Selamat jalan Sahabat....

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Tuhan yang tidak putus2 menurunkan rezeki dan rahmatNya kepada hamba2Nya serta menjadi Pelindung buat hamba2Nya yang berjihad dijalanNya. Selautan kasih dan Cinta buat junjungan mulia, "Muhammad Bin Abdullah", Marketor Islam yang terhebat sehingga ke hari ini serta sahabat2 yang turut meneruskan perjuangan Baginda..


Jangan dilarang orang yang melayang pandang ke sabilillah;
Ia sudah tahu resah nyata semesta seringai malam bumi kita
Jangan ditahan orang yang ingin melempar diri ke sabilillah;
Ia sudah tahu ramuan cinta yang firdaus juga jeram rintangan itu
Jangan dinanti orang-orang yang pergi ke sabilillah;
Ia sudah tahu ke mana harus menjual nyawa
(Helvy Tiana Rosa, Pelangi nurani)

Ada rasa dan air mata yang bertahan, namun ku tak mengerti apakah ini sedih selepas pergimu yang tak pernah berjanji untuk kembali, ataukah ini adalah rasa bangga dan bahagia menghantar jalanmu ke sabilillah. tetapi bila ini adalah dominasi rasa sedih maka tentu tidak ingin ku percayai perasaan ini.

Hari-hari ini adalah hari yang menguji komitmen kita, hari-hari yang meminta bukti akan tekad dan kata-kata kita. Masih terang waktu itu, ketika cinta dan cita-cita tertinggi kau azamkan dan ku aminkan dengan tegas. Dan kini saat itu tiba, maka berangkatlah menjemput impian terindah ; Kemenangan atau Syahid di jalan-Nya. Doa kami akan terus terus tersambung kelangit untuk mu wahai sahabat.

Sampaikan rindu dan pembelaan kami untuk anak-anak dan mujahidin di Gaza sana.

.............................................................................................................




Senarai mereka yang turut mengikuti misi kemanusiaan LifeLine4gaza malaysia ke Gaza:

1. Noorazman Bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi)
2. Dr Mohd Arba’ai Bin Shawal
3. Dr S Muhamad Haleem Bin S Hassan
4. Dr Selamat Bin Aliman
5. Jamuliddin Bin Elias
6. Al Hami Husain Bin Suhaimi
7. Mohd Nizam Bin Mohamad (Wakil Media)
8.Abdul Halim Bin Mohd Redzuan(Wakil Media)

Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijadualkan akan bertolak dari Istanbul ke Antolia pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian.

Perkembangan terkini konvoi boleh diikuti melalui saluran rakan media projek Lifeline4Gaza iaitu Radio IKIM.fm, Sinar Harian, I Luv Islam dan TV3.

Semoga Allah Memudahkan perjalanan mu wahai Sahabat2. Berbekalkan doa dan harapan, semoga misi ini berjaya. Ameeen..
Category: ,
Reactions: 

0 tautan hati: