Kepuasan terletak pada Usaha..

Dengan menyebut nama Allah, Tuhan pencipta alam semesta. Pencipta segala kekuatan, semangat, serta kesabaran untuk hamba2Nya demi mencapai kejayaan hidup didunia maupun diakhirat kelak. Tidak lupa, salawat dan salam ditujukan buat Rasulallah SAW, Seorang peniaga yang tidak pernah kenal erti putus asa sehingga di saat akhir kehidupannya.

Modal yang diperlukan untuk memulai suatu kemajuan ialah kemahuan, keberanian dan pengetahuan. Sedangkan kekuatan untuk mempertahankannya ialah kejujuran, komitmen, inovasi dan kesabaran.

Jangan pernah menghindari tentangan, melompatlah ke dalamnya dan takluklah. Nikmatilah permainannya. Jika tentangan yang dihadapi terlalu besar dan terlalu banyak, jangan pernah menyerah. Kegagalan tidak boleh membuatkan kita lelah. Sebaliknya, atur balik strategi. Carilah benih2 keteguhan, pengetahuan dan bantuan.

Jika hendak mencapai suatu matlamat, rencanakanlah matlamat yang lebih besar lagi iaitu dengan membantu orang lain.

Alhamdulillah dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang nampak simple tetapi pengajaran yang ada didalamnya sangat besar dan sangat rapat dengan kita sebagai seorang Pekerja ,Mahasiswa dan sebagai seorang Manusia yang sering lupa. Terima kasih kepada my father for this emeil.

pendayung1

pendayung2

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Ada kalanya orang yang kita sangka tidak pandai itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin tidak pandai dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi marilah sama2 kita tanya pada diri sendiri, Untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?

pemudaa

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi orang2 yang berakal, iaitu orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Allah..tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha suci engkau, lindungilah kami dari azab neraka"
Category: , ,
Reactions: 

2 tautan hati:

shahadah said...

salam..perkongsian yg sgt menarik..adakalanya manusia akan meletakkan ilmu akademik lebih tinggi untuk menyatakan ttg hidup yg bahagia. sedangkan, motivasi dan ilmu lain juga penting. dan yg paling penting bila ia selalu bersama al-Quran dan ass-sunnah..

Mohd Shahabudin Md Yatim said...

yup..usaha yang mantap, menghasilkn sesuatu yang mungkin mantap....tapi usaha yang tak mantap,takkan menghasilkan sesuatu yang mantap... oleh itu,mantap2kan lah fikiranmu..