Sepintas : Serikandi yang luar Biasa!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segala puji hanya kepada Allah SWT yang senantiasa melimpahkan kenikmatan yang luar biasa kepada setiap Muslimin terutama nikmat keimanan kepada setiap Mukmin. Solawat dan Salam senantiasa tercurah kepada junjungan kita nabiullah Muhammad SAW. Baginda adalah sebaik-baik ahli dzikir, pemimpin orang-orang yang pandai bersyukur, penutup para Nabi (Kahtimul Anbiya'), imam para Rasul, dan beliau adalah panglima dari pasukan-pasukan terbaik dalam jihad fisabilillah di zamannya. Semoga Solawat dan salam juga senantiasa tercurah kepada keluarga baginda, para sahabat, para tabi'in, dan mujahid/ah yang senantiasa istiqomah menegakkan panji-panji Islam di bumi ini.

Ummu Amarah @ Nusaibah Binti kaab.. Sang Lincah yang bertenaga..

Siapa yang tidak kenal Beliau.. Seorang Serikandi yang hebat pada zaman Rasulallah SAW. Beliau terkenan dengan gelaran 'Sang Perisai Rasulallah'. Sewaktu perang Uhud, Nusaibah dengan gagah berada disisi Rasulallah, melindungi baginda dengan sepenuh hatinya. Waktu itu kebetulan pasukan kaum muslimin ramai yang lalai dan mengejar Ghanimah (harta rampasan perang). Nusaibah tetap bersama Rasulallah dan begitu lincah pergerakannya bersama peteranya.

Gelagatnya buat para sahabat tertarik. Semua takjub memandang pergerakkan lincah Nusaibah. bahkan dikatakan sampai suatu masa, para sahabat malu menyedari kekuatan, ketaatan dan kesabaran yang ada pada serikandi ini. MasyaAllah..

Perjuangan demi perjuangan yang dilalui oleh serikandi mulia ini.

Semasa peperangan Yamamah melawan pasukan nabi palsu Musailamah Al-Kadzab, Nusaibah turut mengambil bahagian. Di peperangan ini, beliau tewas terhunus tembus kedada depan dari belakang oleh pedang kaum kafirun. Akhirnya cita-citanya untuk mendapat gelaran Syahidah telah pun tercapai. Kehilangannya membangkitkan semangat juang para Muslimah yang lain. Abu bakar pun ketika meratapi jenazah Nusaibah berkata "kami telah mengetahui jasa-jasamu yang besar dalam peperangan-peperangan sebelumnya. pergilah dengan senang hati atas nama Allah!" . Semoga rahmat Allah terlimpah ke atasnya...


Khaulah binti Azwar, Mujahid Misteri..


Waktu itu terjadi penyerbuan ke Syam (negeri yang dikuasai oleh Romaei). Tiba-tiba ada Mujahid Misteri bertopeng dengan memakai topeng, yang berani kehadapan menumpaskan para tentera Kuffar. Ia juga banyak membuka jalan bagi kemenangan kaum muslimin, bahkan ia berjaya merobohkan benteng pertahanan lawan.

Khalid Al-Walid, sang panglima perang merasa tidak pernah mengenali mujahid tersebut. Dihatinya terasa bangga dan ucapan terima kasih kepada Tuhan kerana dikurniakan seroang Mujahid yang hebat didalam pasukannya.

Pada suatu hari, ketika mujahid misteri itu sedang berjalan, ia terserempak dengan khalid Al-Walid dan perjalanannya terhenti. Tetapi mujahid misteri itu tidak menghiraukannya, beliau teruskan perjalanan, tetapi tiba-tiba pedang Khalid menahannya. Khalid memaksa mujahid misteri itu membuka topeng penutup dimukanya. Sang Mujahid tidak mahu. Tetapi Khalid terus memaksa. Akhirnya.. Mujahid tersebut akur dan terus menanggalkannya. Maka, tersembul wajah cantik kemerah-merahan yang terus menundukkan pandangannya.

Kahlid tersipu2 dan terkejut. "Saya Khaulah binti Azwar.. maafkan saya..saya malu sekali.." kata mujahidah tersebut kepada Khalid.

Dipendekkan cerita, akhirnya Khaulah di izinkan untuk bersama-sama mengikuti pertempuran ke Marj Dabik, pertempuran Antakia, dan penaklukan Mesir. Beliau kemudiaannya Syahid sewaktu keKhalifahan Usman Bin Affan...

Semoga kisah ini menjadi contoh kepada kita terutamanya buat para sahabat. Bila terbaca kisah ini, rasa sangat malu melihat kekuatan yang ada pada seorang Muslimah. Adakah masih ada Kontibusi kita untuk Agama Islam ini? Tepuk dada tanya iman!

“Barang siapa yang mengerjakan amal shaleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An-Nahl : 97)
Category: ,
Reactions: 

7 tautan hati:

zackwan said...

bang..............tgh wat per tu????chat ker???

HafizuddinPirus said...

tengah ke udara.;) Alhamdulillah sihat....

zackwan said...

sajer jer test coment...huhu
tp cter nie best lah....t sy dpt ank pompuan, sy nk soh dye p berperang....ok tak???

HafizuddinPirus said...

hehe... ok jugak tu.. make sure suruh dia kahwin dulu..;)

zackwan said...

kene kawin kan dulu ker???
xleh antar perang dulu???hehehe

suraya said...

ingatkan srikandi87.tak layak la eh.hehehe.all the best for finals.

HafizuddinPirus said...

nanti saya tulis pasal serikandi87 pulak..khas.. tapi point2 ye kene le berkaitan dengan korea..(hoho)..