Merindui Bi'ah Solehah..

Dengan menyebut nama Allah yang Maha perkasa lagi Maha penyayang, yang telah memberikan kekuatan kepada kita semua, yang telah mengkobarkan semangat jihad didalam jiwa2 orang2 yang beriman supaya terus Istiqomah dalam perjuangannya. Solawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulallah SAW, keluarga, sahabat dan ummatnya yang taat patuh kepadanya.

"Biah (suasana) Soleheh merupakan komponen yang amat penting dalam kehidupan setiap individu muslim bagi memastikan setiap amalan hamba-Nya mendapat Ridho dari Allah SWT. Suasana yang mengamalkan ciri2 keIslaman dengan mengikut segala landasan-Nya tentu sekali dapat melahirkan peribadi Shakhsiyah seorang Muslim yang sejati"

Dahulunya..



Ketika di Madrasah Ibnu Khaldun, sejak dari Madrasah Ibtidaiyah(Sekolah rendah) lagi, pendedahan terhadap penjagaan pergaulan antara lelaki dan perempuan menjadi suatu yang utama kerana ianya adalah merupakan suatu kaedah pendidikan tarbiyah untuk membentuk suasana soleh dan peribadi Muslim yang sentiasa menjaga batas2 dalam pergaulannya. Tidak hairanlah ketika didalam Kelas (Al-fasl), putera dan puteri diasingkan. Putera di depan dan puteri dibelakang (huhu mungkin sebab itulah setiap kali kuiz, putera asyik menang je!^_^)

Putera dan puteri sering diperingatkan agar menjaga akhlak dan ibadah sebagai seorang Muslim dan Muslimah kerana Akhlak yang soleh umpama buah bagi pokok yang hidup subur, tanpa pokok tiadalah buah. Begitu juga dengan ibadah, tanpa ibadah tiadalah akhlak. Buah yang baik tentunya memerlukan pokok yang hidup subur. Begitu juga dengan akhlak yang luhur tentunya memerlukan ibadah yang berkualiti dan dikerjakan secara istiqomah. Jika ibadah seseorang itu teguh, maka teguhlah akhlaknya dan begitulah pula sebaliknya.

Sirah2 Nabi dan para sahabat serta Tabi Tabiin sering dibacakan oleh ustaz dan ustazah. Ianya menjadi suatu pelajaran dan pengajaran kepada para pelajar untuk lebih teguh berjihad didalam pelajaran. Terlalu banyak Nilai2 baik didalam sejarah dahulu yang secara tidak langsung boleh di implementasi dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar muslim. Teringat ketika darjah 6 dulu, subjek sirah lah yang paling diminati kerana setiap kali kelas, mesti salah seorang pelajar kena berdiri dan menceritakan kisah2 Nabi dan para sahabat. Masing2 menyampaikan dengan penuh perasaan dan sangat bertenaga!

Solat secara berjemaah menjadi suatu yang wajib. Setiap kali selepas makan tengahari, semua pelajar diwajibkan untuk solat secara berjemaah. Mu'azzin dan imamnya bukanlah dikalangan ustadz, tetapi dikalangan pelajar sendiri. Kadang2 bacaan yang dibacakan oleh para pelajar lebih menarik daripada Ustadz2nya kerana Aura pelajar2, mereka lebih bersemangat dalam beribadah!(^_^). Malah ketika Solat jumaat pula, pelajar2 mesti berjalan kaki ke masjid. Perjalanan yang tidak jauh dari Madrosah (dalam dua kilo meter!- setiap langkah ke arah kebaikan itu sudah tentu mendapat ganjaranNya). Setiap pelajar pula diwajibkan membawa buku catatan untuk catat point2 ketika Khatib menyampaikan Khutbahnya. Kepada Sahabat2ku di Universiti, janganlah berasa pelik jika aqu membawa notes kecil ketika khutbah, kerana itulah antara didikan yang menjadi kebiasaanku ketika di Madrosah dahulu.

Pelajaran hafazan Al-Quran adalah antara kelas yang paling tidak disukai dahulunya. Setiap kali kelas, setiap pelajar wajib menghafal 3 muka surat untuk di tasmik ke hari seterusnya. Jika gagal di tasmik, maka rotanlah menjadi kegemaran setiap pelajar. Sebab itu apabila kelas Al-quran sahaja, pelajar2 semuanya bermuka segar. Terlalu banyak sejarah2 rotan yang diperkenalkan sejak Madrosah rendah lagi. Mungkin sebab itulah, sampai sekarang Hafalan2 itu masih lagi bermain di fikiran kami. Mungkin sebab itu juga, membaca Al-Quran menjadi sahabat kami ketika susah dan senang.

Saat yang paling dirindui ialah ketika Halaqat dan Usrah bersama Ustaz (Madrosah Ibtidaiyah) dan Pakcik Lot (Madrosah Thanawiyah). Sejak dari Madrosah rendah lagi halaqat telah pun berjalan. Perkara yang selalu ditekan dan diterapkankan ialah berkenaan dengan Shaksiyah sebagai seorang Muslim, Sirah para sahabat dan Tafsir Al-Quran. Alhamdulillah walaupun ada yang lupa, tetapi masih ada yang segar diingatan ini.

Banyak lagi suasana2 yang Soleh yang telah mendidik kami sejak dahulu lagi. Suasana yang sangat dirindui.. Suasana yang telah menyedarkan aqu betapa penting Nilai2 dalam hidup ini.. Subhanallah..

Kesannya, sehingga hari ini, kerana dengan didikan itulah kami keluar untuk terus melangkah menjadi seorang muslim yang berguna kepada agama dan bangsa. Kerana dengan didikan itulah kami cuba untuk terus menjaga peribadi dan akhlak kami. Kerana dengan didikan itulah kami terus menjaga batas2 pergaulan kami sehingga ke hari ini. Kerana dengan itulah kami meneruskan perjuangan murobbi2 kami.. Alhamdulillah itulah hasilnya. Aqu bangga terhadap sahabat2ku yang masih terus istiqomah dalam perjuangan ini sehingga ke hari ini..!

Tarbiyah inilah yang akan menghadirkan kejayaan hidup suatu masa nanti. Seperti yang selalu disebutkan oleh Ustadz2 ku, tarbiyah bukanlah segala2nya tetapi segalanya tidak akan berarti tanpa tarbiyah..!


Kini..


Study dengan Sheikh Ali Yaman

Umurku sudah mencecah 21 tahun. Suasana2 Solehah ketika di Madrosah dahulu menjadi sangat kontra dengan susana sekarang. Aqu kini bagaikan terdampar ditengah pulau yang terlalu banyak Jahiliyyahnya.. Sangat banyak Fitnahnya.. didepan.. dibelakang.. diatas.. dibawah.. dikiri dan kanan sekalipun.. Subhanallah.. Mungkin inilah medan perjuangan yang telah ditetapkan untukku.. Perjuangan yang memerlukan suatu pengorbanan yang luar biasa..

Semoga hambamu ini diberi kekuatan untuk terus BEREKSPRESI di dalam jalan Dakwah ini.. Ameen..
Category: , ,
Reactions: 

3 tautan hati:

littleantzz said...

salam...apabila kita ingin mengetahui siapa diri kita, maka kita perlu keluar dari suasana atau kelompok yang kita rasakan selesa.

apabila keluar dari suasana atau kelompok tersebut, di situlah kita berasa di uji dan di situlah kita dapat mencari sejauh mana kekuatan kita.

pada masa itulah kita sangat merindui satu suasana yang dipanggil bi'ah solehah. memang sukar dicari di dunia luar ini, kerana ianya penuh dengan onak dan duri.

semoga suatu masa nanti bi'ah solehah dapat dirasa dan dilihat dimana jua di atas muka bumi ini.

semoga kita semua kuat menghadapinya, semoga Allah memberikan hidayah kepada semua...

insyaAllah...ameen...

Humayra' said...

rindu pada bi'ah tu juga..
pada suasana di mana iman menjadi bicara harian, dan pergaulan dijaga, mata dipelihara. pada ukhuwah yg dibina semata-mata keranaNya.

perlu usaha mencorak bi'ah di universiti pula.. tugas yg bukan mudah. namun, siapa ckp nak masuk syurga Allah boleh bersenang lenang, kan.

HafizuddinPirus said...

ye itulah tugas kita. teringat kata ustaz ana masa sekolah dahulu.. "Kita yang seharusnya membentuk suasana, bukan suasana membentuk kita"!