Cemburulah..Saatnya pasti tiba..

Setiap manusia di muka bumi ini pasti di berikan suatu nikmat cemburu di dalam hatinya. Walhal ianya adalah sifat kurniaan Allah swt yang harus kita jaga. Ramai yang memiliki namun tidak ramai yang bisa menjaganya. Cemburu itu suatu yang baik, namun ianya boleh jadi tidak baik. Makan itu baik, namun jika berlebihan, ianya akan menyebabkan capacity overlimit(gendut).



Minggu lepas adalah minggu pernikahan. Ramai juga sahabat2 dan jiran2 yang menikah. Masing mengupdate gambar2 dan photo2 walimahan di kaca2 komputer, Facebook, youtube dan ada juga yang membikin video bersama pasangan yang tersayang. Alhamdulillah ini suatu yang bagus, namun mungkin juga suatu yang tidak bagus. Terlalu asyik menunjukkan gambar2 pasangan yang tercinta menyebabkan kita lalai akan kerja2 lain, kecantikan pasangan yang sudah semestinya hak milik si suami bukan orang lain. Simpan lah baik2 gambar pasangan tersebut. Semoga Sakinah mawaddah wa rahmah ya:) Persoalannya, adakah pernah kita rasa cemburu dengan pernikahan/walimahan sahabat kita? atau tiada? Jika tiada sedikit pun rasa cemburu, percayalah, hatinya itu ada masalah teknikal yang harus di perbaiki:)

Diantara semua Ghairah dalam cinta, kecemburuan mungkin sesuatu hal yang paling unik. Ia bagaikan api; menjadi beku saat tiada, menghangatkan ketika tepat ukurannya, dan membakar saat ia meraksasa!




Mari kita berterima kasih pada rasa cemburu. Kerana dengannya kita menjadi manusiawi. Atau tak menuntut kekasih yang kita cintai menjadi malaikat. Cemburu mengajari kita bahawa Solihah tak bermakna tidak reti marah. Aisyah ra contohnya. Kerana merasa cemburu, ia pernah berkata kepada suaminya, "Engkau ini hanya mengaku-aku Nabi!" Bukan kerana ragu tentang kenabian suaminya. Hanya kerana ia sedang cemburu. Dan cemburu sedang mengajarinya sebuah perasaan, "Jika Engkau memang seorang Nabi, saat ini aku tidak merasakan keadilanmu. Bukan kerana Engkau tak adil. Ini hanya perasaanku saja."

Atau pernahkah kau bayangkan, beristerikan seorang Aisyah, nan kemudian pada suatu malam yang dingin sepi, dan kau sedang solat malam di bilik tidurnya ia akan mengelus-ngelus kepalamu? Ketika itu sang Nabi sedang menunaikan solat malam selepas pulang dari menziarahi Mariyah Al-Qibthiyah. Maka Aisyah meraba-raba kepala Beliau, menelusurinya dengan lemah lembut. Dia memeriksa adakah rambut Beliau basah? Adakah Beliau berjinabah dengan Mariyah? Dengan mengelus-ngelus kepalanya. Ketika sedang Rasulallah saw solat!

"Wahai Aisy, kau kedatangan syaitanmu lagi..", kata beliau ketika itu.

Dan pernahkan kau bayangkan sahabat, beristerikan seorang Aisyah tidak hanya bererti seorang gadis jelita berparas menawan, lincah, cerdas, energitik, manja dan menyejukkan? Ya, sang Nabi saw pernah merasakan bagaimana Aisyah melemparkan pinggan hidangan didepan tetamunya. Hidangan itu, hais lazat buat syafiyah, telah menerbitkan rasa cemburu Aisyah. Dan ia merungut lalu melemparkan tepat ketika para tetamu menghulurkan tangan untuk mengambilnya. Lalu sang Nabi saw hanya tersenyum di depan para tetamunya. Senyum yang diikuti permintaan maaf, "Maafkan.. Ibu kalian sedang Cemburu.."



Pernahkah kita merasakan situasi ini; bahawa orang yang sangat kita sayangi berdiri di hadapan kita untuk melindungi musuh yang paling kita benci? mungkin hanya angan-angan, tapi Rasulallah saw, lelaki penuh cinta itu, pernah mengalaminya.

Hari itu adalah Fathul Makkah. Di luar pengampunan umum yang Beliau berikan dalam pidatonya yang begitu lembut namun gagah di hadapan Kaabah, tetap ada susuk para perosak yang harus di basmi. Dan di antara nya ialah Abdullah ibn Abi Sarh.

Lelaki ini mulanya berdiri di barisan hadapan memerangi risalah dan menyakiti Rasulallah saw. Sampai suatu ketika, dia datang ke Madinah untuk masuk Islam. Bahkan dia sempat menuliskan beberapa wahyu yang turun kepada Nabi saw. Tetapi dia kemudiaannya murtad, kembali ke Mekah, dan mengobarkan kembali peperangan terhadap Rasulallah saw. Lelaki ini, kemurtadannya sudah cukup menjadi alasan bagi kehalalan darahnya. Maka Abdullah ibn Abi Sarh masuk daftar teratas yang harus dibunuh!

Tetapi sejarah mencatat bahawa Abdullah adalah saudara sesusuan Usman ibn Affan. Maka bergegas dia menemui Usman. Memohon agar Usman memintakan perlindungan dan kemaafan baginya kepada Rasulallah saw. Maka Usman yang lembut dan penuh kasih itu menyembunyikannya. Ketika hiruk pikuk takluknya Mekah sudah berkurang dan keadaan mula tenang, Usman memegang tangan Abdullah ibn Abi Sarh dan membawanya kehadapan Rasulallah saw.

Dari sejak Usman berbicara hingga waktu yang sangat lama, Rasulallah diam sahaja. Ekspresi wajah Beliau datar, sama sekali tidak berubah. Begitu lama. Inilah Usman di hadapan Beliau. Manusia yang malaikat pun malu kepadanya. Pemuda lembut hati yang dua kali Rasulallah saw nikahkan dengan dua puterinya. Seorang yang gigih menyerahkan harta dan jiwanya untuk membela Islam. Seorang terkasih yang untuk nya lah Rasulallah saw menghulurkan lengannya yang suci dalam Bai'atur Ridhwan demi mendegar orang-orang Quraisy membunuhnya. Dan kini dia berada di hadapan Beliau. Usman datang memintakan kemaafan bagi lelaki keji dan murtad yang memusuhi Allah swt.

Iman Usman, ketulusannya membela agama Allah, dan cintanya kepada sang Nabi saw tidak mungkin dapat dipersoalkan lagi. Tetapi ikatan persusuan itu juga membekas dalam di hatinya. Pasti bukan hanya sang Nabi saw yang hatinya bergolak, dada Usman pun tentu bergemuruh. Betulkah tindakannya? Apakah pengorbanannya untuk Islam selama ini membuatnya dibenarkan meminta sesuatu yang akan melukai hati dan harga diri Rasulallah saw? Tapi dia telah sampai di sini. Dia telah berjanji. Dan menyerahkan Abdullah untuk dipancung di tempat ini tentulah menjadikannya pengkhianat sejati dalam sisi yang lain.

Lama sekali sang Nabi saw berdiam diri.. Hingga hening menyelimuti majlis itu sekian waktu lagi. Usman dengan wajah yang penuh harapan masih menanti. Tapi senyap makin mneghinggap. Kerana sunyi telah begitu lama, para sahabat menyangka dalam hati Nabi saw telah memaafkan sang terhukum. Tapi mereka juga diam. Tak kuasa berkata, tak berani bertanya. Rasulallah memperhatikan para sahabat yang juga ikut terdiam terbawa sepi, maka akhirnya Beliau bersabda lirih, "..Ya.."

Wajah Usman berseri sejenak. Lalu muram. Lalu datar. Segera di bawa saudara sesusuannya itu pergi jauh. Setelah Usman pergi, Rasulallah bersabda, "Andainya setadi ada di antara kalian yang maju dan memenggalnya. Sesungguhnya aku telah berdiam lama agar ada di antara kalian yang maju dan memukul tengkuknya..!"

"Aduhai.. Mengapa Engkau tidak memberi isyarat kepada kami ya Rasulallah?!", gerun seorang Ansar.

"Sesungguhnya seorang Nabi tidaklah berkhianat meski hanya dengan isyarat!"

Subhanallah.. Alangkah cemburunya sang Nabi. Alangkah bergejolak hatinya melihat apa yang telah dilakukan Usman. Alangkah ingin beliau akan terbunuhnya musuh Allah, si murtad Abdullah ibn Abi Sarh. Tetapi alangkah kukuhnya prinsip yang Beliau pegang. Kecemburuan tak diizinkan menjadikan seseorang menjadi pengkhianat. Maka sang Nabi tak berkhianat. Usman juga tak berkhianat pada Abdullah yang percaya kepadanya. Usman pun tidak sekejap pun berniat mengkianati kekasih junjungannya, Rasulallah saw. Dari mereka kita belajar, cemburu, bukan untuk cemburu itu sendiri.



"Kalau aku melihat seorang laki-laki bersama isteriku..," kata Saad bin Ubadah berandai-andai. "Tentu akan ku pukul dengan pedang hingga ia tidak mempu mengeluarkan suara lagi!"

Tak perlu sekiranya kita merasa hairan dengan kata-kata Saad ini. Kerana ketika kata-kata ini disampaikan kepada Nabi saw, Beliau justeru bersabda, "Apakah kalian hairan terhadap perkataan Saad? Demi Allah, aku lebih cemburu daripada dia, dan Allah lebih cemburu daripadaku..!" Demikianlah yang sampai kepada kita dari Asy Syaikhani; Al-Bukhari Muslim.

Ya, kita sudah melihat cemburu Rasulallah saw. Kita sudah belajar tentang cemburu saidatina Aisyah ra. Betapa kita tahu, cemburu adalah hiasan hati dan pembakar jiwa yang tidak mengecualikan orang-orang seperti mereka. Bahkan Allah swt lebih agung lagi rasa cemburuNya.


????

Wallahualam bisswab:)
Category: , , ,
Reactions: 

0 tautan hati: