Dari Malaysia Ke Padang, Indonesia

Dengan menyebut nama Allah, Rabb seluruh Alam, menghidup dan mematikan hamba2Nya dengan kehendakNya,menggoncangkan bumi sebagai peringatan kepada para makhluk yang sudah lupa akan dirinya. Salawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulallah SAW, keluarga baginda, para sahabat dan muslimin dan muslimat yang mengikut jejaknya.

Haluan Banner

Kejadian gempa bumi 30 september lalu, merupakan momentum gempa yang terbesar melanda Indonesia. Pada mulanya, kerajaan Indonesia mecatatkan bilangan skala rektor sebanyak 7.6 dan kini jumlah akhirnya mencecah sehingga 8.6 skala rektor. Amerika Syarikat pula menyiasat dan menganalisa mendapati jumlah skala rektor gempa di Padang, Indonesia adalah setinggi 9.6 skala rektor. Jadi ini sekaligus menunjukkan gempa di Padang, Indonesia merupakan kejadian gempa yang terkuat di dunia. Sejarahnya, sebelum ini, kejadian gempa yang sehebat ini pernah menggegarkan kota2 di Padang, Indonesia tetapi masyarakat hanya menganggap ianya hanyalah sejarah semata2 yang tidak mungkin berulang, tetapi sangat benarlah bahawasanya Sejarah akan berulang.

Kejadian gempa kali ini medapat perhatian pelbagai pihak diseluruh dunia. Masing2 mempunyai matlamat yang satu iaitu untuk membantu mangsa2 Gempa di Padang, Indonesia. Saluran2 Radio maupun Television terus menerus menyiarkan berita tentang kejadian yang berlaku di padang, Indonesia. Padang, yang merupakan tempat kedua yang dikatakan serambi Mekah itu merupakan Kawasan yang kuat dengan adat istiadatnya. Malah di sesetengah tempat terutamanya perkampungan2 Islam, Islam itu dianggap sebagai Adat, bukan Ibadat. Majoritas penduduk di Padang 100% adalah Islam. Kata penduduk disana, sesiapa yang keluar dari islam dianggap sebagai melanggar adat bukan melanggar syariat dan harus dibuang dari Negerinya. Nauzubillah.. Semoga Allah pelihara akidah kita.

Alhamdulillah Misi Gempa kali ini menggerakkan hati saya untuk turun melihat keadaan mangsa2 terutamanya masyarakat Padang disana. Kali ini, Himpunan Lepasan Universiti Pendidikan Malaysia (HALUAN) menghantar 8 Team relawan dan nama saya terLIST dalam TEAM ke-2 (14-19 Okt). Seramai 6 orang relawan didalam Team saya, terdiri dari 2 orang Doktor dan 4 orang Relawan. Masing2 dari Negeri Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor. Walaupun saya adalah yang termuda namun, banyak yang saya pelajari daripada yang tua. Dan Alhamdulillah kami bekerjasama dalam satu team dengan baik sekali. Pada mulanya tidak kenal kerana pertama kali jumpa dan secara tidak langsung, dalam menjalankan misi2 kemanusiaan, Ukhuwah kami semakin erat dan semakin rapat. Semoga Ukhuwah Islam ini akan berterusan sehingga di Akhir hayat.


Gandingan Hebat Relawan2 Team 2


zailani
Misi Sebelum ini Acheh dan Jogjakarta


Dr ariff
Pertama kali


Dr shamsul
Pertama kali


hafiz
Pertama kali


amri
Misi sebelum ini di Pakistan


azmi.JPG
Pertama kali

Sebelum Bertolak


DSCF0234

DSCF0232

DSCF0226


Alhamdulillah.. Sebelum meneruskan misi, Dr Syed Halim selaku Pengarah Misi kemanusiaan Padang, Indonesia memberi sedikit taklimat berkaitan berjalanan kami disana. Segala kelengkapan dan persiapan2 perubatan di Packing terlebih dahulu Di Pejabat Pemangkin. Kemudian kami bertolak ke LCCT Subang Airport. Kami Bertolak ke Nogori Minangkabau itu pada jam 8.30 pagi dan dijangka akan sampai 8.30 pagi juga(waktu Indonesia). Jadi begitu pantas kan?

