Murobbi Mithali.. Almarhum KH Dahlan Mohd Zain..

Dengan Menyebut nama Allah, Tuhan pencipta semesta alam, kekuasaan Nya yang tiada limitnya. Pencabut nyawa makhluk2Nya sama ada makhluk2Nya dalam keadaan sedia atau tidak, namun itulah hakikat yang kita tidak bisa tolak..Salawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulallah SAW, idola terhebat masa kini, dimana Dakwahnya telah menerobos muka dunia...



Azas tunggal yang selama beberapa dekad dijunjung tinggi lambat laun berhasil ditumbangkan, seiring bertambah cerahnya masa depan dakwah di tanah air. Hal ini takkan pernah terjadi tanpa adanya kerja keras yang melahirkan bibit-bibit terunggul. Satu hal yang menjadi catatan: bibit itu takkan pernah lahir tanpa adanya susuk seorang Daie, yang tak mengenal letih dalam menyuarakan kebenaran. Di antara susuk itu adalah Ustad Dahlan Mohd Zain, sang juru dakwah yang pantang menyerah demi tegaknya Islam. Beliau lebih dikenali di kalangan aktivis dakwah sebagai "Syaikhul tarbiyah".

Merangkum hati yang terserak
Menggenggam yang terlepas
Meretas gagasan menjadi kenyataan
Menapak jejak tak tergoyahkan
Menatap dengan kesejukan
Menegur dalam cinta
Bersemangat namun syahdu
Diiring doa sunyi
Kami rindu
Haus dahaga tak terperi
Pada susuknya
Sang murabbi yang dicintai
Masihkah ada?…

Tidak banyak yang hendak dibicarakan tentang beliau di alam maya ini kerana kerinduan bukan bisa terubat dengan penulisan namun dengan penghayatan secara total dalam penerusan perjuangan ini.. semoga segala titik2 peluh yang beliau infakkan dijalan Allah menjadi bukti ketaatan dan ketaqwaan beliau dalam menjalani perjuangan hidup di atas muka bumi ini. Beliau merupakan mujahid, murobbi, dan SAHABAT yang telah banyak pengorbanannya terhadap totalitas dakwah dan tarbiyah di Malaysia.

Link2 untuk lebih mengenali beliau...











Ustaz Dahlan merupakan tokoh yang telah banyak menyumbangkang fikrah2 Islam yang sehingga kini telah banyak melahirkan kader2 Dakwah dalam pelbagai jamaah Islam di Malaysia.. Semoga perjuangan beliau diredhoi Allah SWT..

"Kerana bersaudara di jalan ALLAH telah menjadi kepentingan dakwah-Nya, maka "kerugian apapun" yang diderita saudara-saudara dalam iman dan da'wah, yang ditimbulkan oleh kelesuan, permusuhan ataupun pengkhianatan oleh mereka yang tak tahan beramal jama'i, akan mendapatkan ganti yang lebih baik. "Dan jika kamu berpaling, maka ALLAH akan gantikan dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan jadi seperti kamu" (Qs. 47: 38)
Category: , , ,
Reactions: 

2 tautan hati:

Anonymous said...

Moga Allah swt mnempatkn fadhilah As-Syeikh Al-Mujahid Dahlan Mohd Zain d kalangan hamba2Nya yg beriman..
Amiin...

HafizuddinPirus said...

Aminnn.. InsyaAllah..