Gaza, Sentiasa Di Hati!~♥~

Dengan menyebut nama Allah, Tuhan kami seluruh kaum Muslimin, Tuhan yang Mengetahui apa yang tersirat dihati hamba2Nya, Tuhan yang sentiasa Menyayangi Makhluk2 ciptaanNya, Sesungguhnya kami berharap dan memohon akan satukanlah hati2 kami dibawah satu gelombang, iaitu gelombang Iman dan Islam. Salam kasih dan Cinta buat Marketor Islam yang paling hebat, 'Muhammad Bin Abdullah' yang dihatinya amat mencintai umatnya sehingga Baginda wafat. Begitu juga buat keluarga baginda, Para sahabat dan Muslimin dan Muslimat yang ana kasihi semuanya^_^

Alhamdulillah.. Itulah ungkapan yang terindah yang sentiasa harus ada dihati2 orang Islam. Ucapan Syukur yang tidak terhingga kehadrat Ilahi di atas nikmat2 yang dipinjamkan pada kita. Nikmat2 yang kadang2 kita tidak pernah menyedarinya, namun itulah tanda CintaNya pada kita. Walaupun dalam keadaan kita tidak pernah rasa Kesyukran itu, namun Nikmat2Nya tetap sahaja terlimpah ke atas kita. Alangkah indahnya jika kita merasai rasa syukur itu dengan sentiasa beribadah kepadaNya iaitu dengan kita melakukannya kerana Allah SWT.

Rasa bahagia,, rasa tenang.. apabila dapat bersama-sama para relawan mavi marmara. Itulah perasaan yang terungkap ketika dapat bersama-sama menyambut ketibaan para relawan mavi marmara di Dewan Besar UTeM. Wajah2 mereka sangat tenang membuatkan para hadirin yang hadir pada malam Konsert "Gaza Di Hati" itu menjadi tenang dan gembira melihat ketibaan mereka.

Teringat akan kata2 Ketua Konvoi LL4G, akhi Noorazman, katanya "Tentera2 Israel ini lebih teruk dari binatang, malah doktor2 mereka pun lebih teruk dari tentera israel, sampaikan ada satu pesakit yang ditembak oleh tentera israel di bahagian lengan, tapi bila buat operation, langsung mereka tidak bius dengan ubat tahan sakit(ubat kebas), malah yang paling teruk, mereka bedah luas2 walaupun peluru tu hanya kecil sahaja.. Apabila mereka jahit, mereka jahit kuat2 supaya pesakit2 ini rasa sakit"

Tambahnya lagi semasa menayangkan video seorang relawan remaja yang mati Syahid ditembak berkali2 oleh tentera Israel " Mereka(tentera israel menendang jatuh budak remaja itu, kemudian mereka tendang berkali, mereka pijak berkali2 budak itu.. sehingga budak itu tidak berdaya.. akhirnya mereka tembak budak itu menggunakan peluru hidup.." MasyaAllah.. begitulah realitinya dalam keadaan budak itu dikerjakan, budak itu masih lagi sempat menyebut kalimah Agung seperti keadaannya apabila Bilal Ibnu Rabbah dizalimi dengan Batu..."

Kemudian Saudara Halim dari Muslim Care turut berkongsi cerita tentang pengalaman beliau ketika didalan penjara.. Katanya " Saya telah ditahan dipenjara lama..jauh dari relawan2 lain.. Disana sebelum dan selepas masuk kami dicek berkali-kali.. kami tidak lepas kerana muka kami didalam pasport nampak seperti terorist katanya, kemudian kami dimasukkan didalam penjara yang agak lama.. disebelah penjara kami terdengar suara2 kesakitan.. mungkin tengah di torcher oleh tentera israel.. kami diberi makanan 3 kali sehari.. namun kami tidak makan.. kerana syak akan kejahatan yang dilakukan oleh tentera israel.. mungkin mereka akan letak bahan2 racun dalam makanan kami.. jadi kami ambil keputusan untuk berpuasa.."

Katanya lagi , "Dipenjara kami telah berfikir macam-macam apa yang nak dibuat selama didalam penjara.. kerana kami fikir kami akan duduk dipenjara selama bertahun-tahun.. Antara plan2 yang saya buat ialah nak belajar bahasa arab dan hafiz al-quran dengan pak arab yang ada bersama saya didalam penjara.."

Lihatlah sahabat2 yang ana kasihi sekalian, itulah realiti yang berlaku pada diri mereka. bagaimana pula dengan kita? Apakah bukti sayang dan cinta kita terhadap saudara2 kita di Palestin sana? Bukankah Cinta itu memberi sebanyak2nya^_^ ~♥~

Suasana Di Dewan Besar UTeM^_^


Bergambar dengan Ikhwah Shouhar^_^
(Ana ditengah, Antaranya Akhi Bakti SH diatas sekali berbaju merah, Akhi Asep SH yang sedang pegang camera)

Suasana Di dalam Grand Hall, Program baru bermula! Dimulai dengan Bacaan Al-Quran oleh student UTEM..

Forum Mini
Perkongsian Bersama-sama Wira2 mavi Marmara
Saudara Khalid Al-walid(moderator) bersama panel2 khas, Tuan Haji Noorazman(ditengah) dan Saudara Halim(kiri)


Persembahan MANTAP dari Shoutul Harokah!


Islamii Ya Qudsss... Sejahteralah wahai Al-Aqsa!


Akhi Asep sangat bergaya!^_^


Selepas Tamat Konsert.. Beli Belah pun bermula..biasalah aae keadaan begini^_^


Bakal relawan akan datang.. owhh tidur pulak dia..


Merchandise LL4G.. Jom membeli sambil menderma^_^


tibe2 muncul, Siapa pulak mereka nie?



Tuan Moderator kita bersama Akhi Candra Shouhar!


Saudara Luqman, sahabat UTP tidak melepaskan peluang bersama Akhi Candra!^_^



Semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat menyedarkan seluruh kaum manusia akan kepentingan membela Kota Palestina daripada dijajah tentera Israel...

Wallahualam^_^

Palestine.. Always in My Heart!~♥~
Category: , ,
Reactions: 

3 tautan hati:

terry bogart said...

tahniah di atas usaha anda..

moga lain kali kalau ada kelapangan, ana mampu plak utk menolong.. hu3

HafizuddinPirus said...

hehe.. InsyaAllah akhi.. antum sangat dialu2kan^_^

hilmi razak said...

sangt rugi tidak berkesempatan ke sana.
jika ada rkaman, boleh tolong facebokkan.
tahniah diats sgala usaha, doakan UitM shah alam pula mmuatnya.
jzkk