Ustazah Pilihan itu Tinggi Akhlaknya

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana masih memberikan hambanya ini ruang dan kesempatan untuk berekspresi sejenak tatkala terlalu sibuk dgn persiapan semester baru. Macam biasa setiap malam tiada aktiviti yang nak dilakukan, ada saja buku yang hendak di hadam. Sebuah buku ironis yang nipis namun padat dengan benih2 cinta yang mulia. Penulisnya ialah kak Fatimah Syarha. buku berwarna campuran ungu, kuning dan berbunga(ce teka tajuknye..hehe).

Oklah bukan nak bercakap tentang buku tapi cuma nak selitkan sebuah kata2 Indah sang penulis yang harus dijadikan iktibar kepada anak2 dewasa kini. Lebih2 lagi yang sudah terbit perasaan cinta terhadap seseorang..

"Kalau suka, jumpalah ibubapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak bersedia, kenapa ingin bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah" -FS

Sebagai seorang manusia, tiada yang sempurna, kelalaian dan kealpaan merupakan fitrah kita. Namun Fitrah manusia itu juga bagaikan helaian kain putih. Semakin banyak dosa yang dilakukan, Semakin ketara titik2 hitam yang terbit. Sebagai seorang hamba Allah azza wa jal, sentiasa lah kita beristighfar kepada Allah. Dimanapun kita berada, sentiasalah kita beristighfar, kerana dengan istighfar dapat memutihkan dan melembutkan hati yang keras. Mudah2an Allah mengampuni dosa2 kita. Ameen. InsyaAllah.



Ustazah pilihan dan Solehah semakin menjadi fenomena rancangaan television kini. Ramai yang menyokong rancangan tersebut namun ramai juga yang membangkang secara 'sembunyi2'. Masing2 mempunyai hujah2 yang tersendiri untuk mempertahankan pendirian. Saya bukanlah seorang ahli fiqh yang hendak membangkang atau menyokong rancangan tersebut kerana ilmu didada masih belum cukup. Hanya Matematik dan calculus yang saya belajar di kelas2. Ade terselit c++. Kadang2 balik kelas pi ceramah disurau2. Itu sahaja cara hendak mencari ilmu selain mempelajari ilmu academic di Universiti. Namun perbezaan pandangan itu jika di pandang negative sudah tentu akan menjadi negative. Tetapi jika kita melihat dari sudut positive lebih banyak cas2 positive yang keluar dalam diri kita. Mudah2an segala Amal perbuatan kita diredhai Allah swt.

Ramai di antara kita yang inginkan seorang pasangan yang mempunyai ciri2 ustaz/ustazah. Ustaz/Ustazah pada pandangan kita belum tentu Ustaz/Ustazah pada padangan Allah Swt. Dalam hendak menjadi Ustaz/Ustazah pada pandangan Islam bukanlah sekadar cara pemakaian mahupun cara percakapan yang lantang tentang islam. Namun apa yang menjadi tunjangnya ialah Akhlak dan syakhsiyyahnya. Rasulallah saw ditutuskan oleh Allah swt tujuan utamanya adalah untuk memperbaiki Akhlak manusia. Akhlak seorang manusia dengan manusia yang lain. Akhlak dengan ahli keluarga, sahabat dan saudara seislam kita.


Akhlak, menurut pada pemikir Muslim, menunjukkan pada kondisi jiwa yang menimbulkan perbuatan atau perilaku secara spontan. Orang yang memiliki mental penolong, ketika melihat kesulitan-kesulitan yang di alami orang lain, akan memberikan pertolongan secara spontan, tanpa banyak pertimbangan atau memikirkan untung-rugi. Jadi, akhlak menunjukkan pada hubungan sikap batin dan perilaku secara konsisten.

Adakah akhlak merupakan watak dari manusia itu dapat diubah? Jawapannya adalah boleh diubah. Menurut Imam Al-Ghazali, akhlak dapat diubah dan diperbaiki, kerana jiwa manusia diciptakan sempurna atau lebih tepatnya dalam proses menjadi sempurna. Oleh sebab itu, ia selalu terbuka dan mampu menerima usaha pembaharuan serta perbaikan.

Menurut Imam Al-Ghazali lagi, perbaikan harus dilakukan melalui pendidikan dan pembinaan pada sikap dan perilaku konstruktif. Pembiasaan tersebut dilakukan melalui cara berbalik. Sebagai contoh, sifat bodoh harus diubah dengan semangat menuntut ilmu, tamak dengan dermawan, sombong dengan rendah hati, dan rakus dengan puasa. Namun proses ini bukanlah suatu proses yang pendek, walhal memerlukan waktu, perjuangan dan kesabaran yang tinggi.

Namun, betapa tingginya kesulitan yang dihadapi, perbaikan akhlak harus tetap kita upayakan. Agama itu adalah akhlak. Dalam perspektif ini, seseorang tidak dapat disebut beragama jika ia tidak berakhlak. Rasulallah saw bersabda, "Sesungguhnya aku tidak diutus kecuali untuk membangun kualiti-kualiti akhlak ." (HR Malik)




Sentiasalah kita muhasabah diri kita, bagaimanakah akhlak kita dengan sahabat2 kita. Akhlak kita dengan keluarga. Akhlak kita dengan orang yang lebih tua dari kita. Akhlak kita dalam jemaah. Bagaimanapula akhlak kita dengan sahabat2 dari jemaah yang lain iaitu akhlak sesama saudara seislam kita.

Bagi yang mempunyai Facebook atau Blog, Bagaimana pula akhlak kita sesama rakan. Bagaimana akhlak pertuturan kita. Gambar2 yang kita tontonkan menunjukkan peribadi akhlak kita. Walaupun manusia tidak menilai semua itu, namun Allah akan menilai segala2nya.

Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah swt. Wallahualam.


P/S : Bagi yang terjumpa haiwan(anak kucing atau anjing) ditepi jalan, Bagaimana akhlak kita? Adakah kita melihat dengan pandangan yang hina atau pandangan kasih dan sayang? Jangan kita lupa seorang pelacur boleh masuk syurga dengan izin Allah kerana akhlaknya memberi minum seekor anjing..
Category: ,
Reactions: 

1 tautan hati:

Mastura Nadzri said...

Saya teringin nak jadi seorang ustazah, tapi ilmu didada belum cukup lagi. Doa-doa kan saya ehh? :D