Mendapat panggilan ke Sumatera Barat

Dengan menyebut nama Allah, Tuhan yang Maha menghidupkan dan Tuhan yang Maha mematikan. Penghancur, Pencipta, dan Pemulia seluruh alam ini adalah kekal milik-Nya. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Salawat dan salam buat pemimpin agung, Pemuda terhebat, Ayah yang paling penyayang, 'Muhammad Bin Abdullah' dan keluarga serta sahabat2 Baginda yang dikasihinya.

Salam Perjuangan buat sahabat2 dan sahibah2 semua!

gempa-bumi-03.jpg

Sehubungan dengan terjadinya musibah gempa bumi di Sumatera Barat dan sekitarnya pada tanggal 30 September 2009, Saya telah mendapat panggilan SMS dari sahabat untuk membantu Misi Ke Padang. Saya juga tertanya-tanya, "Aqu memang teringin kesana, tetapi apakah selayaknya aqu untuk pergi kesana sedangkan aqu tidak punya apa-apa kelulusan dalam bidang kedoktoran mahupun psykology untuk menolong mereka, malah aqu sendiri perlu dipsykology kerana tidak pasti aqu mampu melihat mayat-mayat yang bergelimpangan di sana"

Kemudian saya menelefon ibuku , katanya " Tak perlu pergi sana pun tidak apa, yang penting doakan sahabat2 disana
dan tolong kerja2 disini" "Aqu berasa lega kerana aqu masih berpeluang untuk membantu Misi Gempa Bumi ini walaupun aqu berada Di Malaysia tetapi hati nuraniku tetap ingin ke Indonesia kerana aqu amat sayangkan sahabat2 disana"

HALUAN Malaysia telah pun berjaya menghantar beberapa Team ke sana dengan misi dan objektif Utamanya iaitu Mendidik dan Berbakti. Misi yang diketuai oleh Dr Syed Haleem telah pun selamat sampai beberapa hari lepas dan dilaporkan berada dikondisi yang baik.
kata beliau " Selain dari memerlukan bantuan perubatan, mangsa-mangsa terutama sekali kanak-kanak yang kehilangan keluarga perlu mendapat perhatian yang sebaiknya. Mereka mengalami trauma psykology yang serius kerana kehilangan keluarga dan pengalaman merasai Gempa Bumi itu sendiri"

aceh

Marilah sama-sama kita doakan para sukarelawan di Malaysia mahupun yang berada di Indonesia berada didalam keadaan yang baik. Begitu juga sahabat2 dari Yayasan AMAL Malaysia, Islamic Relief malaysia, Bulan Sabit Merah dan mereka yang turut serta dalam misi teersebut. Semoga dengan Usaha2 relawan ini dapat mendekatkan diri dengan Deen yang tercinta ini.

Dalam kesempatan ini, saya, mewakili Keluarga, Sahabat2, Rumah No 68 BBU, dan Institusi Usrah MMU ingin mengucapkan Takziah sangat mendalam buat keluarga dan sahabat2 di Indonesia, terutamanya sahabat2 yang melanjutkan pelajaran disana dan Pakcik(Pengarah Mara Indonesia) dan Makcik Zahra(Kontraktor) yang telah menjaga saya semenjak saya nakal lagi. Semoga mereka berada didalam keadaan sihat2 belaka.

gempa1

humaniora50_05

Marilah kita berdoa agar saudara-saudara kita yang berada dikawasan tersebut dipermudahkan dalam menghadapi musibah ini.


InsyaAllah..


Warkah Kasih dari HafizuddinPirus @ Pemudekahfi^_^
Category: , ,
Reactions: 

0 tautan hati: