Sehari bersama Institusi Lepasan Ibnu Khaldun(ILIK)

Alhamdulillah, berakhir dengan jayanya sudah AGM ILIk yang telah pun berminggu-minggu dirancang. TAHNIAH dan SYBAS kepada Ahli2 Jawatankuasa MT yang terbaru. Semestinya terlihat suatu semangat yang tinggi walaupun didahi antum terukir suatu kerisauan yang sebenarnya itu adalah merupakan natijah permulaan yang telah antum buktikan.

Kecemerlangan memanglah suatu yang amat penting dalam suatu Organisasi, namun keikhlasan dihati merupakan tunjang utama dalam menggapai redho Ilahi. Ape yang dinilai oleh Allah, bukanlah natijah dan kejayaan terhadap suatu perkara tetapi adalah usaha yang ada keihklasan yang sebaik2 keikhlasan itu merupakan sautu bekalan 'pertemuan' kita dengan Allah SWT kelak.

Namun begitu, ILIK merupakan suatu waddah perjuangan kita buat lepasan2 Sekolah Ibn Khaldun demi membangunkan nilai peradaban manusia selari dengan Syiar Islam. ILIK merupakan sebuah organisasi Ukhuwah yang terbentuk atas dasar iman dan islam. ILIK juga merupakan suatu alat racun yang membunuh segala kemaksiatan dan kejahiliyahan di atas muka bumi ini. InsyaAllah. Selain itu, selari dengan moto Sekolah Ibn Khaldun, ILIK mendidik kita menyemai syaksiyyah yang terpuji dan menjadi seorang muslim yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Teringat pesanan dari seorang Murabbi, "Seekor kambing yang bersendirian akan senang diburu dan diterkam sang serigala daripada dalam berkumpulan"

Jadi, ayuh sahabat2 yang ana kasihi sekalian, medan kita di Universiti ini memang suatu medan yang tinggi namun jangan kita lupa, kita punya suatu misi terhadap Institusi Kita, Institusi yang pernah mendidik kita suatu masa dahulu, Institusi yang telah terbukti melahirkan para Duat yang berkualiti InsyaAllah.

Sahabat2 sekalian, pernahkah kita melihat kelibat air mata murobbi kita? Ana percaya tidak pernah, kerana air mata hati yang disimpan oleh murobbi kita merupakan lambang kekuatan dan keteguhan mereka dalam mendidik kita dahulu. Mereka mengharapkan Ibnu Khaldun menjadi sebuah Institusi Besar yang dapat melahirkan ramai lagi para Duat yang berkualiti. Jika mereka tiada? Apa yang akan berlaku? Siapa yang menggantikan tempat mereka? Ayuh tepuk dada, tanya Iman kita, tanya hati kita...

Institusi Ibnu Khaldun, merupakan sebuah pusat Tarbiyyah dab Dakwah yang didalamnya mekar kasih sayang dan kecintaan terhadap Tuhan dan RasulNya..

Jangan lupa, kita ada misi yang lebih besar!



Sekilas Bersama ILIK!^_^


Ucapan Khas dari MT HALUANSISWA(HS)


Ucapan dan kata2 semangat dari Mr President!


Kata2 Terakhir dari President lama(hehe)




Wakil Muslimat


Sorang tokoh Murabbi yang dimana ilmu, thiqoh dan kerendahan hatinya ana sanjung, Sheikhuna Al-fadhil Ustaz Darus Senawi..


MC majlis


Apa Khabar orang kampung? yeah Sheikh Hafizul Azman, seniorita!


Wakil Muslimin! Allahuakbar!



Sekian...^_^
Category: , ,
Reactions: 

1 tautan hati:

terry bogart said...

rindu ngan sheikh hafizul.. lawak dia sempoi je, tapi bmakna

teringt kenangan dia bceramah tentang cara2 nak bngun subuh .. he3