Qurban..

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Penguasa sekalian Alam, Pemberi taufiq dan Hidayah kepada siapa saja yang Dia hendaki. Salawat dan Salam buat junjungan mulia, 'Muhammad Bin Abdullah', seorang manusia yang telah banyak berkorban segala2nya dalam membawa manusia dari alam jahiliyyah ke alam yang penuh dengan rahmah. Semoga usaha2 Baginda diteruskan oleh umatnya yang sentiasa inginkan Redha Allah.


Dalam tradisi masyarakat Melayu, Aidilfitri atau yang disebut Hari Raya Puasa disambut besar-besaran. Bahkan dalam masyarakat Melayu pada hari ini Hari Raya Aidilfitri disambut sehingga sebulan dengan acara rumah terbuka terutamanya masyarakat Melayu di Bandar.

Hal ini berbeza dengan suasana di Tanah Arab. Sambutan besar sebenarnya lebih tertumpu kepada Aidiladha atau yang disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Qorban oleh masyarakat Melayu.

Ini berlaku kerana sambutan Aidilfitri sebenarnya hanya disambut dalam satu hari sahaja, bahkan takbir untuk Aidilfitri hanya bermula dari malam 1 Syawal sehingga selesai solat sunat Aidilfitri. Ini berbeza dengan Aidiladha di mana takbir bermula dari malam 10 Zulhijjah sehingga ke tamat hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah. Ini bermakna Aidiladha disambut selama tiga hari dengan dipenuhi dengan ibadah haji dan korban.



Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada 10, 11. 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, ia diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Berbeza dengan sambutan Aidilfitri, Aidiladha biasanya disambut secara sederhana oleh kebanyakan masyarakat Islam di Negara kita. Ada sebahagian masyarakat Islam gagal untuk menghayati maksud sebenar disebalik sambutan Hari Raya Aidiladha ini dan akhirnya mereka hanya menyambut Aidiladha dengan berehat di rumah dan bercuti seperti hari biasa mereka bercuti, berbeza dengan sambutan mereka ketika menyambut Aidilfitri, ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian Aidiladha yang besar itu tidak lagi wujud dalam masyarakat kita.

Ibadah korban ini mengingatkan kita pada peristiwa Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Isa AS atas sifat kepatuhan kepada Allah SWT dalam menunaikan janjinya.

Mengingati peristiwa itu, membuatkan saya bertanya pada diri saya sendiri. apakah pengorbanan yang telah saya lakukan kepada keluarga, agama, bangsa dan negara sejak 21 tahun yang lalu ataukah tidak ada satu pun pengorbanan yang telah saya lakukan sepanjang usia muda ini. Dan adakah perkara yang saya lakukan selama ini yang saya anggap ianya sebuah pengorbanan itu hanyalah untuk kepentingan diri sendiri.

Saya selalu mengingati diri saya sendiri, setiap perjuangan ada pengorbanan. Adakah selama saya berjuang, sudah cukup pengorbanan yang telah saya lakukan. Ataukah masih kurang apa yang telah saya korbankan sehinggakan ada ketikanya saya tersilap langkah namun, untuk berpatah balik, itu bukan jalan terbaik. pilihan yang ada, teruskan melangkah sambil mengharap ada sinar di hujung jalan.

Tapi saya yakin dan percaya, walaupun hanya sedikit, pengorbanan yang ikhlas, InsyaAllah akan mendapat balasan yang baik yang penting niat kita. Allah tidak pernah kejam terhadap hambaNya. Mudah2an segala pengorbanan yang saya lakukan selama ini(jika ada), akan mendapat hikmah disebaliknya.

Sempena Aidil Adha ini, lakukanlah pengorbanan selagi masih ada peluang, bukan sekadar pada sambutan ini, tetapi biarlah berterusan sepanjang masa, namun ingat..biarlah pengorbanan itu wajar dan betul pada tempatnya. InsyaAllah^_^


Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha buat semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia!!^_^
Category: , , ,
Reactions: 

0 tautan hati: