Misi Kemanusiaan..Ayuh Bergabung!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Salawat dan salam buat junjungan besar, Promoter dan idealis Islam terhebat, 'Muhammad Bin Abdullah', seorang pemuda yang telah banyak berkontibusi demi kesejahteraan umatnya.. demi islam yang tercinta.. Tidak lupa buat sahabat2 Baginda, Ahli keluarga serta muslimin muslimat yang sentiasa istikomah di atas jalanNya.. InsyaAllah


Awan putih bertukar biru,
Lautan biru bertukar merah,
Sebuah peringatan besar untuk sebuah Negeri maju,
keangkuahan kesombangan hanya membawa padah..

Disaat sebuah rahmat datang bersama2 air menuju dan melimpah kesebuah negeri, disaat manusia berasa aman dan tenteram dibawah rahmat Allah SWT, namun ada sesetengah manusia yang tidak bersyukur dan menjadikannya sebuah jalan untuk melakukan dosa dan nista kepada Allah SWT. Namun mereka tidak mengetahui sejarah, sebuah rahmat boleh menjadi sebuah Bala. Air Hujan yang turun sehari dua dapat dirasakan sebagai rahmat, namun jika hujan itu turun sebulan tidak berhenti-henti dan membanjiri sebuah negeri, apakah ertinya? Ayuh kita fikirkan..Jika sebuah negeri yang subur dengan sumber rezeki, namun meletus menjadi bara api, apakah ertinya? Ayuh kita renungkan..

Alhamdulillah setelah beransur-ansur pulih keadaan di Padang Indonesia, dengan izin Allah sebuah lagi peringatan besar yang kita harus memikirkan dan merasakan apakah ini sebuah bala? Adakah ianya sebuah bencana yang telah melanda kedua-dua buah negeri? Sebuah peringatan besar yang telah meragut jutaan harta benda manusia. Adakah ini disebabkan sifat tamak manusia? seperti kisah karun yang tertimbus bersama harta2nya? Namun..dalam sebuah kesulitan, terselit sebuah hikmah besar.. Ayuh kita fikirkan lebih dalam..

Dalam kondisi kita sebagai seorang Mahasiswa, Para guru, Pelajar, Doktor, Engineer, pakar IT, dan sebagainay, bagaimanakah kontribusi kita dalam menangani permasalahan ini? Adakah ini hanya permasalahan sendiri2 yang tidak penting? Ingatlah saudara2 dan sahabat2 sekalian, inilah peluang untuk kita berjual beli dengan Allah, untuk kita meraih segala banyak amal2an ibadah untuk memberatkan lagi timbangan amalan hasanah kita di akhirat kelak. Sanggupkah kita melihat saudara2 kita ditimpa musibah, dan dalam musibah itu masih ada lagi musibah yang menimpa mereka? Bagaimanakah jika bala bencana itu berlaku dalam diri kita?Ayuh kita fikir2kan..

Ayuh Berkontribusi dalam misi kemanusiaan AKHIRAT..

Sedikit info penting daripada TEAM 1 MKM setelah hampir seminggu di Merapi yogyakarta, Indonesia.

1) Pasukan pertama Misi Kemanusiaan Merapi (MKM1) membantu mangsa-mangsa bencana letusan Gunung Merapi, Indonesia dari 15hb November hingga 21hb November, 2010. Mereka dianggotai oleh ketua pasukan, Dr Baharudin Suri yang mewakili Kelab Kesihatan HALUAN Johor bersama-sama 3 relawan lain iaitu Hasrin Bin Wagimin mewakili HALUAN Johor, Abdul Hamid Bin Ghazali mewakili HALUAN Terengganu dan Ahmed Yasir Bin Ahmed Jesmin mewakili HALUAN Selangor.

2) MKM1 berkerjasama dengan NGO tempatan iaitu Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan Lembaga Kemanusiaan Nasional (PKPU.) Mereka berpengkalan di Magelang, Klaten dan Solo yang terletak dalam radius 20-15km dari puncak Gunung Merapi. Terdapat lebih 100,000 orang mangsa berteduh di kem-kem penempatan sementara di kawasan berkenaan.

3) Gunung Merapi masih lagi aktif dan status bencana masih di dalam kategori "AWAS" sehingga hari Sabtu 20 November di mana lahar gunung berapi boleh meletus pada bila-bila masa. Sehingga hari ini, 19 November, kawasan radius 10km daripada Gunung Merapi masih tidak dibenarkan masuk kecuali oleh pihak tentera, pasukan penyelamat dan relawan yang mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa dan tentera Indonesia.

