang kala, kebenaran itu susah untuk dilafazkan, kerana di hati masih tiada kemanisan Iman. Kadang kala, yang salah itu dijadikan alasan, kerana di hati tiada lagi jalan kebaikan. Percayalah, setiap masa yang kita lalui merupakan salah satu kebaikan buat seorang Insan.

Bangsa atau jemaah bukanlah tujuan kita. Kerana yang di soal di akhirat kelak hanya soal amalan dan agama. Lihatlah berapa ramai bangsa Arab yang sudah bernikah dengan bangsa kita, kerana atas dasar apa? Iya..dasar Agama. Begitu juga Bangsa cina yang sudah ramai memeluk Agama Islam, kerana atas dasar apa? sudah tentu atas dasar Agama.. dan hidayah itu jua datang dari Tuhan pemilik alam semesta.

Apabila agama menyatukan bangsa, tiada lagi jarak perbezaan antara kita. Miskin dan Kaya saling bersatu. warna hitam dan putih kian beradu. Iya.Masing2 menjadi satu. Tiada lagi perbezaan ketara seperti dahulu, Bangsa yang miskin semakin miskin, bangsa yang kaya semakin kaya. Namun kini, perubahan itu semakin ketara. InsyaAllah..

Itulah indahnya Berbangsa-bangsa, sebegitu indahnya berbilang jemaah jua. Walaupun kadang kala kesulitan dalam bekerja, namun itulah medan seorang yang muslim bernama manusia, medan Islam bukanlah medan bersahaja, namun sebuah medan untuk kita berlumba. Berlumba dalam menggapai redhoNya. Namun dalam perlumbaan harus ada peraturannya, hubungan sesama islam wajib di jaga, akhlak dan syakhsiyah sebagai alat senjata. kerana itulah yang melambangkan kekuatan Islam di mata dunia.


Orang kata, pelbagai Jemaah membawa banyak keburukannya, kerana di mata mereka hanya menilai keburukan daripada kebaikan disebaliknya. Manusia yang berfikiran negatif memandang dunia masih muda, manakala manusia yang berfikiran positif sentiasa berharap mati syahid di jalanNya.

Yang baik datang dari Allah, segala tutur kata yang salah datangnya dari hamba yang lemah..

Wallahualam..

^_^
Category: , , ,
Reactions: 

2 tautan hati:

nurul said...

Tulisan yg baik. Teruskan menulis akhi.

HafizuddinPirus said...

Terima Kasih..teruskan bekerja!;)