Maksimakan segala potensi yang ada

Dengan menyebut nama Allah, Rabbul Alamin, Tuhan sekalian makhluk, tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang memberikan success kepada hamba2 yang sentiasa worship kepadaNya, Pemberi petunjuk bagi orang2 yang beriman serta salawat dan salam buat promoter Islam yang merupakan idola bagi umatnya.


Sahabat.. pernahkah kalian mendengar nama dua orang yang luar biasa ini, Amr bin Jamuh dan Syekh Ahmad Yassin??ya..mereka adalah dua orang yang sangat luar biasa. Mereka hidup di zaman yang berbeza, peradaban yang berbeza dan tentunya juga tentangan dan ujian yang berbeza, tetapi mereka sama menjalaninya dengan sangat luar biasa. Sedikit saya kutipkan kisah mereka, untuk sama-sama kita ambil pelajaran dan pengajaran.

Amr bin Jamuh, adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang memiliki kecacatan dalam fizikalnya, beliau tempang. Amr bin Jamuh memiliki empat orang putera yang kesemuanya adalah panglima-panglima yang setia bersama Rasulullah dalam setiap peperangan. Ketika laungan peperangan badar telah dihebahkan maka Amr tidak ingin dihalang oleh keempat puteranya dan ingin ikut serta dalam perang Badar. Tetapi keempat puteranya memohon kepada Nabi agar ayahnya membatalkan niatnya untuk berangkat kerana uzur syar’ie yang dimiliki Amr, iaitu kaki yang cacat, sangat cacat. Nabi pun menyampaikan kepada Amr bahawa Islam membebaskan dirinya dari kewajipan berperang, dengan alasan ketidakmampuan disebabkan cacat kakinya yang berat itu. Tetapi ia tetap memaksa dan minta diizinkan. Hingga akhirnya Rasulullah mengeluarkan titah agar ia tetap tinggal di Madinah.

Ketika panggilan jihad Uhud tiba, kali ini amr bin jamuh tidak dapat dihalangi lagi tekadnya untuk ikut serta berperang, dengan mengadu kepada Rasulullah tentang sikap anak-anaknya yang tidak mengizinkan beliau berangkat dengan berkata: “Wahai Rasulullah, anak-anakku menghalangiku untuk keluar bersamamu. Demi Allah, aku sungguh berharap mati syahid sehingga dengan kakiku yang cacat ini, aku dapat berjalan-jalan di dalam syurga.”
Akhirnya dia pun bergabung bersama Rasulullah saw dan gugurlah beliau sebagai syuhada uhud.

Sekarang syeikh Ahmad Yassin


Ahmad Yassin, nama yang tidak asing lagi di telinga kita, beliau seorang manusia luar biasa. Akibat sebuah kecelakaan, semenjak umur belasan, beliau mengalami cacat anggota tubuh badan bahagian dada hingga ke bawah. Tetapi beliau tidak pernah putus asa untuk terus berjuang. Kemudian beliau mengabdikan dirinya menjadi seorang guru yang luar biasa dan dicintai murid-muridnya.

Ketika perlawanan pendudukan Palestin oleh Israel dilaungkan (Intifadhah), Ahmad Yassin tidak mahu ketinggalan. Beliau berjuang dengan caranya sendiri. Beliau berjuang dengan lisannya yang selalu membangkitkan semangat setiap yang mendengarnya. Puluhan ribu warga Palestin kian membara semangatnya dalam berjuang setiap kali mendengar beliau berbicara, walaupun sebenarnya suara beliau sangat-sangat kecil untuk standart seorang penceramah. Dan akibat lisannya yang luar biasa ini beliau sudah berkali-kali keluar masuk penjara zionis laknatullah. Dan demikian takutnya Israel akan kehebatan Ahmad Yassin, maka mereka mengambil keputusan melenyapkan seorang tua, lumpuh, dan cacat itupun mereka melancarkan tiga buah roket dan dua helikopter apache.

Sahabat, sekarang mari kita belajar!!

Dua orang teladan kita diatas adalah dua orang yang secara fiziknya tidak sempurna, mereka cacat. Tapi kecacatannya itu tidak membuat mereka kendur semangat juangnya. Uzur itu tidak membuat mereka serta merta mundur dengan teratur untuk tidak ikut berjuang. Uzur tidak membuat mereka merasa memiliki tiket untuk malas berjuang. Tidak!!sekali-kali tidak!!tapi mereka tetap ingin jadi yang terdepan dalam memenuhi panggilan berjuang. Mereka tak ingin dimanja kerana kecacatan fiziknya dan mereka membuktikan kalau dengan kecacatan pun boleh berbakti sangat besar untuk islam

Sekarang mari lihat diri kita masing-masing. Kekurangan apa fizikal kita sahabat??adakah kita seperti syeikh ahmad yang beliau hanya boleh menggerakkan kepala saja?? saya rasa tidak!!kita semua mungkin masih Allah beri banyak kelebihan. Tetapi bagaimana semangat kita memenuhi panggilan Allah??sudahkah seperti mereka?atau malah kita orang yang suka cari-cari alasan??

Sahabat, berkaca dari kisah orang-orang mulia diatas saya mengajak diri saya dan sahabat semua, mari kita maksimakan potensi kita, bersegera memenuhi panggilan dan tidak mencari-cari alasan untuk tidak memenuhi seruan kebaikan. Hilangkan mental “malas”, ingatlah segala kelebihan yang Allah berikan itu bukan saja2, tetapi akan dipertanggungjawabkan nanti di hadapan Allah kelak.

wallahualam bswb
Category: , ,
Reactions: 

0 tautan hati: