Inilah alam remaja^_^

Alhamdulillah...Wassolati wassalamu alaa Rasulillah wa alaa alihi wasohbihi ajmain..

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana telah melimpahkan rahmat dan maghfirohNya keatas umat manusia dengan rahmat yang terlalu banyak sehingga tidak boleh dikira oleh akal fikiran manusia. Salawat dan salam buat promoter Islam yang terhebat, 'Muhammad Bin Abdullah' dan seluruh ahli keluarga dan para sahabat yang sentiasa bersama menegakkan deen Islam di atas muka bumi ini.

Ape yang kita faham tentang Remaja? Menurut WHO(Sebuah badan kesihatan sedunia), remaja didefinisikan sebagai masa peralihan dari kanak-kanak ke alam dewasa. Namun jika pada usia remaja, seseorang itu sudah bernikah maka ia tergolong dalam Dewasa dan bukan lagi remaja, tetapi jika masih bergantung pada ibubapa, ia masih lagi diakatakan sebagai remaja.

Pernah kita dengar kisah Seorang Musab Bin Umair. Seorang remaja yang didalam dirinya mempunyai kekuatan dakwah yang sangat luar biasa. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan seorang remaja yang kaya, setelah memeluk Islam, bertukar menjadi seorang yang sederhana. Segala harta diwakafkan dijalan Allah. Itulah di antara para sahabat yang telah banyak pengorbanannya dalam membuktikan cinta dan kasihnya pada Rasulallah SAW.

Alhamdulillah.. dalam usaha untuk berbakti kepada adik2 remaja kita yang akan menempuhi SPM tahun ini, dengan izin Allah, dapat turut serta menjadi faci sebuah program Kursus Motivasi. Kursus ini berlangsung selama 2 hari 1 malam di sebuah sekolah di Melaka. Seramai 55 orang pelajar SPM dari seluruh bangsa dan agama menghadiri kursus yang telah diadakan ini. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sama ada outdoor dan indoor. Selain itu, banyak juga input2 yang saya sebagai faci dapat dari program ini terutamanya berkenaan dengan kasih ibu dan ayah kita. Masih terngiang-ngiang lagi kata2 penceramah ini, "Walaupun ibu kamu tahu kamu ingin bernikah, namun kamu tahu kah ape perasaan mereka? Mereka masih tidak puas lagi merasa kasih sayang dari kamu, namun kamu telah beri kasih sayang itu pada orang lain".

Sebagai seorang faci yang tidak pernah tidur dalam hal2 berkenaan pernikahan ini, maka focus itu agak tajam jugalah(hehe..). Namun itu lah hakikat perasaan ibu dan bapa. Mereka masih memerlukan rasa kasih dan sayang dari kita. Sejak dari bayi mereka menjaga kita, memberikan kasih dan sayang kepada kita, hingga kita remaja kemudian dewasa, lalu apakah bakti kita untuk membalas jasa mereka? Mereka pasti ingin merasa bukti rasa kasih dan sayang kita kepada mereka. iya kan?

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa. Jika mereka tidak redha, maka Allah tidak akan pernah redha. Begitu juga di alam persekolah dan di alam universiti. Siapakah yang menanggung kita untuk bersusah payah hingga ke manara gading? sudah tentu dia adalah ibu dan ayah kita.

Selama 2 hari bersama-sama dengan adik2 sekolah, terungkap memory2 nakal ketika disekolah dahulu;) teringat akan guru2 yang juga telah banyak menabur bakti kepada kita ketika kita masih lagi jahil dalam pelajaran, ketika itu jugalah sang guru menjadi pelita hidup kita. menghidupkan diri kita dengan ilmu2 dunia dan ilmu2 akhirat. Ilmu merupakan suatu energy kepada hati untuk menangkis segala2 amalan2 yang tidak baik. Dengan Ilmu, hati akan sentiasa rasa dekat dengan Pencipta. Jangan pernah kita lupa untuk selalu berterima kasih dengan mereka walaupun dengan hanya sepotong doa buat mereka.

Kursus Motivasi ini menekankan 5 element penting yang mesti dijaga untuk menjadi seorang pelajar muslim yang cemerlang. 5 element itu ialah:

S : Spiritual
P : Physical
I : Intelectual
E :Emosional
S : Social


Sedikit penghayatan gambar^_^












abg2 faci yang comel2..huhu



Wallahualam..semoga amal2 ini di terima Allah.. jika bukan balasannnya didunia, kan ku harapkan di akhirat kelak.. InsyaAllah..
Category: , ,
Reactions: 

3 tautan hati:

zonfoe said...

lama tak jalan2 kat blog abg din...makin bnyak info....facii yg hensem..haha...

HafizuddinPirus said...

huhu.. jalan2 pun ade tol.. jgn lupe belanja abg ye ti..dengar cita, kerja kat TM, elaun banyak..huuhu..

zonfoe said...

amboi..haha
bile nak mai kb lagi, ajak si safwan tu skali...hehe