Konsert LifeLine4Gaza memang ade LIFE!!

Ayuh bangsaku.. Bangkitlah!!


Dengan menyebut nama Allah, Tuhan kami dikala siang dan malam, dikala dalam kedhoifan dan kemiskinan, disetiap sudut dan darjah kehidupan kami. Solawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi yang tercinta 'Muhammad Bin Abdullah', sebagai idol zaman berzaman, dimana semangatnya hidup didalam jiwa2 orang2 yang beriman. Tidak lupa juga buat semua sahabat2 yang dikasihi Allah sekalian.

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah hari jumaat sudah pun berlalu pergi meninggalkan kita. Kini perjalanan harus diteruskan. Semangat dan keazaman didalam kehidupan harus setiap masa di pupuk supaya kehidupan sentiasa cerdas, cergas dan yang paling penting ruhinya harus selalu dijaga daripada kotoran2 jahiliyyah.

Hari Jumaat lepas merupakan hari yang bersejarah bagi saya dan sahabat2 saya. Secara tidak langsung, ianya merupakan pengalaman yang uniks and fantastics. Kadang2, tarbiyyah itu datang tanpa disedari tetapi kita boleh merasainya.

Sesat

Dari segi bahasa Sesat disini bermaksud ajaran2 sesat yang kini melanda Umat islam sekarang. dari segi Istilahnya yang dalam, sesat itu bermaksud Sesat jalan.

Pada hari jumaat yang lepas, kami berpakat ke Konsert LifeLine4gaza. diatas semangat ukhuwah dan jihad kami berkumpul dan berkonvoi beramai2. Walaupun hanya pada niat tetapi itu pun merupakan salah satu jihad. Di Palestin, orang2 tua, anak2 muda, bayi2 kecil, setiap saat perjalanan yang mereka lalui itu adalah merupakan perjalanan Jihad. Bukan Jihad kecil, malah ianya adalah Jihad Akbar! setiap titisan darah yang ditumpahkan adalah bukti Cintanya terhadap Tuhannya. Kita pula bagaimana? Apakah bekalan yang kita bawa untuk bertemu denganNya kelak? Duit? Ego? Arogan?

Perjalanan ke KL seharusnya mengambil selama 2 jam setengah, tetapi..oleh kerana istilah sesat tadi, maka perjalanan telah pun mengambil selama 5 jam. 4.30 petang hingga 9.30 malam. walaupun sesat, semangat kami tidak pernah luntur malah semangat itu semakin membara. kami terus mencari dan mencari sinar tuju dengan penuh kesabaran. Kesabaran itu amatlah penting buat seorang pemandu kereta. lagi2 dalam keadaan traffic jam dan hujan.

Alhamdulillah..Setelah sampai di Masjid Wilayah, kami terus melompat masuk ke dalam Dewan kerana takut terlepas persembahan itu. Bila sampai sahaja didalam , Mu'adz tengah duk ceramah menandakan majlis baru sahaja bermula, lega rasanya hati ini^_^

Pertemuan 3 Ikon nasyid

Siapa yang tidak kenal kumpulan Shoutul Harokah? Sebuah band jihad Indonesia dimana lagu2nya semua adalah berlandaskan Jihad islami. Lagu2nya nampak biasa tetapi isi2nya sangat LUAR BIASA. betul2 menyusuk kedalam jiwa2 anak2 muda. Kali ini, Konsert LifeLine4Gaza telah menampilkan Shoutul Harokah bersama2 kumpulan nasyid tanah air, Muadz dan DAE. Tidak lupa juga buat Kumpulan veteran tanah air iaitu kumpulan Al-masaar(Menampilkan Abu Along). Persembahan2 yang diberikan sangat relevan dengan keadaan yang menimpa umat islam sekarang terutamanya di Palestin.

Mempertahankan masjidil Aqso bukanlah sunat Muakkad tetapi ianya adalah wajib bagi kita umat Islam. Usaha2 dalam mengembalikan kegemilangan Al-aqso merupakan usaha yang mulia. Setiap derma yang disumbangkan untuk palestin adalah dikira sebagai suatu Jihad. begitu besar ganjarannya orang yang berjihad dijalan Allah. Subhanallah.. Semoga kita tergolong didalam golongan itu. ameen..

Akhir kalam, tahniah kepada semua komiti2 Konsert LifeLine4gaza kerana telah bertungkus lumus menyediakan yang terbaik buat para penonton. hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa antum semua. Tahniah juga buat semua NGO2 yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Ingatlah kita semua adalah putera puteri akhirat. Semoga kita sentiasa istiqomah di atas jalannya. seperti yang sahabat2 saya selalu katakan, komitmen adalah bukti perjuangan.

P/S: Permintaan daripada penonton, Next konsert, jemput Izzatul islam pula^_^(huhu)

Alhamdulillah konsert telah pun berakhir. Hari ini Shoutul harokah dan Mu'adz akan bersama2 dengan sahabat2 di pantai timur, KTD(Kolej Teknology Darulnaim) Kelantan. Semoga Semuanya Berjalan lancar disana.

Ayuh kita Bersatu demi PALESTIN..


Sekilas LifeLine4Gaza

Bersama Salah seorang Mujahid Shoutul Harokah(tengah)

(Hadi : ee..Dahsyatnye orang depan aqu nie.. ee takut..)
(Orang topeng: Takbir!!)

Shoutul Harokah dengan Aksinya!

Shoutul MMU sedang terpegun

Allahuakbar!!

Ini pemain drum yang agak dahsyat!

Pakcik Rashid.. Supervisor Kumpulan Shoutul Fityan Sekolah Ibnu khaldun..

Abg Hafizul Azman Senior ku ketika di SMIK. MC Konsert yang paling kelakar.

(huh dahsyat!)

Subhanallah.. Allahuakbar!

bagaikan Anak2 kecil di Palestina


Itu dia..mengalahkan spiderman.. ^_^

itu dia 2

Pak langku bersemangat nye..(baju Hitam berspek mata)

Shoutul kelate


sekian....!^_^
Category: , ,
Reactions: 

0 tautan hati: