Ayuh Hidupkan Bulan Syawal!^_^

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan inayah Allah SWT kita bertemu lagi dengan Aidulfitri pada tahun ini. Setelah hampir sebulan kita menjalankan ibadah puasa di bulan tarbiyah penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini, kini tiba masanya umat Islam menyambut hari kemenangan dan juga hari kebesaran setelah sebulan berperang dan berjihad melawan hawa nafsu. Kegembiraan dan kemeriahan yang dikecapi sekarang ini adalah hadiah dan anugerah daripada Allah SWT kepada hamba-NYA yang beriman dan bertaqwa. Alhamdulillah..


Ramadhan telah selesai, syawal datang menjelang. semua orang, terutama umat muslim tentunya bersuka ria. Bulan yag penuh Rahmah, Magfiroh dan penuh suci telahpun berakhir, Aidul fitri membawa kita menjadi lembar-lembar kertas yang bersih kembali bagaikan seorang bayi yang sungguh2 comel(^_^) yang baru sahaja lahir didunia ini. Bagi yang menjalankan ibadah puasa dengan baik tentunya tidak terlambat, bersama ini saya juga ingin mengucapkan

“selamat Aidul fitri, mohon maaf lahir dan batin….”

Ada banyak sekali makna mengenai Ramadhan dan Aidulfitri dalam perspektif yang berbeza. Aidulfitri memang telah menjadi sebuah budaya bagi kita, sebagai bentuk perayaan, perayaan setelah 1 bulan puasa. Sebenarnya agak membingungkan juga. Jika ramadhan itu bulan yang sangat baik. tapi berpisah dengan bulan yang sangat baik nampak membuatkan kita gembira teramat sangat ? Bukankah sepatutnya sedih? Tapi seakan-akan Ramadhan itu sebuah beban dan sesuatu yang sesegera mungkin ingin ditinggalkan..urm..

Syawal sendiri bermakna bulan pembuktian. Ketika di bulan Ramadhan kita diminta meningkatkan segala hal, maka Tuhan meminta pembuktiannya di Bulan Syawal. Bukti bahwa kita telah menjadi lebih baik, lebih suci, lebih produktif!

So? seharusnya perayaan di Bulan Syawal itu harusnya lebih sedikit. kerana kita harus segera membuktikan kepada Tuhan bahwa we got better than. Setelah sebulan kita menghidupkan Bulan Ramadhan dengan amalan2 mulia kenapa tidak di Bulan Syawal? Antara amalan2 mulia tuk dilakukan di Bulan Syawal ini ialah dengan berpuasa 6 di Bulan Syawal:)

Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun”
(Hadis Riwayat Muslim)

Lihatlah betapa beruntung dan berbahagialah sesiapa yang mampu dan berupaya melakukan dan melaksanakan puasa 6 hari pada bulan Syawal ni seperti mana yang telah termaktub didalam hadis di atas. Puasa enam hari sahaja tapi pahalanya.. sepeti berpuasa setahun, siapalah yang larat nak puasa setahun berturut-turut. Maha Suci Allah kerana sering memberikan peluang kepada hamba2Nya dengan begitu luas sekali pemberianNya, hanya terpulang kepada kita sama ada nak lakukan atau tidak..Seorang Muslim yang bijak, dia akan mengambil segala peluang ini dengan bersungguh-sugguh kerana Allah taala.

Kepada yang pernah tertinggal puasa di Bulan Ramadhan sebaiknya Ganti dahulu puasa wajib itu. Kerana Yang wajib itu adalah yang paling utama:)

Ayuh sahabat2 semua! mari kita isi hari yang tersisa di Bulan Syawal ini dengan melakukan pembuktian kepada Allah, bahawa kita memang telah lebih baik setelah ditempa selama Bulan Ramadhan^_^

Sumber rujukan: Ptaambob.net
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: