Semalam bersama IU..^_^

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, maka gentarlah hati2 orang yang beriman siang dan malam, tidak kira masa dan tempat. Salam Rindu dan Cinta buat junjungan mulia, "Muhammad Bin Abdullah", Kekasih Allah, Penghulu segala Nabi, dimana kehadiran Baginda memberikan sinar cahaya yang menghancurkan jahiliyyah dimuka bumi ini.

Ada yang bertanya, abg dah tak jadi Tanzim IU lagi?

Kenapa Letak jawatan?

Siapa Amir IU sekarang?

Ya itulah yang selalunya ditanya pada diri ini. tetapi sesetengah itu biarlah ianya rahsia^_^

Alhamdulillah.. selama 4 tahun bersama IU, 2 Tahun pegang jawatan Exco(Biro Akademik dan Biro Informasi penerbitan), Banyak yang telah dipelajari. Banyak ujian dan rintangan pahit, manis, perit, pedas, masam dan sesungguhnya semua itu memberikan improvement yang besar pada diri ini. Apa yang dipelajari selama ini, antaranya, Commitment itu adalah sesuatu yang amat penting nilainya..

Sejak awal dilantik menjadi Exco, perasaan takut sudah semestinya menyelubungi diri ini. Pernah satu malam tidak tidur nyenyak memikirkan jawatan yang telah ditawarkan ini. Teringat ayat2 yang ustaz2 pernah tausyih pada kita, "semakin tinggi jawatan seseorang, semakin banyak yang Allah SWT akan tanya di akhirat kelak." Ia kan? Tapi, Tanpa adanya kita di MMU ini, sudah tentu puak2 Kristian lebih kuat dakyah mereka.

Buat adik2 yang telah dilantik menjadi EXCO Institusi Usrah, TAHNIAH!^_^ Selamat bekerja dan niatkan segala pekerjaan itu ikhlas lillahi Ta'ala. Jangan jadikan IU sebagai medan pertempuran sesama sendiri, tetapi IU adalah tempat untuk kita saling perbaiki diri dari semasa ke semasa. 'Takmil bil Istikmal' Saling Lengkap dan melengkapi:)

Lagi, Ada yang bertanya "Apa Abg nak buat lepas nie?"

"Abg tetap bersama2 dengan IU dan sudah tentu abg ni senior korang, siaplah kalau tak buat kerja(hehe.. gila kuasa^_^)" InsyaAllah doakan Abg terus bersama-sama dalam perjuangan yang tiada titik noktah ini...

Mari sama2 kita renung sebuah kata2 mutiara dari Lukman Al-Hakim..

Berkatalah Luqman mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Tuhan Yang Maha
Mengetahui:

“Hai anak-anakku, janganlah engkau sekali-kali mempersekutukan Tuhanmu dengan
apa sekalipun, kerana mempersekutukan Allah satu kezaliman yang sangat besar,
dan bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak
mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.

“Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang
ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?

“Maka engkau menikmati kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya, penuh keamanan,
keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan
bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.

“Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun,
melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa, maka
Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan mereka. Justeru, jangan engkau
mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.

“Hai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti
ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala
sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.

“Dia memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau
tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau
berasa ragu untuk melakukan perkara makruh, dan melempar jauh segala kejahatan
dan kekejian.

“Dan bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu
menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.

“Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah tidak meredhai orang yang
sombong dan takbur.”

Gambaq2 kenangan bersama IU..








^_^ barokallah.. Semoga Allah Redha..

Category: ,
Reactions: 

3 tautan hati:

Wan Haffiz said...

zaazz...lorr..apsal dh stop..:)

littleantzz said...

antara pesanan Luqman Al-Hakim...

"hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu."

wallaua'lam...

.: F@!n :. said...

rasa cam smalam jer baru kita berprogram n abg lepak bilik sy kat hostel..huhuhu...nway u really done a good job...