Sesudahnya kami sampai di Lapangan Terbang Minangkabau, kami dijemput oleh Seorang Tokoh Indonesia yang terkenal iaitu Ustaz Shaurium yang merupakan YB Sumatera. Anaknya Pelakon cerita Islami Indonesia yang agak meletup juga iaitu Ketika Cinta Bertasbih. pada mulanya saya ingat beliau hanyalah pemandu Taksi kerana gayanya seperti pemandu taksi disebelahnya tetapi selepas berbual2 didalam keretanya, ternyata beliau merupakan DP Wilayah disana. Tidak sangka Relawan2 Indonesia begitu menanti2kan kedatangan kami di sana. Kemudian kami meneruskan perjalan ke Posco relawan Indonesia di Kota Pariaman.


DSCF0267


Disana kami istirehat sebentar dan berbincang mengenai Selok belok kawasan Padang yang ditimpa Gempa. Sebanyak 620 buah masjid dan suaru yang roboh, rosak dan hancur. kesemua masjid dan surau ini tidak bisa digunakan lagi. Di Padang terdapat hampir 200 buah kampung yang hancur teruk akibat gempa bumi ini. Dan dikatakan kebanyakkan kampung2 disana sangat kuat adat Istiadatnya. Juga dikatakan perpecahan masyarakat disana amat tinggi sekali sehinggakan Masjid didirikan disebelah Masjid. Malah ada Sebuah kampung yang lenyap ditimbus setinggi 15 meter(setinggi pokok kelapa). Hanya daun2 pokok kelapa yang kelihatan ditanah. Betapa tingginya kedalaman perkampungan itu ditindas. Diceritakan, sebelum perkampungan2 itu ditindas, ada perayaan majlis kahwin yang sedang berlangsung. Akhirnya, hanya tinggal motor2 yang ditinggalkan diatas bukit. Dikatakan juga, perkampungan itu mengamalkan pelacuran yang terbuka. Nauzubillah..

Kami diberikan task untuk memberikan bantuan2 Medic kepada masyarakat2 disana. Kawasan yang diberikan ialah Kota Pariaman. Dan Di kota Pariaman ini dikatakan kawasan yang paling banyak berlaku kehancuran dan kerosakan. Sumber elektrik majoritasnya masih ada tetapi tidak kuat dan ada disesetengah perkampungan tiada kuasa elektrik. Sumber2 air di kawasan perkampungan hanya mengharapkan air2 sungai. Ada disuatu kawasan perkampungan, Sungai merupakan kamar kecil mereka. MasyaAllah, begitu sedih hati ini melihat keadaan yang sangat kekurangan itu. Penularan wabak2 penyakit dijangka akan berlaku karena sumber2 air dan makanan yang tidak bersih. Jalan2 ke kawasan perkampungan dan bukit hancur teruk akibat gempa bumi. Ada jalan yang terbelah dua menyebabkan jalan ditutup.

Sepanjang perjalanan misi kami di padang, kami menginap di Rumah Ustaz Ridhwan. Alhamdulilah relawan2 Indonesia disana melayani kami dengan sangat baik sekali. malah mengutamakan tetamunya daripada dirinya sendiri . MasyaAllah (Terharu masa tu). Kawasan dirumah ustaz Ridhwan agak menarik dan strategik sekali kerana disebelah rumanya saja ada Rumah Komputer(1 jam 3000 Rp). Dengan kemudahan itu senang untuk kami menghantar Report setiap hari. Di depan rumah Ustaz Ridhwan pula ialah Sekolah SMA 1. Apabila duduk dihalaman rumah melihat siswa siswi pergi ke sekolah teringat sekolah Ibn Khaldun^_^.

