Kini.. Aqu masih lagi Mahasiswa..

Alhamdulillah dengan menyebut namaMu Allah, Tuhan kami setiap masa, tempat dan waktu. Salawat dan Salam buat junjungan Mulia, Rasulallah SAW serta para sohabat yang setia mengikuti jejak langkah baginda.

Pertama2 sekali, saya dengan serendah2 hati ingin meminta maaf kerana Blog tidak diupdate sekian lama. Agak sudah sebulan setengah tidak mengupdate laman maya ini. Malah jarang2 sekali menyinggahnya oleh karena banyak kerja2 Kerajaan yang harus 'diberehkan' kerana ianya lebih penting.

Keduanya, saya ingin merakamkan selautan Cinta dan Kasih buat Umi dan Ayah kerana merekalah saya berjaya menjadi seorang anak yang soleh dan akan terus menjadi seorang anak yang soleh. Menjadi seorang anak yang baik adalah termasuk dalam buku hidup saya....

Ketiganya, saya ingin merekamkan terima kasih kepada seseorang yang agak penting juga dalam diri ini, yang selalu memberi dorongan dan sokongan kepada saya, kerana telah menghadiahkan laptop dan printer ala2 buka tutup ini. Jadi lepas ni jangan Careless lagi(renungan buat diri ini merenungkan laptop lama)

Keempat, tidak lewat untuk saya mengucapkan Tahniah kepada sahabat2 saya yang baru sahaja menglangsungkan perkahwinannya, Semoga perkahwinan itu menjadi salah satu bekalan kehidupan diakhirat kelak. Rumahtangga yang dibina atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan akan menjadi penyeri kebahagiaan rumahtangga. Kita bila lagi?(hehe)



Kelima dan terakhir, (Tausyiah Ringkas buat diri ini) teringat akan pesanan Seorang Ulama' Imam Hassan Al-Banna..

"Medan yang pertama bagi kalian adalah diri kalian sendiri. Apabila kalian berjaya menguasainya maka kalian akan mudah menguasai orang lain, dan apabila kalian remehkan untuk bermujahadah terhadapnya maka anda akan lemah berdepan dengan orang lain. Maka cubalah berjuang terhadapnya dulu...Ingat bahawa sesungguhnya Dunia seluruhnya sedang menanti satu generasi daripada pemuda-pemudi yang dilengkapi dengan kesucian yang sempurna serta mempunyai akhlaq yang kuat lagi mulia. Maka jadilah kalian pemuda-pemudi itu dan jangan berputus asa"

Sabda Rasulullah S.A.W.:

'Berilah jaminan kepadaku 6 perkara, nescaya aku jamin bagimu Syurga: Benar apabila berkata-kata, tepati janji apabila kamu berjanji, tunaikan amanah apabila kamu diberi amanah, pelihara kemaluan kami (jauhi daripada zina), tundukanlah pandangan kamu (daripada yang haram), peliharalah daripada kejahatan (kezaliman) tangan kamu, kemudian lihatlah (ukurlah) adakah kamu demikian'
Category: , ,
Reactions: 

3 tautan hati:

nik_amyza said...

Salam abg din..maaf ganggu
Nk tanya,mcmne nk msukkn picture yg ada animation kt dlm blog??
(spertimne yg ada dlm blog abg din-part senaman tu)
Sya dh cuba msukkn tp error..

suraya said...

selamat tahun baru din :)

HafizuddinPirus said...

Nik amyza:

Wsalam, Step pertame just copy animation dalam blog abg nie then step kedua letak dalam text blog

Kak Suraya:
kak pun selamat Tahun baru.. Azam baru.. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini..^_^