Membeku untuk Gaza! LifeLine4Gaza 4!

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi, kerana limpah rahmat dan pertolongannya, kita masih lagi diberi energy untuk melalui hari2 ini dengan lebih semangat. Salawat dan salam tidak lupa ditujukan buat Rasulallah SAW, keluarga dan sahabat Baginda serta mereka2 yang terus memperjuangkan syariat Islam yang tercinta ini.

Alhamdulillah....itulah perkataan yang seharusnya kita sebagai seorang hamba ucapkan atas segala nikmat2 yang tidak terkira banyaknya yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba2Nya yang dikasihiNya. Setiap saat yang kita lalui ini adalah merupakan suatu nikmat yang kadang2 kita tidak pernah memikirnya. Malah..ujian2 yang kita lalui itu pun adalah merupakan suatu nikmat luar biasa yang harus dilalui oleh setiap Muslim. Siapakah yang tidak pernah diuji? Tiada siapa didunia ini yang hidup tanpa diuji. Ujianlah yang akan membuktikan kehidupan dan ketaatan kita pada Allah SWT.

Di Malaysia, setiap hari ada sahaja kes2 kematian yang berlaku. Kes2 yang disebabkan oleh HIV dadah, accident motor, kereta, lori, bus, pesawat dan kes buang bayi yang semakin meningkat di negara yang tercinta ini. Tetapi... di Palestin, jika di calculate, hampir setiap saat, ada sahaja nyawa2 para Syuhada' yang ditembak, di Bom mati oleh pengkhianat dunia, Zionis Laknatullah! Bukan itu sahaja, malah organ2 para Syuhada' mereka sanggup jual di pasaran eropah. Semoga mereka2 ini diberi Taufiq dan Hidayah oleh Allah SWT.

Sejurus dengan itu, slogan Free Palestine , Free AlQuds terus dilaungkan dan dijadikan medan JIHAD, bukan sahaja buat bangsa arab dan Palestin, malah menjadi tanggungjawab kita seluruh umat Islam untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa yang merupakan tanah Suci Umat islam ketiga daripada racun2 Zionis Israel.

Alhamdulillah sehingga sekarang umat Islam diseluruh dunia terus peka tentang permasalahan ini. Malah di negara2 eropah seperti Amerika sendiri , rakyatnya turut melaungkan slogan itu.

Permasalahan ini terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak2 kerajaan mahupun swasta.

Kempen LifeLine4Gaza!

Kempen Lifeline4Gaza merupakan kempen untuk misi ke 4 dalam menorobos tembok2 besar Gaza. Kempen ini adalah sambungan daripada misi2 sebelumnya. Misi pertama adalah pada tahun 2006. Misi kedua pula adalah pada 5 december 2009 iaitu Viva palestina berbased di Europe. Manakala misi ketiga adalah dari Mesir.


Misi Viva palestin kedua


Sekarang, misi LifeLine4Gaza menjadi misi keempat dalam membantu dan membebaskan rakyat Islam di Palestin daripada kezaliman Israel. Kezaliman yang tiada titik tamatnya. Misi ke-4 ini akan diketuai oleh badan organisasi kerajaan Turki iaitu Insan hak ver Hurriyetleri(IHH). Misi ini merupakan misi yang terbesar kerana ia akan turut diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Edrogan. 17 buah negara yang akan terlibat dalam misi kali ini termasuk Malaysia, Brunai dan Indonesia. Misi kali ini adalah misi pertama menggunakan jalan air (Laut) melalui laut Medatarinian, Cyprus dan sehingga ke perairan Gaza. Sebanyak 20 buah kapal yang akan berkonvoi dari Turki. Dari Malaysia, sebanyak 2 buah kapal yang akan turut bersama dalam konvoi tersebut.

Recep Tayyip Edrogan (kiri)

Ayuh sahabat2, inilah jalan juang kita. Inilah chance kita untuk bersama-sama bersatu dalam membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis Israel. Walaupun jasad kita tidak pernah bersama, tetapi hati kita tetap bersama mereka. Alangkah malunya kita yang tidak pernah fikir akan permasalahan ini. Semoga Allah buka hati2 kita.

Ayuh! Freeze 4 Gaza! ( Bersama Komitee2 LifeLine4Gaza Melaka)

Hanapi ala2 Superb!;)

free style yang paling smart(hehe)

Abg farid buat gaya batman atau supermen??

Yang dikatakan pengganas itu adalah Zionis!



Anak2 Kecil pun memahaminya

Gaya yang satu lagi pun smart juge..

Syu'bah dengan gayanya..huhu..

Ali izuddin dengan caranya...walaupun tak menarik ada juga yang derma....hehe..

Semoga usaha2 ini diberkati Allah.. InsyaAllah^_^

Teringat sebuah kisah, seorang ustazah dari Malaysia yang ikut konference Islam. Habis saja konference, seorang akhowat dari palestin bertanya dengan sopan " Ya Ukhti, berapa banyak hafalan Al-Quran anda?" Ustazah tersebut menjawab "Baru beberapa Juz saja..." Akhowat tadi membalas "Sampaikan pesanku untuk saudara Muslim di Malaysia, betapa tidak bersyukurnya mereka. Dibawa ribuan peluru dan bom, kami boleh menjadi hafizah, bukankah disana aman2 sahaja?"

Sama2lah kita fikir2kan..

Ayuh sertai LifeLine4Gaza!

Sertai facebook kami!

Atau layari

Lifeline4gaza web

Video Promo LifeLine4gaza Selangor!

video
Category: , , , ,
Reactions: 

0 tautan hati: