Merevolusi Komunikasi Islami..

Alhamdulillahirrabbil aalamin, wassolati wassalamu alaa rasulil karim wa alaa alihi wasohbihi ajmain..

Alhamdulillah di hari yang mulia ini, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah swt kerana masih diberi peluang untuk kita merasakan kemanisan ukhuwafillah sesama manusia. Kerana Ukhuwah merupakan suatu unsur komunikasi yang amat besar dalam Islam. Komunikasi yang menggabungkan Rohani, Jasadi dan Aqli. Ukhuwah dan Iman tidak dapat dipisahkan. Tidak kira ukhuwah kita dalam jamaah atau ukhuwah kita antara satu jemaah dan jemaah yang lain. Tidak kira sejauh mana kekayaan kita, dan beza harta dengan orang yang tiada harta, kita tetap berukhuwah. Janganlah merasa orang yang miskin itu miskin, tetapi sebenarnya dia lebih kaya dari kita. Hindarilah segala titik2 perbezaan dan ayuh kita bersama mencarikan titik2 persamaan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah swt^_^

Umat Islam suatu ketika dahulu pernah disanjung tinggi, namun kini dipandang hina bina, bahkan sejak conspiracy 11 september Umat Islam telah di COP sebagai Terorist Dunia. tidak perlu dicari lagi kenapa umat Islam di pandang hina, kerana paling tepatnya ialah kerana kita tidak pernah hendak bersatu. Bersatu dalam beramal. Masing2 melakukan kerja masing2. Alangkah indahnya jika dihati2 kita mempunyai suatu kebesaran cinta terhadap saudara sesama muslim seperti cinta Rasulallah saw kepada saudaranya, Abu Bakr As-siddiq ra.

Apakah kaitan Komunikasi dengan ukhuwah?

Ingat! Komunikasi adalah medium yang menjalinkan hubungan sesama manusia. Dalam Bahasa Engineering, student engineering in electronics terutamanya wajib ambil tahu, communication is a message that transmit to a receiver. Manakala dalam Bahasa Business, komunikasi dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu, interpersonal, informational dan decisional communication.(untuk tahu lebih lanjut, boleh google..hehe).

Sebagaimana yang telah dikemukakan John r. Wenburg dan William W. Wilmot juga Kenneth K. sereno dan Edward M. Bodaken, setidaknya ada tiga kerangka pemahaman mengenai komunikasi, iaitu komunikasi sebagai tindakan satu arah, komunikasi sebagai interaksi, dan komunikasi sebagai transaksi. Secara ringkasnya, Komunikasi ialah proses pertukaran maklumat melalui pemahaman yang sama di antara dua atau lebih pihak yang terlibat. Berdasarkan definisi ringkas tersebut, dapat dirangkumkan bahawa Komunikasi adalah proses penyampaian maklumat dan idea dari satu pihak kepada pihak lain melalui keadaan saling mempengaruhi antara kedua-dua pihak. Menurut pemikir2 barat ini, Komunikasi merupakan Suatu proses di mana, Message yang di transmit adalah dari hati, melalui hati dan ke hati! Subhanallah.. Nampaknya orang barat lebih memahami daripada kita sendiri.

Komunikasi adalah suatu element yang sangat penting ke arah perubahan. Komunikasi dapat menjadikan sesuatu itu berubah ke arah positif dan juga perubahan ke arah negatif. Namun secara psychologynya, komunikasi menyebabkan seseorang itu dapat berubah! Bagaimana komunikasi kita dengan Allah ketika Solat, pernah khusyukkah kita satu kali saja dalam sehari. Saya sendiri susah hendak khusyuk(lagi2 bila bujang senang ini..huu~), namun insyaAllah akan cuba diperbaiki dari hari ke hari.


Kini, secara tidak sedar, Bahasa Komunikasi telah mengalami 3 Revolusi sejak awal dahulu iaitu ribuan tahun sebelum masihi sampai 1456 masihi. Dari Revolusi komunikasi pertama diikuti Revolusi komunikasi kedua dan sehingga sekarang, gelombang Revolusi komunikasi ketiga(3rd Generation) dan 4th Generation, iaitu sama seperti 3rd generation, bezanya hanya kelajuan dan capacity.

Di sini saya hendak tekankan sistem komunikasi dunia yang sangat banyak mempengaruhi rutin harian manusia, iaitu Sistem Komunikasi satu arah(one way Communication/simplex communication). Ia dipanggil Sistem Penyiaran. Sistem ini lebih simple berbanding sistem interaksi(two way communication) dan transaksi(two way communication), namun kesannya sangat luar biasa terhadap kehidupan masyarakat.



Secara global, sistem penyiaran di seluruh dunia boleh diklasifikan secara simplistik kepada 3 bentuk model iaitu Permissive Model (United State), Paternalistic System (BBC, Britain) dan Authoritarian System (Old USSR) (sydney W. Head, 1985). Model US menonjolkan ciri-ciri public corporation, manakala Old USSR menonjolkan ciri-ciri penguasaan kerajaan pusat. Bagaimanpun perubahan persepsi politik dan ekonomi di beberapa buah negara di dunia kini turut mempengaruhi bentuk operational system penyiaran. Di sebahagian negara Asia sebagai contoh telah mengendurkan pengawalan terhadap media elektronik dengan memberi ruang kepada kewujudan stesen-stesen penyiaran swasta (Rujuk R. Karthigesu, 1994).

Sejarah perkembangan media penyiaran di negara-negara Umat islam tidak banyak beza dengan perkembangan media cetak. Kebergantungan kepada barat terhadap teknologi, terutama teknologi penerbitan, mewujudkan apa yang dipanggil sebagai uniformity, iaitu suatu karakter yang hampir sama di semua stesen penyiaran di negara-negara Umat Islam. Apa yang di maksudkan dengan uniformity ialah ikutan dan pengiktirafan terhadap cara berfikir secara sekular dalam operasi media penyiaran dan mempunyai implikasi kepada program-program yang disiarkan.



Di kalangan Islamis yang mengkaji tentang komunikasi dan penyiaran Islam, kesemua sistem penyiaran yang disebut tadi dan yang terdapat di negara-negara Umat islam kini dianggap tidak berpandu kepada pemikiran Islam yang serius. Pada pandangan Ibrahim Abu Nab(1984), rujukan konsep penyiaran Islam tidak sepatutnya menjadikan penyiarannya sebagai "model komersial", iaitu yang menjadikan keuntungan material sebagai falsafah ukuran utama di mana program siaran sentiasa berorientasikan market. Ibrahim Abu Nab dan Davies yang membicarakan persoalan ini mengambil sikap bahawa dari perspektif ajaran Islam, sistem ini tidak boleh diterima pakai. Hal ini disebabkan stesen penyiaran komersial, falsafahnya tidak bertujuan memberi khidmat kepada kepentingan masyarakat kerana ia terikat dengan pungutan hasil melalui pengiklanan ataupun langganan dan biasanya akan sentiasa menawarkan apa yang masyarakat mahu daripada apa yang masyarakat perlu.

Pada pandangan Davies, sistem public service ini mestilah berdasarkan kepada etika yang sesuai dengan pandangan Islam. Ini tidak sama dengan pendekatan BBC (Britain) yang mendakwa dari segi pengoperasiannya mementingkan masyarakat, tetapi hakikatnya tidak mengawal aspek yang merosakkan mereka. Etika Islam menentukan kesemua proses penyiaran bermula daripada merumuskan aspek undang-undang bagi tujuan mengendalikan penyiaran sehingga kepada proses penerbitan harian dan membuat keputusan. Oleh itu model penyiaran Islam mesti memasukkan frasa-frasa tentang kod etika yang mengawal perjalanan operasinya.

Biasanya stesen-stesen penyiaran di negara-negara umat Islam mengklasifikasikan program siaran mereka kepada beberapa kategori seperti pendidikan, kebudayaan, berita, hiburan, sukan dan rancangan agama. Dengan menganggap kategori "rancangan agama" adalah memenuhi keperluan warganegara Muslim, diwujudkan satu unit yang bertanggungjawab dalam bidang ini, manakala siaran program lain tidak banyak beza dengan apa yang ditayangkan oleh Barat. Berbeza dengan anggapan umum ini, Yahya Basyuni dan Adil Al-Sairafi (1986) dari Universiti Imam Ibn Saud, Arab Saudi, berpendapat output program dalam penyiaran Islam mestilah komprehensif dan menggambarkan Islam dalam bentuknya yang syumul. Penyiaran islam tidak boleh dihadkan hanya kepada "rancangan agama", tetapi mesti merangkumi aspek kebudayaan, informasi, sastera dan lain-lain kategori yang mesti dipandu dengan pemikiran Islam.


