Teori Keperluan Abraham Maslow - Fisiologi

Bismillahirrahmanirrahim.. wassolati wassalamua ala Rasulillah wa alaa aalihi wa asbihi ajmain.

Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur kita panjatkan kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya, kita masih lagi dihidupkan dalam Islam. Islam merupakan suatu nikmat yang tidak boleh dijual beli dan ditukar ganti. Jika nikmat itu hilang, maka tiada makna kehidupan seorang hamba didunia ini. Subhanallah.. Malam semalam sempat menghadiri sebuah ceramah Cinta, penceramah ada menyebut sebagai manusia, kita tidak akan pernah terlepas dari keperluan hati kita yakni CINTA.^_^ Subhanallah.. hati tidak memerlukan apa2 selain cinta! Dengan Cinta Dia lah, kita masih lagi berada di atas muka bumi ini..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Ra. bahawasanya Rasulallah saw telah bersabda, "Orang miskin itu bukanlah orang yang berjalan kesana-kemari, meminta-minta kepada manusia, kemudian diberikan dengan satu -dua suap makanan dan satu-dua biji buah kurma" Para sahabat bertanya, "Kalau begitu siapakan yang miskin sebenarnya , wahai Rasulallah?" Rasulallah saw bersabda, "orang yang tidak mendapati kesenangan yang mencukupi buatnya, tetapi mereka tidak tahu kerana kesabaran dia menyembunyikan keadaannya dan tidak meminta-minta kepada orang lain, dia akan diberikan sedekah tanpa dia meminta kepada orang lain." (HR Bukhari, Muslim, Nasai, Abu Daud, Ahmad, Malik dan ad-Darimi)

Setiap manusia memiliki bermacam-macam keperluan yang harus dipenuhinya. Untuk memahami masalah kemiskinan dan segala problem yang sehaluan dengannya, kita harus memahami apa saja keperluan manusia itu. Untuk menjawab pertanyaan tersebut, ramai ahli psikologi yang mengajukan pendapatnya. Di antaranya, yang paling popular, adalah teori hierarki keperluan (need-hierarchy theory) yang dikemukan seorang ahli psikologi terkenal, Abraham H.Maslow.

Menurut Abraham H.Maslow, keperluan manusia itu pada dasarnya, bertingkat-tingkat, bermula dari tingkatan yang paling bawah sampai ke tingkatan yang paling tinggi. Keperluan padaa tingkatan yang lebih tinggi tidak mungkin timbul sebelum keperluan yang lebih mendasar terpenuhi. Secara lebih terperinci, tingkatan keperluan manusia yang dikemukakan Maslow adalah seperti berikut:



Keperluan fisiologi merupakan keperluan yang berkaitan langsung dengan penerusan kehidupan manusia, sehingga pemuasannya tidak dapat ditunda. Keperluan-keperluan dasar biologi ini antara lain adalah meliputi keperluan makan, minum, oksigen, istirehat, aktif, keseimbangan temperature, seks, dan stimulasi sensori. Keperluan-keperluan ini tentu akan mendesak untuk didahulukan pemuasannya dibanding dengan keperluan-keperluan lain. Seorang individu tidak akan beranjak pada keperluan lain sebelum keperluan dasar ini dipenuhi.

Sebagai contoh, orang yang sedang lapar tidak akan terpengaruh dengan motivasi lain sebelum keperluan makannya dipenuhi. Dia tidak akan terdorong untuk melakukan aktiviti lain seperti belajar, bekerja, bermain dan sebagainya. Dorongan motivasinya akan senantiasa tertuju pada keperluan makan. Seseorang akan dapat melakukan tindakan apa pun, bahkan yang tidak wajar sekalipun, untuk memenuhi keperluan makannya. Misalnya, orang dapat membunuh, mencuri, atau memakan sesuatu yang tidak biasa dimakan. Oleh kerananya, wajarlah jika pada situasi kelaparan seseorang akan cenderung berbuat jahat. Nilai-nilai moral kemanusiaan yang sebelumnya dipegang oelh seorang individu akan sirna tatkala ia terdorong oleh keperluan fisiologi yang mendesak. Dari sinilah maka Maslow berkesimpulan bahawa memeahami keperluan fisiologi manusia, utamanya keperluan makanan, merupakan aspek penting dalam memahami manusia secara keseluruhannya.



Konsep Maslow tentang keperluan fisiologi ini sekaligus merupakan jawapan terhadap pandangan behaviorisme, bahawa satu-satunya motivasi tingkah laku seseorang adalah keperluan fisiologi. Bagi Maslow, konsep ini hanya dapat berlaku jika keperluan fisiologi belum dipenuhi. Jika keperluan-keperluan fisiologi telah dipenuhi, seseorang individu akan menuntut keperluan yang lebih tinggi, dan begitulah seterusnya..

Wallahualam..
Category: , , ,
Reactions: 

0 tautan hati:

Technology Today

Loading...