Ikuti Aksi Demo Palestina LL4G!!

Bismillahirrahmanirrahim. Wassolatuwassamu ala Rasulillah Wa'ala aalihi Wa Ashabihi Ajma'ien. Amma Ba'd...

31 May telah menjadi peristiwa bersejarah dan berdarah buat Misi Kemanusiaan Konvoy terbesar LifeLine4Gaza yang telah diwakili oleh hampir 50 buah negara di seluruh dunia. Kematian 20 orang relawan dari Turkey dan beberapa lagi dari negara eropah termasuk US sendiri akibat dari serangan tidak berhati perut Rejim Zionis Israel sekaligus telah menyebabkan kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap perilaku tidak berperikemanusiaan rejim Israel ini.

Misi terbesar ini tidak lain dan tidak bukan adalah misi KEMANUSIAAN yang tiada bersangkut paut dengan ketenteraan HAMAS atau FATAH. Misi ini hanya membawa barang2 perubatan dan barang2 binaan. Tetapi, dengan helahnya, kali ini media Israel cuba memutarbelitkan keadaan yang akhirnya kian menjadi parah. Mereka ingat masyarakat antarabangsa buta?! pekak?! Semakin banyak tipu helah mereka, semakin ramai umat manusia yang akan menentang mereka. Semakin Zalim Rejim Zionis, semakin dekat kehancuran bagi golongan mereka. Seperti Zalimnya tentera firaun yang akhirnya telah mendapat azab 'Tsunami' besar dikalangan mereka.



Apa yang telah berlaku akhirnya? Kesemua Pejuang2 kemanusiaan ini telah ditangkap dan telah dipenjarakan di Israel(12 relawan dari Malaysia). Barang-barang bantuan telah ditahan dan diberikan kepada United Nation. Tetapi itu adalah kesan jangka pendek. Dari sini terdapat pelbagai Hikmah yang boleh diambil. Antaranya, pintu sempadan rafah telah dibuka oleh kerajaan Mesir. Walaupun ini merupakan satu helah kerajaan Mesir bagi menutup aibnya, sekurang2nya bantuan2 darat dapat juga memasuki dari arah darat. Walapun begitu 'baik'nya kerajaan Mesir, persepsi Masyarakat Dunia terhadap kerajaan Mesir tetap sebaliknya kerana Mesir merupakan sebahagian dari ejen2 Israel! Selain itu, Masyarakat Dunia tidak kira agama dan bangsa terus bangkit membantah kezaliman yang telah dilakukan oleh Rejim Israel ini. Kematian relawan Turkey seramai 15 orang sekaligus telah membangkitkan kemarahan Kerajaan Turkey terhadap kerajaan Israel. Kini, Turkey terutamanya dan seluruh masyarakat dunia saya percaya dalam proses untuk memutuskan hubungan antara mereka dan Israel. Turkey, yang pernah suatu masa menolong Israel akhirnya telah tertipu oleh Israel sendiri yang memang sudah terang2an diakui oleh Nentanyahu(aih sakit hati sebut nama nie..). Walaupun ape pun Edrogan dan Abdullah Gul, perangilah musuh2 Islam terutamanya Israel! Biarkan Arab Saudi leka dengan perjanjian mereka dengan Israel dan AS, kerana kebangkitan Umat Islam masa ini bukanlah terletak pada tangan Arab tetapi pada tangan2 Umat Islam!! Suatu hari nanti mereka pasti akan menyesal dengan kelalaian dan kekayaan2 yang mereka peroleh!

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!! Walillahilhamd!

Hari ini, 4 JUN telah menjadi sejarah di bumi Malaysia. Seramai 50,000 manusia dari pelbagai bangsa, agama dan tidak kira NGO's telah bersatu mengadakan demonstrasi aman secara besar2an dari masjid Tabung Haji dan Masjid Kampung Baru ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk menunjukkan bantahan dan protes Rakyat Malaysia diatas sokongan AS kepada Pihak Israel dan terutamanya kekejaman rejim Israel terhadap Konvoy LL4G yang diketuai oleh NGO Turkey(IHH) dan juga tidak lain tidak bukan kepada rakyat Palestina yang telah bertahun-tahun di zolimi oleh tentera rejim Israel Zionis

Alhamdulillah setelah berjam2 meeting bersama sahabat2 dari Aqsa Syarif, HALUAN Palestin, JIM, Yayasan Amal, Muslim Care, Viva palestina, ABIM, Pemuda Masjid dan ada beberapa lagi NGO akhirnya segala yang dirancang telah pun berjalan dengan lancar. Seperti kata president CMT(Crisis Management Team) LL4G, en Zulkifli, " InsyaAllah, dalam hati ini saya yakin esok akan berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan dari pihak2 luar" dan apabila keyakinan + Keimanan = Akhirnya sudah tentu akan berjaya. Lagi2 apabila lihat ukhuwah2 antara mereka terlalu rapat seperti sebuah keluarga besar, InsyaAllah dengan bersatunya kita ini, tidak mustahil Islam akan bangkit suatu masa nanti. Terima Kasih kepada Sahabat2 dari HALUAN Siswa dan Abg2 dari Aqsa Syarif kerana telah banyak beri panduan kepada saya semasa Demo;) (first time berdemo le katekan..ehehe..banyak missed Demo2 lepas..aih!)

Kembali ke Medan Demo,

Kami bergabung ke barisan yang paling depan, 10 barisan dari depan(Itu dikira berjaya dapat tempat paling depan lah tu sebab terlalu ramai dan terlalu sesak). Saya dan beberapa orang sahabat telah diberi satu batang bendera setiap seorang. Dengan semangatnya kami mengkibarkan Bendera hijau,Hitam, Merah Putih itu sebagai tanda kasih dan sayang kami pada rakyat Palestina. Kibar2, tiba2 terkena batang bendera ke kepale seorang pakcik nie, uuh pakcik tu senyum 10 saat ke arah saya(mungkin sebab kegembiraan dia melihat semangat anak2 mudah 20-an nie..bagus2..).

Pelbagai jenis Style penyokong2 palestin ini tunjukkan sebagai tanda sokongan terhadap rakyat palestina dan Tanda Kemarahan dan protess terhadap Rejim Zionis Israel. Rupa2nya Orang Islam ini sangat kreatif!^_^ Ada yang memakai songkok berbetuk kapal Mavi Marvara, ada yang membawa kapal2 berbetuk gabus, ada yang mebawa patung anak2 Palestin yang Syahid dan bermacam lagi gayanya. Syabas rakyat malaysia Sekalian! Semoga usaha2 kita ini dinilai oleh Allah SWT. Walaupun ada yang tidak turun ke medan ini siang tadi, saya percaya hati kalian bersama kami dan saya percaya mereka2 yang berada dirumah, dipejabat, di pasar, di hati kalian tetap Menyokong Usaha2 LL4G dalam memberi bantuan kepada rakyat2 Palestina.

Seorang budak pernah berkata : "kami sedih melihat teman-teman kami di palestin, tidak boleh bersekolah seperti kami kerana setiap hari ada perang, mereka juga tidak boleh bermain seperti kami kerana di padang2 menjadi medan kezolima rejin israel... mereka pasti sedih..."

Kita ada peranan besar walaupun tanpa perlu mengangkat kaki melangkah ke Bumi Palestin. Lakukanlah saranan itu semaksima yang boleh, agar kita tergolong dari kalangan mereka yang memperjuangkan Bumi Anbiya' ini(Palestin). yakinlah seyakin yakinnya, bahawa kita semua akan disoal diakhirat kelak. Rugilah kita jika sekadar mendengar dan melihat tanpa disusuli dengan tidakan yang bersungguh-sungguh! Gunakan segala medium yang ada untuk menyampaikan mesej sekaligus menjadi medan perjuangan kita untuk bantu Palestin.

"Orang Islam itu adalah bersaudara, ia tidak menganiaya dan tidak pula dibiarkan teraniaya, sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula, sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di akhirat kelak, sesiapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di akhirat kelak.."(HR Bukhari)

Segala bentuk Bantuan dan Informasi boleh layari..

LifeLine4Gaza
LifeLine4Gaza FaceBook

Wallahualam..

Ayuh Ikuti Aksi Solidariti Palestina!!!


2.oo petang!




Mula berarak jam 2.15 petang

















Sampai di hadapan kedutaan AS jam 3.00 petang

Ucapan dari Wakil2 NGO







Bersurai tepat jam 4.30



Sekian..

P/S : Credit to Umar Basyir di atas foto2nya yang begitu menarik^_^
Category: , , , ,
Reactions: 

3 tautan hati:

cikgu sharifah said...

Alhamdulillah. MC sentiasa doakan semangat daya juang anak2 generasi pewaris terus bangkit dan bangkit....

HafizuddinPirus said...

Syukran:) Semoga semonagat ini sentiasa diistikomah di atas jalanNya!! Allahuakbar!!!

azree said...

takbir sekali...takbir!!