Media penyiaran dianggap oleh ramai Pakar komunikasi sebagai instrumen penting untuk pembangunan masyarakat Islam. Oleh itu kerangka program mesti diarah kepada pendidikan dan informasi; tidak semata-mata kepada hiburan dan keuntungan material. Program-program berbentuk pendidikan tidak boleh dipandang dari sudut sempit seperti sekadar menayangkan program-program yang menyokong kurikulum persekolahan. Kerangka program pendidikan perlu diperluas kepada semua peringkat umur seperti program celik huruf dan minat kepada ilmu, peningkatan produktiviti hasil pertanian, menyuburkan integrasi nasional dan mewujudkan keharmonian kebudayaan bagi pembinaan masyarakat yang bertamadun. Kepelbagaian pendapat dalam masyarakat mesti diraikan dengan memberi peluang dan ruang mewujudkan perbahasan yang baik dan bermutu agar hasilnya kebenaran yang dikongsi bersama. Tanggungjawab media penyiaran untuk memberi informasi kepada masyarakt hendaklah disertai bersama dengan tanggungjawab mendidik mereka.

Penyiaran Islam boleh menggariskan objektif utamanya seperti menguatkan akidah Muslim, meningkatkan kesedaran keislaman, menyebarkan pemikiran dan kebudayaan Islam, membentuk pendapat awam, mengukuhkan nilai-nilai baik di kalangan individu serta menjadi watchdog kepada gejala-gejala negatif yang merosakkan pembangunan masyarakat.

Senario program dan perkakasan media ketika ini diselaputi oleh hiburan(entertainment). Mungkin ada yang bertanya apakah ada hiburan dalam program penyiaran Islam? Isu ini memang merupakan inti kepada perbincangan penyiaran Islam. Memang terdapat kepelbagaian pandangan tentang legitimasi muzik dan nyanyian dalam Islam. Penyelesaian kepada masalah ini dikalangan intelektual Muslim amat memdesak kerana ia berkait rapat dengan usaha memajukan Penyiaran Islam. Isu ini perlu dibincang secara teliti dengan mengambil kira kepentingan umat Islam yang didedahkan kepada nyanyian dan muzik yang tidak Islamic serta nature perkakasan media barat.

Jangan terkejut, disebabkan one way communication ini, muslimah yang bertudung labuh akhirnya menanggalkan tudungnya oleh kerana rancangan fashion yang sangat luar biasa dalam medium komunikasi ini. Dalam konteks suasana zaman ini, Ibu dan Ayah, janganlah jadikan medium komunikasi ini sesuatu yang menghiburkan untuk anak2, kerana kesannya sangat luar biasa kelak. Nauzubillah.. Ini baru One Way Communication, bagaimana pula dengan two way communication seperti Facebook, twitter dan sebagainya.. InsyaAllah akan dikaji lagi selepas ini..

Moga-moga Perubahan falsafah pembelajaran komunikasi daripada pendekatan sekular kepada pendekatan Islami akan memberi kesan terhadap pembentukan syakhsiah individu dan masyarakat yang berfungsi sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan muka bumi ini. InsyaAllah..Ameen..

Sumber:

Teori-teori komunikasi (Saodah Binti Wok Awang, Narimah Binti Ismail)
Communication Revolution (Robert W Mac Chesney)
Category: , , ,
Reactions: 

2 tautan hati:

~ mQ ~ said...

assalamualaikum,
salam ukhwah dri hamba yg lemah,
singgah menumpang kasih,
mencari mutiara yg tersisip hikmah,
jazakallah,

lautan rabbani,
~ mQ ~

HafizuddinPirus said...

waalaikumsalam.. Salam Ukhuwah.. Sebar2kan..semoga iman semakin indah!:)