Mereka Adalah Mujahid2 Islam! Kami menanti kepulangan Kalian..

Dengan Nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan Alam Semesta yang tiada sekutu bagiNya. Pelindung kepada kebaikan dan Pemusnah segala Kejahatan. Salawat dan Salam tidak lupa ditujukan buat junjungan besar Baginda, Rasulallah SAW, Mujahid Agung yang sanggup menggadaikan nyawanya kerana Islam. Seorang yang tidak pernah mengenali erti pengecut dan sentiasa mencintai umatNya sehingga ke hari ini. Tidak lupa juga buat para Sahabat Baginda, Ahli keluarga serta muslimin dan muslimat yang dirahmati dan diredhai Allah sekalian.


Sedih, pilu, marah, kecewa,.. itulah perasaan yang dipendamkan dihati ini ketika ini. Satu perasaan yang seakan-akan hendak mencetus suatu Gelombang Besar yang tidak tahu apakah itu adalah gelombang Jihad atau gelombang Kemarahan. Namun, segala2nya dipasrahkan kepada yang maha Pencipta agar tidak terjerumus didalam Gelombang Kejahatan seperti yang telah dilakukan secara terang2an oleh Rejim ZIONIS.

Setiap kali didalam doa, terbayang-bayang wajah2 sahabat2 kita yang merelakan dirinya Berjihad dijalan Allah. Bukan lagi Jihad kecil tetapi ianya merupakan Jihadul Akbar yakni Jihad terbesar yang telah Allah janjikan Syurga kepada mereka2 yang sentiasa berada di jalanNya. Walaupun hanya bersenjatakan batang besi dan kayu, senjata Doa menjadi senjata utama buat mereka ketika didalam kapal perjuangan. Namun, pihak rejim Zionis lengkap dengan senjata, bom dan apache yang bila2 masa boleh memusnahkan Kenderaan para mujahid ini. Apakah ADIL kayu berlawan dengan Bom? Apakah Adil Sebuah kapal yang tiada satu pun senjata pemusnahnah berlawan dengan Roket Apache yang lengkap dengan misil?

Namun, itulah apa yang telah dijangka oleh para mujahid ini sebelum bertolak. Mereka tidak pernah mengeluh, mereka tidak pernah Gentar! kerana mereka yakin, kejayaan pasti berpihak kepada yang BENAR iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah ISLAM. Diwajah mereka menggambarkan kerendahan diri mereka, kesabaran, dan Semangat yang luar biasa, dimana tiada lagi perasaan Gentar pada Pasukan Rejim Zionis Laknatullah. Mati Syahid adalah cita2 utama mereka!

Namun, apa yang kami harapkan adalah kekuatan mereka, semangat jitu mereka yang akan menjadi Kekuatan dan Contoh buat kami di Malaysia. Kami mengharapkan kemenangan buat mereka disana namun dihati kecil ini, sesekali kami tidak sanggup kehilangan mereka. Kami tidak mampu untuk kesana menolong kalian, hanya doa dan protes menjadi pendukung buat Kalian disana. Kami disini merindui Mu Sahabat.....
Category: , , , ,
Reactions: 

1 tautan hati:

a r y a t i said...

salam,

Teruskan perjuangan! Allahuakbar!