Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-Mubarak!^_^

Dengan menyebut nama Allah, Tuhan kami sekalian alam, tiada yang layak disembah melainkan Dia. Pencipta sekalian makhluk, dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar2nya. Salawat dan salam buat junjungan mulia, Promoter Islam yang terhebat, "Muhammad Bin Abdullah", Kekasih Allah, Pemikir terhebat sehingga kini dan tidak lupa kepada sahabat serta ahli keluarga baginda, muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah.



Ramadhan
, sebuah kata yang penuh makna, kata yang sangat indah dan agung bagi orang-orang yang beriman, dan kata selalu menggetarkan jiwa-jiwa. Selalu ada gelora rindu tiada terkira, tatkala disebut namanya.

Ramadhan, mengingatkan kita pada ‘mata’ para muttaqin yang selalu basah mengiringi detik demi detik belaiannya. Ia juga mengingatkan kita pada lisan-lisan yang selalu basah kerana senantiasa berzikir, bertasbih, berselawat dengan penuh harapan dan permohonan.

Ramadhan, kata yang tiada jenuh dan letih diucapkan, kata yang tiada kering dibincangkan, kata yang tak lekang diterjang oleh panas, tak lapuk dibasahi oleh hujan, dan kata yang tak sirna diterjang oleh zaman. Ramadhan, kata yang telah menyatukan hati umat ini, merapatkan barisan kaki kita, menguatkan ukhuwah saudara-saudara, sahabat-sahabat kita, menyongsong rahmat-Nya, menggapai ampunan-Nya, agar selamat dari ‘azab-Nya, Ameen ya Rabbal’alamin.

Kini, kita telah memasuki ke Bulan Ramadhan, wibawanya begitu terasa, begitu menyentuh, sehingga mampu merajut pundi-pundi kekuatan dalam diri ini, untuk bangkit menyahut seruanNya. Ia adalah bulan yang begitu kita tunggu-tunggu, bulan yang agung lagi penuh berkah, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari pada seribu bulan. Ia akan segera hadir dalam hari-hari kita ke depan, menyapa kita dan bersama kita.

Sungguh luar biasa, bertemu dengan bulan ini, muncul dihati suatu nikmat yang tiada terkira dari Allah swt. Marhaban ya Ramadhan, Marhaban ya Syahrussiyam.^_^


Pesantren Ibnu Khaldun yang sentiasa di hati!


Masalahnya, Apakah Azam kita di Bulan Mulia ini?

1) Solat 5 waktu berJEMAAH kerana Rasulallah SAW sangat menitik beratkan sehinggah Baginda mengarahkan para sahabat mengumpul kayu api untuk membakar mereka yang tidak solat berJEMAAH. Rasulallah tidak pernah solat sendirian sehinggalah Baginda wafat. Mudah2an kita ajak adik2 kita, sahabat2 kit, anak2 kita tuk ke suaru berjemaah. InsyaAllah pahala berJEMAAH itu lebih brlipat kali ganda dari solat sendirian.

2) Perbanyakkan solat SUNAT bermula dengan solat subuh, Solat Dhuha, Solat taubat, Solat rawatib, Solat terawikh, Solat tahajjud, Solat istikhoroh, solat tasbih dan diakhiri dengan solat witir.

3) Istiqomah dengan Dzikir pagi dan Dzikir petang. (sekurang-kurangnya 300 pagi, 300 petang) serta banyakkan beristighfar.

4) Bersedekah setiap hari walaupun hanya RM 1

5) Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa..

6) Bertadarus Al-quran bersama sahabat, keluarga.

7) Banyakkan Iktikaf di Masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan.

8) Menghadiri majlis2 ilmu bersama sahabat2, keluarga.

9) Tidak membazir makanan

10) sentiasa ikhlas dalam mencari ilmu. InsyaAllah^_^


Kepada Umi, ayah, adik-adik, keluarga, jiran2, sahabat2 dan seluruh teman Blogger, ana menghulur sepuluh jari memohon AMPUN dan MAAF jika ada perbuatan, perkataan dan tulisan yang mengguris hati dan perasaan. Doakan supaya Ramadhan tahun ini TERBAIK untuk kita semua.. Ameen..^_^

Dari Aisyah r.a : “Adalah Nabi saw beriktiqaf sepuluh hari yang akhir dari bulan Ramadhan sehingga wafatnya, kemudian beriktiqaf para isterinya sesudahnya (iktiqaf isterinya adalah di rumah).” (Al-Hadith)


P/s : Bilalah dapat berbuka di rumah bersama keluarga..ish3 sedih!:(
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: