Amanat mereka sebelum ke Gaza!

Bismillahirrahmanirrahim. Wassolati wassalamuala Rasulillah. Wa'ala aalihi wasohbihi Ajma'in. Sahabat2, Sahibah2, muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi serta dimuliakn Allah sekalian.

Alhamdulillah, semalam sempat ana bersama-sama sahabat2 yang akan berangkat ke Turkey-Gaza. Walaupun dalam keadaan jalanraya yang jem dari Melaka, akhirnya dengan bantuan umi dan ayah(dari rumah jalan kebun, Shah Alam), sempat juga sampai ke lapangan terbang KLIA.

Dalam keadaan masa yang terlalu singkat, sempat ana buat sedikit short note ucapan2 mereka sebelum pergi. Sedikit perkongsian buat sahabat2, antara amanat terakhir mereka buat kita di Malaysia:

Wakil Viva Palestina :

"Ana menyeru supaya kita beriktikad dan bersatu demi menjayakan misi ini. Berjaya atau gagal is secondary, yang penting segala usaha2 yang telah kita curahkan untuk islam ini mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah SWT.. insyaAllah"

Wakil Muslim Care :

"Inilah medan kita yakni titik permulaan buat kita. Apa yang kami lakukan ini bukan lagi Jihad kecil, tetapi ianya adalah Jihad besar. Kami tidak mengharapkan apa2 dari antum dari Malaysia, kami cuma mengaharapkan doa yang ikhlas kerana doa adalah senjata utama umat Islam"

Wakil HALUANITA :

"Kepada isteri2 yang ditinggalkan, ini bukanlah perkara yang harus disedihkan, tetapi ianya harus dibanggakan. Suami2 yang pergi adalah pejuang2 yang dijanjikan Allah SyurgaNya jika mati mereka adalah mati syahid. Ianya menjadi suatu titik permualaan bagi kita didalam medan dakwah"

Wakil Yayasan Amal :

"Jika kami tidak pulang buat selama-lamanya, wasiat2 telah pun kami serahkan kepada keluarga2 kami. Jika tiada jalan keluar buat kami di Gaza, kami berlapan akan berjuang berhabis2an sehingga ketitisan darah terakhir. Biarlah kami mati dibumi Anbiya'. Dijalan Allah SWT.. InsyaAllah.."

Akhi Noorazman(Ketua Misi) :

"Kami yang berada diatas kapal, mengharapkan sungguh2 gabungan ukhuwah yang mantap anatara kita(jemaah2 Islam) yang akan menjadi kekuatan buat kami disana. Serta kami mengharapkan pertolongan dan Redha dari Allah supaya misi ini berjalan dengan jayanya. Bukan hanya misi kemanusiaan yang membawa kami ke Gaza, tetapi juga ini adalah suatu misi untuk membebaskan Palestin dan Masjidil Aqsa dari jajahan Zionis Israel. Kami disini mohon dan megharapkan doa2 dari Antum semua..."

Alhamdulillah, inilah antara pesanan2 wakil2 mereka yang sempat ana take note. Ada lagi pesanan sahabat dari JIM dan Mawaddah, tidak sempat ana ambil, mugkin ada sahabat2 yang record dan take note. Mudah2an pesanan2 ini menjadi dan memberikan suatu 'tenaga' buat kita di Malaysia. InsyaAllah..

sebelum berangkat...












Category: ,
Reactions: 

4 tautan hati:

Syihabudin Ahmad said...

semoga mereka berjaya syahid ataupun pulan dengan kemenangan!

Nurul Elfira said...

Salam..

SubanAllah.. Terharu ana membaca ucapan-ucapan daripada wakil2 ke Gaza..

Terasa bagaikan diri ini yang akan pergi terbang untuk berjihad ke sana..insyAllah..

Moga Allah merahmati mujahid-mujahid sekalian.. Ameen..

NajlaaY said...

Salam. mnta izin copy artikel n certain gmba sekali. nk smpikan pesan pd yg masih di sini. kalau x izin, boleh komen di blog sy dan akan sy delete, inshaALLAH.

HafizuddinPirus said...

najlaay : Silakan ukhti.. Semoga dapat sebarkan pada yang lain.. Syukran:)