Bersama Kisah Kita : Ex Gen 6 SMIK^_^

Segala puji bagi Allah, Tuhan kami ketika gembira, ketika sedih, ketika kecewa, ketika disaat kita terlupa akan kehadiranNya, disaat kita sedar atau tidak sedar. Salam Cinta, kasih dan sayang ditujukan buat Promoter Islam terhebat, "Muhammad Bin Abdullah" kerana saat2 kehadirannya memancarkan sinar cahaya islam keseluruh Alam. Tidak lupa juga buat ahli keluarga baginda, Para sahabat, serta muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah SWT.

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT, cuma itu kata2 yang mampu terucap disaat melihat segala apa yang telah dirancang dan disusun berjalan mengikut jadual dan tentatif(walaupun drag sedikit;p). Kehadiran sahabat2 dan kawan2 yang sekian lama sudah tidak bersua bagaikan sebuah mimpi indah yang terlalu singkat untuk dikongsi bersama semua. Raut wajah mereka seakan-akan menggambarkan betapa bahagia dan gembira perasaannya bagaikan seorang ibu yang sudah bertahun lamanya berpisah dengan anaknya, akhirnya bertemu kembali.

Pasti di saat usia kian meningkat ini, merubah segala penampilan diri dan butir bicara, ada yang sudah berkerja, ada yang masih belajar, ada yang dah BERKAHWIN, namun saat KEMBALI BERSAMA KISAH KITA, tidak mungkin terlepas mengimbau kembali nostalgia yang tertinggal bertahun lamanya. Aduhai.. perasaan yang bercampur baur menyelubungi setiap ruang hati2 yang hadir yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Namun dalam hatinya terdetik.. "Hanya Allah yang tahu betapa kisah ini adalah sebuah kisah nyata"

Perjalanan Reunion pada hari ini sebenarnya terlalu singkat untuk mengupas cerita diri masing-masing yang sekalian lama mengasing. Sedaya upayanya saya cuba mendapatkan cerita dari setiap mereka yang hadir, namun maaf saya pohon andai ada yang tidak berkesempatan dan ada yang tercicir. Segala himpitan detik-detik yang amat berharga ituperginya terlalu pantas untuk saya menemubual semua KISAH kita.. justeru dikesempitan ruang di alam maya ini, hanya maaf jua yang saya pinta selaku Pengarah Program yang tamak bicara;)

Setinggi-tinggi penghargaan terakam khusus untuk pencetus asal idea majlis ini, sahabat saya, Shahrul Anwar, Syafiq Shiro, Fakhri Hamdan dan sahibah2 Maria munzirah dan Hanisah.. tanpa langkah pertama dari mereka, mana mungkin ada yang mahu memulakannya. Jutaan terima kasih buat semua rakan2 yang hadir dan juga yang tidak hadir kerana memberi 'support dan sumbangan2 idea, tenaga, wang ringgit' yang tidak terhingga untuk Program Reunion kali ini dengan jayanya. Sesungguhnya setiap sumbangan yang kalian beri, amat2 kami hargai dan dan pasti terpahat kukuh dihati, malah tidak juga tujuan utamanya adalah untuk menuju Redho Ilahi.

Rakan2 yang saya kasihi,

Simpanlah setiap detik pertemuan hari ini sebagai satu dalam sejuta mimpi yang entah bila lagi akan menjelma. Melihat raut wajah rakan2 lama, teringat kisah pahit manis ketika kita di Ibnu Khaldun dahulu, yang merupakan sebuah institusi yang telah melahirkan kita menjadi seorang manusia yang berjaya dihari ini, begitu juga akan datang. Jadikanlah pertemuan ini suatu kisah yang paling berharga buat berkongsi cerita di hari tua, buat dikongsi bersama anak-anak kita akan datang. InsyaAllah:)

Semoga pertemuan kita yang pertama ini menjadi titik permulaan buat perjumpaan yang seterusnya. Satu hari mana bisa cukup untuk diluahkan segala-galanya. InsyaAllah segala perancangan yang telah dibincangkan tadi akan terus diperbincangakan bagi penerusan program2 kita yang akan datang supaya tidak lain dan tidak bukan ukhuwah kita akan berterusan hingga ke akhir hayat kita. Amin ya rob.. InsyaAllah...^_^

Dikesempatan yang ada ini, saya ingin sampaikan salam perantauan dari sahabat2 kita yang sedang belajar di Mesir dan Jordan..:) InsyaAllah selepas ini, diharapkan kehadiran mereka adalah wajib!(hehe...)

Wallahulam..

.:Pemudekahfi:.


Sedikit gambar dari Jurukamera2 yang bertauliah..











P/S : Credit kepada ukhti Maria kerana catch this picture. tapi..Mana seorang lagi jurugambar kita?? gambar tak cukup.. adoo..;)
Category: , ,
Reactions: 

0 tautan hati: