Berhimpunlah, Tidak kenal maka tidak Cinta!

Alhamdulillahirobbil 'alamin wassolatu wassalam alaa rasulil amin, wa'ala 'alihi wa sohbihi ajmain.
Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana telah memberikan ruang pemikiran yang kian luas sekal igus di izinkan menggunakan teknologi komputer ini untuk terus berekspreasi di alam maya ini. yeah!:)

Bukan hendak berceloteh, kerana berceloteh bukanlah sifat2 seorang lelaki mithali, sifat ini hanya ada pada perempuan, betul tak?^^(hanya soalan, tidak memerlukan jawapan). Oklah taknak berceloteh lagi....

Masih teringat lagi peristiwa2 ketika perhimpunan di sekolah dahulu. Pelbagai ragam guru2 dan murid2 sewaktu perhimpunan. Ada pelajar yang memakai selipar ke sekolah, Ada pelajar yang kena denda rotan kerana datang lambat, ada juga yang kena ketuk ketampi dan yang paling best ade yang kena round padang sekolah..hehe.. Itulah peristiwa pahit yang sekarang dirasakan ianya sesuatu yang sangat manis dan sangat bermakna.^_^


(Bersama Classmate SRIK)
Hafizuddin : bakpo lamo na tangkap gmbr nie

Ibem : aduh lenguh pinggang aqu
syafiq : Nak terkencing sokmo, cepatlah wahai cameramen..


Sebelum bermulanya perhimpunan, pelajar2 dikendaki berbaris mengikut barisan. Muslimin di barisan hadapan manakala muslimat di barisan belakang. Kemudian pengawas akan memperbetulkan barisan2 yang longgar dan tidak teratur. Manakala ketua pelajar akan berdiri di hadapan untuk memberikan sedikit tazkirah dan pengisian hati nurani. Perkara pertama yang di laungkan adalah perkataan "Bismillahirrahmanirrahim", suatu perkataan indah, iaitu dengan memuji Tuhan sekalian alam. Apa2 pekerjaan yang hendak kita lakukan mestilah ditujukan ikhlas kerana Allah. Bukan kerana manusia, bukan kerana hendak mendapat nama, bukan kerana hendak mendapat pangkat dan sebagainya, tetapi adalah kerana Allah swt.

Kemudian setelah selesai tazkirah, ramai pelajar2 yang mula berpeluh kerana panas terik. Namun tetap diteruskan dengan semboyan 'asma al-Husna' yang di suarakan beramai-ramai. Walau dalam keadaan panas terik, laungan itu tetap teguh dan ianya begitu bermakna sekali, kerana sampai sekarang masih terngiang2 di dalam ingatan akan "Asma al-Husna".

Berkata Ubaidah bin As-sammit, Rasulallah saw pernah bersabda, Allah swt telah berfirman : "Patutlah menerima kasih sayangku bagi orang-orang yang berkumpul kerana aku" (At-Thabrani)

Perhimpunan ini merupakan sesuatu yang amat berharga bagi seorang bekas pelajar, kerana ianya menghimpunkan keseluruh warga sekolah. Banyak peringatan, memori indah dan liku2 ujian yang tidak dapat dilupakan. Masih segar lagi di ingatan akan guru2, ustazah2, ustaz2, kerani, tukang kebun, tukang masak dan pengetua sekolah. Perhimpunan ini juga merupakan betapa kuatnya ikatan pertalian sesama cikgu dan murid, murid dan tukang kebun, tukang kebun dan tukang masak dan sebaliknya. Itulah yang kita selalu ungkapkan, "tidak kenal, maka tak cinta!"

Begitu indahnya sebuah perhimpunan berbekalkan ukhuwah kerana Allah swt. Kerana itu lah yang menunjukkan kekuatan kita sebagai sebuah umat Rasulallah saw. Apabila manusia saling mengenali dan menyayangi antara satu sama lain, maka tidak akan ada satu ruang untuk kejahatan yang menghimpit.

Ukhuwah tidak pernah kenal usia, ukhuwah tidak pernah kenal pangkat pekerjaan, Ukhuwah tidak mengira kulit dan jenis, ukhuwah juga tidak mengenal jemaah mana kamu ikut. Suatu masa nanti, ukhuwah akan berkata2 "Aku hanya berukhuwah kerana Allah swt".

Haiwan dan tumbuhan lebih tinggi nilai ukhuwahnya berbanding kita..







Bagaimana dengan kita? Mesti rasa lawak dan kelakar melihat gmbr2 ini, namun di hati ni perlu rasa malu dengan haiwan yang Allah tidak memberikan akal kepada mereka, namun mereka masih ada hati nulari..
Category: , ,
Reactions: 

0 tautan hati: