Pameran LL4G dan Ceramah Perdana!

Ku panjatkan syukur kepada Allah SWT, kerana dengan izin-Nya, jari jemari ini masih bisa bergerak untuk berkoreksi sebuah ceritera CINTA seorang pemuda kepada sahabat2nya. Salawat dan Salam ditujukan khas buat Pemuda terCinta, 'Muhammad Bin Abdullah' , dimana kedatangannya di atas muka bumi ini menjadi penyeri sekalian alam dan tidak lupa juga ahli keluarga Baginda yang sentiasa di belakang Baginda sehingga Baginda wafat.. Itulah dia seorang Tokoh Islam yang penuh dengan kisah2 Cinta! Allahuakbar!

Alhamdulillah..Sebagai seorang Muslim, seharusnya kita harus bersyukur atas segala apa kurniaan yang diberi.. Walaupun Manis, pahit sekalipun, Ucapan 'Alhamdulillah' haruslah sentiasa dilafazkan dihati kita^_^.. Percayalah sahabat2, 'Kita' ni bukan milik kita tetapi ialah milik Allah SWT. Allah lebih maha mengetahui apa yang terbaik buat milikNya..

Palestin, tidak akan asing dimata manusia, setiap detik dan saat, sentiasa akan ada makhluk yang sebut2 Palestin di hatinya kerana Palestin adalah salah satu tempat kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Masih ingatkah kita akan Salahuddin Al-Ayubi, seorang panglima Islam yang masyhur yang telah berjaya membuka kota Palestin. Palestin.. merupakan negara Islam sejak beratus-ratus tahun lamanya.. Itulah sejarahnya.. itulah kisahnya.. palestin merupakan Tanah air Umat Islam..Palestin merupakan Tanah air kita! Di Palestin.. telah terbukti dimana disana telah wafatnya para2 nabi, telah syahidnya para2 Mujahidin.. disana adalah Tanah para syuhada' Allahuakbar!

Ayuh Kumpul DANA Untuk Palestin!

Alhamdulillah.. beberapa minggu yang lepas, sebelum tragedy mavi marmara 31 mei berlaku. Ana bersama-sama sahabat2 Melaka elah berjaya menjalankan operasi LL4G diseluruh Negeri Melaka. antara tempat2 roadshow yang sempat kami terokai ialah di MYDIN MITC dan MELAKA CENTRAL. Alhamdulillah kedua-dua tempat ini memberikan feedback dan pulangan yang positive..

Terasa semangat apabila melihat sahabat2 lama terus bekerja dan bekerja untuk Islam. Didalam kerendahan hati, namun terpancar satu semangat yang tinggi untuk berjuang demi palestin. Namun, yang muda pula terasa cemburu apabila yang tua lebih bersemangat dan bekerja keras. Dihati pula berkata "Wahai kaum2 pemuda, adakah kita termasuk dalam golongan yang lemah?" Ayuh tepuk dada kita, tanya iman kita!

Namun, inilah bukti kesedaran kita terhadap apa yang telah menimpa umat Palestin. Sudah semestinya, semua tahu apa yang telah berlaku di palestin, tapi apakah tindakkannya? Ayuh sahabat2 semua, Ayuh bersatu kita bergerak didalam medan yang mulia ini.. Walaupun setitik peluh yang telah kita keluarkan untuk selamatkan masjidil Aqsa, namun ganjarannya amat bernilai disisi Allah. Apakah nilai dimata manusia yang kita cari selama ini? Apakah pangkat itu bernilai disisi Allah?Apakah kita ini termasuk manusia yang memuliakan pangkat dunia dari pangkat di akhirat kelak? Ayuh kita muhasabah^^

Pameran LL4G di MYDIN MITC MELAKA




Kenangan bersama Pakcik-pakcik^_^






Bersiap-siap pulang!^_^


Ceramah Perdana "Gaza Flotilla, Behind The Enemy Line!"


Alhamdulillah.. sebuah perkongsian yang cukup bermakna buat kami rakyat MMU... sempat salam dan peluk Dr Syed Halim!^_^




Sesi penyampaian Hadiah dan Dana.
Hazwan Harun(President Institusi Usrah 09/10), Ustaz Lutfi(Penolong pengarah STAD) dan Dr Syed Halim(Ketua misi kemanusiaan HALUAN, Relawan Negara)



Bakal Exco IU(baju kuning), Sheikh Bukori bersama Relawan Negara!^_^

Sebelum pulang, sempat bergambar bersama pelajar2 dari Sekolah menengah kebangsaan Tun Perak, Jasin!


Ameen...semoga ketemu lagi^_^
Category: , , ,
Reactions: 

0 tautan hati: