Bedah Buku : Ketika Nikah menjadi Wajib

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Salawat dan Salam buat junjungan mulia, Rasulallah SAW, seorang panglima Islam yang agung, serta Ahli keluarga Baginda, para Sahabat, Ikhwah dan Akhowat yang di rahmati Allah SWT.


Pertama-tamanya, saya ingin mengucapakan Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan toyyibatan tanfaul Islam wal muslimin kepada Sahabat saya, begitu juga bekas housemate yang sangat comel(hehe), akhi Zulhairi (wadiqurra') yang akan bersatu dengan ukhti Zinni (An-naml). Begitu juga kepada senior, Akhi Ali Irfan (BroHamzah) dan Ukhti Maryam. Semoga kekal Barokah sehingga ke Syurga..^_^


**********************************************************

Alhamdulillah dalam keadaan yang begitu banyak assignment dan discussion, bersyukur ke Hadrat Allah SWT kerana telah memberikan sedikit masa untuk menghuraikan satu elemen penting dalam kehidupan seorang pemuda(syabab). Terdapat satu topik didalam buku karangan Ustaz Fauzil Adhim dan Ustaz Nazhif Masykur iaitu Ketika Nikah Menjadi Wajib. Di dalam bukunya, Di Ambang Pernikahan, banyak menceritakan mengenai hukum2 dalam ibadah Nikah. Nikah boleh menjadi WAJIB, sunat, Harus, Makruh dan HARAM. Namun didalam buku ini, ianya banyak diFOCUSkan pada Kewajipan seseorang pemuda BERNIKAH.

Hukum asal segala sesuatu adalah mubah, kemudian boleh berkembang menjadi Sunnah, wajib, makruh, atau bahkan HARAM. Secara prinsip, menikah dihukumi Sunnah(mandub) sesuai dengan beberapa petunjuk Nabi yang sampai kepada kita. Sebagaimana makan dan minum, hukum minum boleh berubah menjadi wajib, makruh atau bahkan HARAM. Pada kesempatan ini, saya ingin menyajikan sekilas tentang hal-hal yang dapat mengubah hukumnya.



PERTAMA, nikah akan berubah hukumnya dari Sunnah menjadi wajib apabila dorongan syahwat kita begitu besar sehingga dikhawatirkan akan menjatuhkan kita ke lembah maksiat. Dorongan itu begitu besar sehingga dapat menyebabkan diri kita tidak sanggup lagi menghindari perbuatan-perbuatan maksiat, terlebih lagi terjerumus dalam Perzinaan..

Adil Abdul Mun'im Abu Abbas menerangkan bahawa nikah wajib bagi setiap orang yang mampu, baik secara seksual mahupun ekonomi, juga orang yang takut terjerumus kepada hal-hal yang diharamkan Allah SWT. Orang yang memiliki kemampuan membayar mahar dan seluruh kewajiban nafkah perkahwinan, memilik badan yang sihat, percaya bahawa dirinya boleh melayani isteri dengan baik, dan percaya bahawa jika tidak menikah pasti akan terperosok ke jurang maksiat, WAJIB baginya menikah. Dia tidak boleh meninggalkan perkahwinan dalam keadaan apa pun kerana menjauhi zina baginya adalah WAJIB. Cara menjauhi zina, kata Adil Abdul Mun'im Abu Abbas, adalah dengan MENIKAH. Ini sesuai dengan Kaedah "Segala sesuatu yang kerananya perkara wajib tidak terpenuhi, ia menjadi wajib hukumnya"

KEDUA, menikah akan berkedudukan SUNNAH bagi seseorang apabila memilik gejolak syahwat dan pernikahan akan membuatnya lebih terjaga. Dalam hal ini, dorongan syahwat tidak sampai menyebabkan ia terjatuh pada keadaan kehilangan kendali diri, tetapi dorongan itu dapat mendorongnya untuk tertarik terhadap maksiat-maksiat "kecil"(mana ada maksiat yg kecil?)

Menurut Adil Abdul Mun'im Abu Abbas, siapa saja yang memiliki kemampuan ekonomi dan berbadan sihat, merasa aman dari kekejian yang diharamkan Allah, dan tidak takut akan berbuat buruk terhadap wanita yang dinikahinya, dia sunnah menikah. Dalam keadaan seperti ini, kata Adil Abdul Mun'im Abu Abbas, diperbolehkan baginya melakukan pernikahan atau tidak melakukan pernikahan, tetapi melakukan pernikahan lebih baik daripada mengkhususkan diri untuk beribadah sebagai bentuk taat kepada Sunnah Rasulallah. Selain itu, kata Adil Abdul Mun'im Abu Abbas menambahkan, Islam melarang praktik kependetaan.

Marilah kita ingat ketika Ukaf r.a datang kepada Rasulallah SAW. Ketika itu, ia belum ingin berkahwin, pada hal ia telah mampu. Nabi SAW bertanya kepadanya, "Apakah engkau telah beristeri wahai Ukaf?" "Belum," jawabnya. Rasulallah SAW bersabda, "Tidakkan engkau mempunyai budak perempuan?" "tidak," jawabnya. "Bukankah engkau sihat lagi berkemampuan?" Sabda Nabi SAW. "Ya, Alhamdulillah," jawabnya. "Kalau begitu," kata Nabi SAW."Engkau termasuk temannya syaitan. Atau, engkau mungkin termasuk pendeta Nasrani, lantaran itu bererti engkau termasuk dikalangan mereka. Atau, mungkin engkau termasuk golongan kami dan kerana itu hendaklah kamu berbuat seperti apa yang menjadi kebiasaan kami kerana kebiasaan kami adalah beristeri."

"Orang yang paling durhaka antara kamu adalah orang yang membujang," kata Nabi SAW melanjutkan, "Orang yang paling hina di antara kamu adalah para bujangan. Kerana itu, sungguh celakalah kamu, wajai Ukaf. Kerana itu, kahwinlah."

"Ya Rasulallah," kata Ukaf kemudian, "Aku tidak mahu berkahwin sebelum engkau yang mengahwinkan aku dengan orang yang engkau sukai." Rasulallah SAW lalu bersabda, "Kalau begitu, aku kahwinkan engkau dengan nama Allah dan dengan BarakahNya kepada Kulthum al-Khumairi, seorang wanita yang berbudi luhur."

Dari Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Atsir dan Ibnu Maja tersebut, ada pelajaran besar yang kita boleh ambil. Sekalipun keadaan kita tidak sampai terjatuh pada keadaan yang mengkhawatirkan, ini tidak boleh menjadi alasan untuk menunda-nunda pernikahan apabila memang kita telah mampu. Sesungguhnya, dalam pernikahan itu ada ketaatan terhadap Allah dan Rasul-Nya. Kemuliaan nikah itu antara lain terletak pada sikap memuliakan Sunnah Nabi SAW.

KETIGA, orang yang tidak mempunyai nafsu berahi. Dalam hal ini, ada dua pendapat, yakni menyatakan bahawa tetap dihukum sunnah kerana pada dasarnya menikah termasuk perbuatan sunnah dan yang menyatakan bahawa dalam keadaan seperti ini nikah dihukumi makruh. Pendapat yang terakhir berasumsi bahawa pernikahan seperti ini dapat mengakibatkan keburukan. Wallahualam..

Jika keburukan yang timbul setelah nikah bersifat pasti dan dapat menimbulkan bahaya, baginya HARAM untuk menikah.

Pesanan Rasullah SAW kepada kita,

"Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian telah mencapai kemampuan Ba'ah, kahwinlah. Kerana sesungguhnya, pernikahan itu lebih mampu menahan pandangan mata dan menjaga kemaluan. Dan, barangsiapa belum memiliki istitha'ah, hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu akan meredakan gejolak hasrat seksualnya"(HR imam yang lima)

Apakah yang dimaksudkan dengan Istitha'ah? Secara sederhana, istitha'ah adalah kemampuan untuk menjamin rezeki bagi isteri dan anak-anaknya. Ash-Shan'ani memaparkan bahawa pengertian istitha'ah mencakupi dua hal.

Pertama, mampu melakukan hubungan seks secaera normal, tidak impoten, sebab salah satu tujuan menikah adalah meneruskan sejarah manusia dengan melahirkan keturunan. Kedua, mampu memberi nafkah, keperluan hidup, serta menghidupi keluarga. Makna mampu memberi nafkah adalah dapat melakukan usaha untuk memperoleh ma'isyah secara halal. dengan keringatnya sendiri. Kemampuan menafkahi ini tidak mempersyaratkan adanya pekerjaan tetap. Yang paling penting adalah kemampuan untuk mengupayakan nafkah yang HALAL.

Bagaimana jika GODAAN begitu berat, sedangkan kita belum memilik istitha'ah? Jika sudah tidak ada jalan lain yang lebih aman untuk menjaga diri kita dari maksiat kecuali nikah, melaksanakan nikah menjadi WAJIB. Jika belum adanya kemampuan ekonomi membuat kita terhambat untuk melangsungkan perkahwinan, wajib bagi kita untuk berusaha mencari nafkah secara halal dengan segala kemampuan kita. Kaidah fiqhiyah berkata,
"Sesungguhnya, sarana untuk mencapai tujuan sama hukumnya dengan hukum yang dituju."

Ketentuan ini berlaku bagi mereka yang memiliki potensi untuk mencapai nafkah. Mereka harus meningkatkan kesanggupannya berusaha sehingga mereka benar-benar dapat memperoleh nafkah dengan kemampuannya. Hal ini berbeza dengan orang yang memang tidak memiliki kesanggupan mengupayakan nafkah, contohnya kerana cacat fizikal tetap yang membuatnya tidak memungkinkan untuk bekerja.

Permasalahannya, banyak di antara orang-orang yang sudah layak menikah mengatakan tidak memiliki kemampuan ekonomi, padahal sesungguhnya kerana jiwa mereka yang kerdil. mereka memiliki potensi dan kesanggupan untul berusaha, tetapi tidak melakukannya kerana terhalang oleh kemalasan. atau mereka terlanjur asyik menikmati huluran tangan kedua orang tua sehingga jiwa mereka tergantung. Ertinya, sesungguhnya mereka memiliki kemampuan untuk mandiri secara ekonomi. mereka memilik kesanggupan untuk menafkahi dirinya sendiri dan keluarganya tanpa harus menyusahkan orang lain, tetapi mereka tidak melakukannya kerana jiwa mereka terlalu lemah. Mereka tidak mahu memeras keringat dan tidak mahu melalui jalan yang mendaki. Mereka terjebak oleh angan-angannya sendiri sehingga menghalangi kaki untuk menapaki jalan suci, yakni mencari rezeki dengan keringat sendiri. Akibatnya, mereka tidak kunjung punya keberanian untuk melangsungkan pernikahan.

Alhasil, hambatan itu terletak pada diri kita. Kita tak kunjung mampu melaksanakan pernikahan kerana kita belum berupaya dengan bersungguh-sungguh.



Sesungguhnya, di antara hikmah bekerja dan berusaha memenuhi sendiri keperluan kita adalah bertambahnya kebaikan(ziadatul khair) pada diri kita. Bekerja membuat diri kita lebih matang, lebih siap mengemban tanggungjawab dan menambah kemuliaan kita. Ini menjadikan kita lebih siap untuk menikah dan tidak takut pada bayang-bayang ketakutan di masa hadapan..

Wallahualam Bissawab...:)
Category: , , ,
Reactions: 

0 tautan hati: