Perhimpunan yang Luar Biasa, 20 buah kapal Titanic akan dihantar!

Segala puji Allah, Tuhan kami seluruh muslimin, menjadi pelindung kepada hamba2 yang memerlukanNya, menjadi penghancur kepada musuh2 yang sentiasa berpaling dariNya. Salawat dan salam buat junjungan mulia, 'Muhammad Bin Abdullah' seorang panglima Islam yang paling penyayang, dimana sifat kasih sayangnya itu melembutkan hati2 orang musyrikin yang pernah menentangnya sehingga mereka masuk islam seluruhnya.

"Palestin" bukanlah suatu nama asing bagi seluruh masyarakat manusia di dunia ini. Palestin merupakan satu2 negara yang pernah memenangi banyak "Record Award" yang telah pun tercatat sebagai pemenang award yang paling banyak didunia. Semuanya adalah disebabkan oleh penjajah asing Zionis Israel dan Amerika yang berusaha untuk merampas tanah Suci Al-Aqsa yang menjadi lambang keimanan, kekuatan umat Islam disekitarnya. Palestin telah memasuki dalam Guinness Books of Records sebagai 'Penderitaan Terbesar dan Terlama didunia', memang sungguh hal yang tiada kemanusiaan. Mereka telah mengalami suatu penderitaan yang sangat luar biasa. Setiap hari berhadapan dengan peluru, tempat tidur mereka dalam keadaan runtuhan yang sangat menyedihkan.

Negara Arab masih lemah. Mereka telah secara terang2an menjadi Boneka Amerika. Takut membela saudara2 seiman kita. Malah Imam Mekah yang pernah mendoakan agar tentera zionis dihancurkan pun ditangkap sendiri oleh tentera2 arab. Apakah ini?

Alhamdulillah.. hari sabtu yang lepas merupakan suatu hari yang bersejarah di Malaysia. sebuah malam yang penuh berprestij dan bermakna iaitu Perhimpunan Perdana Palestin yang julung2 diadakan di Malaysia. Diatas gabungan semua NGO2 di Malaysia, maka telah terbentuknya satu badan iaitu Project LifeLine4Gaza. LifeLine4Gaza kini dilantik menjadi wakil Malaysia dalam mengetuai misi kemanusiaan ke Palestin yang bertemakan Menerobos Tembok Kematian pada 15 mei ini. Misi kemanusiaan yang terbesar dan teramai ini dijangka akan menggunakan 20 buah kapal sebagai pengangkutan(makanan, ubat2an, dan sebagainya). Dijangka malaysia menghantar 2 buah kapal, InsyaAllah. Semoga Allah berkati usaha2 murni ini.

Perhimpunan Perdana Palestin(3 P's) yang julung2 kali diadakan di Malaysia menjadi sebuah simbolik sokongan dan keperihatinan masyarakat Malaysia ke atas perjuangan2 para mujahidin2 di Palestin Khususnya. Malam yang penuh dengan 1001 harapan itu menggambarkan bahawa rakyat Malaysia peka dan sangat menentang keganasan, kebinatangan dan kekejaman kerajaan Israel Zionis. Artis2 nasyid seperti Shoutul harokah, Raihan, Muadz, inHeart turut dijemput bagi memeriahkan lagi majlis disamping memberi anjakan semangat untuk kita terus berjuang sehingga tanah suci Palestin itu bebas dari jajahan Zionis Israel. InsyaAllah.

Selain itu perhimpunan sebegini amat bermakna kerana dapat berjumpa dengan sahabat2 seluruh Malaysia. Bak kata pakcik Muzaffar( ketika Konvoy satu kereta dari Melaka) , "Khi, ana ni bukannya selalu keluar berjumpa sahabat2 utara selatan pantai timur, ana tak boleh jalan sangat, kaki ana ni pun tak mampu untuk berjalan jauh, Alhamdulillah malam ni, sahabat seluruh Malaysia datang, inilah peluangnya khi".

Alhamdulillah ramai sahabat dari MATRI Perlis, SMAKL Kampung Laut Terengganu, SMIK Shah Alam turut hadir. teringat dulu masa kecik duk main baling selipar sama2^_^ Cuma sahabat dari KTD Kelantan tidak kelihatan, mungkin sebab mereka sekarang tengah Final exam. Ramai juga sahabat2 lama yang ana kenal turut memeriahkan lagi Majlis ini. Sempat juga berjumpa dengan pakcik Ahmad Jais(bekas pengarah ikim.fm). Seorang yang peramah. Pernah bawa halaqat sahabat2 suatu ketika dulu. Sempat juga berjumpa dengan Dr Ariff(Sahabat kelantan) dan Dr Shamsul(Sahabat Johor) yang pernah bersama-sama bermisi di Indonesia suatu ketika dahulu. Sempat juga bersua dengan Murobbi2 seperti Cikgu Ismail Ishak SMIK, Ustaz Daniel SMIK, Sir Abduh MATRI perlis, Pakcik Rosdi KTD, Pakcik Badri SMIK(pernah bahawa halaqat ana di SMIK dulu), Pakcik Nasaruddin( Pernah juga bawa halaqat di SMIK dulu), Cikgu Abdullah Thaidi (pengetua SMIK), dan ramai lagi murobbi2 yang pernah mendidik ana suatu ketika dahulu.

Alhamdulillah..

Semoga program2 sebigini dapat diteruskan lagi. Disamping memperjuangkan Tanah Air suci Palestin, pada masa yang sama dapat memenyatupadukan hati2 kita semua. InsyaAllah. Bersatu Demi Palestin!

Sedikit Snapshot pada malam itu:)















AllahuAkbar...!!
Category: ,
Reactions: 

2 tautan hati:

Mohd Muadz said...

Salam akhi...selawat dan salam atas junjungan nabi kita MUHAMMAD SAW....
untuk makluman anta, ana (muadz ex-utem) ada skali...dgn beberapa shbt ana dari KTD...Irwan (MC konsert ptg), nizam (yg ucapkan slogan b.Arab pd mlm nya) n beberpa student KTD...ana mmg hajat jmp anta n firdaus, tp hnya dpt jmp abg khalid je....huhu

HafizuddinPirus said...

wsalam.. mungkin Allah tidak izinkan kita berjumpa malam tu.. sesak sampai ayah ana pun tak sempat nak jumpa. Anta mengajar di KTD kan?