Di waktu malam pula kami dibawa oleh Ustaz Ridhwan Kota Besar di Padang (Bandar Padang). Keadaan disana sangat teruk. Bangunan2 besar seperti kantor2, Hospital2, Hotel2, masjid2 roboh dan hancur dengan begitu teruk sekali. Malah ada sebuah Hotel yang baru dibina tetapi belum siap, memang confirm takkan disiapkan lagi karena sudah roboh. Ada sebuah Hotel disana yang rumah dan meragut 200 nyawa manusia. Diceritakan pada ketika itu ada pestaan di sana dan secara tidak sedar semuanya menjadi mangsa runtuhan itu. Malah pada ketika itu, ada yang ingin selamatkan diri dengan terjun kedalam kolam renang tetapi rupa2nya kolam renang tersebut merupakan tempat persinggahan runtuhan2 itu. Cerita ini bukanlah seperti Tayangan2 Blockbuster movie2 di Hollywood tetapi ianya merupakan Tayangan bukti Kekuasaan Allah SWT kepada hamba2Nya. Kami juga melihat satu masjid besar yang roboh dan sujud ke arah Kiblat. Yang anehnya, Rumah2 besar ditepi2nya langsung tiada yang roboh dan rosak, padahal ianya sangatlah dekat. Menurut Ustaz Ridwan, munusia tidak mahu sujud, biarlah masjid yang sujud. Sebenarnya banyak lagi cerita2 aneh yang berlaku ketika gempa bumi disana tetapi.. Wallahualam.. Biarlah ianya menjadi Rahsia2 Tuhan alam semesta.

Selama 6 hari di Kota Pariaman, Padang, kami membuka Klinik Bergerak atau Non-stop Clinic di 6 buah Kawasan iaitu Kampung Batu Mengaum, kampung Sungai Limau, Kampung Paiyaman, Kampung Durian Anjung dan 2 Kawasan lagi yang sangat aneh namanya. Kesemua Kampung2 ini adalah sangat dalam kawasannya dan begitu mundur gaya hidupnya. Rupa-rupanya masyarakat2 Padang terutamanya masyarakat2 kampung sangat menanti2kan kedatangan bantuan2 seperti Makanan, bangunan, ubat2an dan keperluan2 harian mereka yang lain. Mereka sangat menyambut baik kedatangan kami disana. Bantuan Ubat2an adalah bantuan yang sangat penting bagi mereka malah dipanggilnya kesemua kaum kerabat mereka untuk datang mendapatkan rawatan. Pada awalnya disana, kami berasa sangat segan dan malu kerana kami merupakan orang luar tetapi akhirnya lain pula jadinya. layanan yang diberikan amat mesra. Bahasa Minangkabau yang digunakan sangat pokat kolkolahnya dan begitu pantas gaya cakapnya. Alhamdulillah Rekod pesakit2 setiap hari amat tinggi. Hari pertama sahaja 170 orang pesakit yang kami terima untuk medapatkan rawatan. Ketika membuka klinik kami juga dibantu oleh relawan2 Indonesia disana. Mahupun yang sudah bekerja ataupun yang masih belajar.

Disana saya sebagai Seorang Reporter berkesmpatan menemuramah beberapa orang Mangsa yang trauma dengan gempa bumi yang berlaku. Salah seorangnya ialah seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an. Dia menceritakan keadaan2 yang berlaku ketika gempa bumi itu.

Diceritakan, Semasa itu beliau sedang solat hajat dan selepas sahaja beri salam, terdengar bunyi detikan jam sekaligus berlaku gempa bumi. Beliau terus keluar dari rumah untuk selamatkan dirinya. tetapi ibunya masih berada di dalam rumah. Beliau menceritakan keadaan ibunya pada waktu itu, Ibunya sempat elak runtuhan2 batu dan menyorok dibawah meja dapur. Kemudian satu batu besar jatuh dan menerobos meja dapur sehingga patah meja tersebut kemudian kayu besar dari atas atap jatuh dan menghempap kaki ibunya menyebabkan ibunya tercedera.

Alhamdulillah Tuhan masih selamatkan nyawa ibunya. Mengalir air matanya ketika beliau sedang meluahkan perasaannya itu. Begitu juga dengan Reporternya, masih dapat cover sikit ketika itu. Beliau sangat2 mengharap bantuan2 seperti khemah dan makanan untuk menampung kehidupan harian mereka. Begitu juga dengan mangsa2 lain yang amat memerlukan bantuan2 secepat yang mungkin. Ramai dikalangan mereka masih belum mendapat bantuan. Mereka kini seperti tiada tempat tinggal. Tempat tidur mereka diperbatasan seperti pondok2 yang ada atap2 sedikit, asalkan ada ruang untuk tidur. MasyaAllah.. Seharusnya kita haruslah bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Bila2 masa sahaja nikmat itu akan ditarik.

Selain itu, Relawan2 Islam Indonesia disana sangat risau dengan kedatangan Puak2 Kristian yang mempunyai misi lain selain memberikan bantuan2 perubatan, makanan dan tempat tinggal. Mereka adalah puak Missionaries dari Australia yang bertujuan mesyesatkan Orang2 yang kesemuanya adalah masyarakat Islam disana. Dikhabarkan, puak2 kristian akan menetap disana selama 2 tahun untuk meneruskan misinya itu. Begitulah sahabat2, muslimin dan muslimat sekalian, kedatangan kita disana mempunyai satu misi yang besar selain menyebarkan bantuan2 makanan, perubatan, dan tempat tinggal. Misi Dakwah juga kami cuba terapkan semasa menjalankan misi perubatan tersebut. Sahabat2 disana begitu mengalu2kan kedatang kita untuk menolong mereka dalam membasmi Kuman2 Missionaries ini yang kini sedang menjadi Ancaman Besar Akidah Islam Masyarakat disana.

Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya yang bagi saya sungguh bermakna ketika berada disana. Begitu banyak pengalaman dan ilmu yang diperolehi secara zohir atau secara batinnya, Secara amali atau secara ilminya. Sudah semestinya perjalanan selama seminggu itu dapat mendidik dan mendekatkan diri kita kepada Allah yang merupakan Raja Dunia yang sangat luas pemberian nikmatNya. Semoga kita terus Istiqomah di atas jalan-Nya. Moga2 Cita2 dan Cinta kita kepada Allah SWT semakin meningkat bukannya semakin menurun. InsyaAllah.

Untuk Team Ke 3 Ahad ini, dijangka seramai 10 orang akan bertolak dari LCCT. 4 Doktor dan 6 orang relawan. Marilah sama2 kita doakan perjalanan para2 relawan ini selamat sampai dan selamat pulang. Semoga tercapai Objektif mereka. Sebelum saya mengakhiri lafaz kalam, ingin saya sampaikan salam Relawan2 Indonesia disana kepada Saudara2 Islam di Malaysia.

Perjalanan Misi Kemanusiaan Padang Team Ke 2


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang

From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


From Padang


Kepada yang ingin Menderma dan Menjadi Sukarelawan Malaysia Ke Misi Kemanusiaan Padang sila Layari HALUAN MALAYSIA

Yang menjalankan Tugas,

Pasukan Medic 2
Misi Kemanusiaan Padang,
Kota Pariaman, Indonesia

Wassalam^_^
Category: , , ,
Reactions: 

7 tautan hati:

aMeL said...

wahhh~!!! bestnye dapat g sane tolong orang... mesti ramai gile orang serbu ko kan?

tp din, ko memang tak patut tau..
mane boleh ko pakai seluar askar amerika... ko kan malaysian.

tak patut... ish3

HafizuddinPirus said...

hehe.. nampak gayenye macam tulah:p

ape pulak amerika.. seluar tu dari Malaysia lahh:(

.: F@!n :. said...

abg din memg mantap la..org hot katakan ...sedih gak baca cita abg din..sampai masjid pun sujud...Allahuakhbar....

Hanif Amir said...

Tahniah Syeikh! Kalau ada masa, kongsilah pengalaman dgn kami yg tak dpt kesempatan ke sana.

Special talk mungkin?:)

HafizuddinPirus said...

owhhh sheikh.. nak yang slot special mai lah datang rumah.. bawak lee kuih2 sikit, kalau taknak kuih, air pun jadik lee.. sambil makan sambil bercerita baru syok..:p

kNiza said...

Salam Hafizuddin,

One thing I would say "JEALOUS" jealous, jealous exponent 100!.
Doakan ana dpt join future mission.

HafizuddinPirus said...

Waallaikumsalam kak niza

saya rasa itu ditahap jealous yang agak kritikal..:)

InsyaAllah suatu ketika nanti akak pasti akan dapat merasainya!