4) Pegawai-pegawai perubatan tempatan sibuk memberikan bantuan di pusat-pusat kesihatan dan hospital kerajaan, di mana bilangan pesakit semakin bertambah. Mangsa-mangsa yang tidak dapat ke pusat-pusat kesihatan dan hospital tidak mendapat rawatan segera dengan sewajarnya. Justeru itu, relawan-relawan HALUAN bersama-sama BSMI memberi tumpuan kepada khidmat secara mobile clinic kaedah perantau (scout & treat) di kawasan pendalaman.

5) Relawan HALUAN, BSMI dan PKPU telah memasuki kawasan pedalaman dalam radius 3-4km daripada puncak Gunung Merapi dengan kebenaran dan bantuan tentera Indonesia bagi menyampaikan bantuan makanan dan memberi rawatan perubatan. Lebih 50 orang pesakit telah dirawat di kawasan Dusun Stabelan dan Kacamatan Selo, iaitu antara tempat paling teruk ditimpa kesan awan dan debu panas.

6) MKM1 juga telah dapat berbakti di kawasan berbukit tinggi di Telogo Lele, di mana penduduk-penduduk di sini masih belum menerima bantuan daripada mana-mana pihak. Di sini, relawan HALUAN juga menemui beberapa mangsa korban akibat awan panas dan melihat sendiri kemusnahan perkampungan dan tanaman yang diselaputi debu Merapi.

7) Mangsa-mangsa sangat memerlukan bantuan dalam bentuk makanan asas seperti beras, minyak, tepung dan gula, begitu juga dengan pakaian dalam dan lampin bayi. Hampir semua sumber ekonomi mereka yang rata-rata bergantung kepada pertanian musnah dalam tragedi ini. Keperluan ini dijangka berterusan sehingga 6 bulan akan datang.

8) HALUAN akan terus menghantar bantuan dalam bentuk perubatan dan khidmat motivasi dan trauma healing. Ramai di antara mangsa-mangsa menghadapi tekanan hidup, di mana seramai 109 orang dewasa telah dihantar ke rumah sakit jiwa dan seorang mangsa telah membunuh diri akibat bencana ini.

10) HALUAN merayu semua pihak di Malaysia untuk memberi sumbangan kepada misi yang mulia ini. Sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun:

HALUAN

14-023-01-002571-8

(Bank Islam Malaysia Berhad.)
"Sahabat2 yg dimuliakan Allah SWT, musibah di Merapi lebih hebat daripada gempa Sumbar(Sumatera Barat). Dan kesannya akan lebih hebat lagi apabila penduduk mula pulang ke kg halaman seminggu dua lagi. Mereka akan pulang dalam keadaan ternakan & tanaman musnah, dan mungkin juga rumah mereka sendiri musnah. Bayangkanlah krisis & trauma yang akan berlaku. Allah telah membuka medan amali untuk sampai di Yogja & Merapi"
-Pengerusi Sekretariat Misi kemanusiaan Merapi, Dr Syed Halem

1)Berita terkini merapi-@HALUAN

Sedikit Gambar keadaan getir di Merapi - Team 1



MANGSA LETUSAN MERAPI MENGLAMI DEPRESI:
Mereka bukan shj kehilangan rumah, tetapi juga sumber pendapatan akibat ladang tanaman musnah diliputi abu/debu Merapi. Menyantuni seorang wanita di Rumah Sakit Umum Boyolali, menitis air mata ketika mengingatkan masa depan mereka.
Peranan kita - menyantuni semula agar mereka mampu mnerima hakikat dan meletkan kebergantungan semula kepada Allah..(Dr baha).


Foto menunjukkan saya berada diatas Sg Gendol, Slamen, Yogyakarta. Sungai yg telah menjadi laluan lahar letusan Merapi pada 5 Nov. Dalamnya hingga 100m dan sepanjang 20km dari puncak kawah Merapi. Masih terasa panas dan boleh membakar. Bayangkan kekuasaan Allah, sepanjang sungai byk rumah dan pohon2 terbakar musnah.

Kembali Pulang!

Para Sukarelawan MKM1 disambut pulang oleh President HALUAN, Dr Abdullah Sudin

Bersama sahabat2 Indonesia, tenaga2 muda yang sangat2 diperlukan sekarang ini.


Wallahualam bswb..

Teringat akan kenangan2 di Padang-->Pemudekahfi

p/s : Semoga Allah beri kesempatan tuk bergabung dalam misi kali ini.. InsyaAllah..!!
Category: , , , ,
Reactions: 

2 tautan hati:

kerana Dia.. said...

Assalamualaikum akhi..

ana tringin nak bantu mangsa2 gunung merapi.. selain boleh menginsafkan diri kita yang kita bertuah hidup di malaysia. Akhi, ana sentiasa sokong.. InsyaAllah moga diberi kesempatan untuk terus membantu umat manusia yang lain..=)

HafizuddinPirus said...

waalaikumsalam..

InsyaAllah semoga hajat murni itu tercapai kelak:) ameen