Sampaikan Salamku pada LailatulQadar..

Dengan menyebut nama Allah, Tuhan Pencipta Siang dan Malam. Penerima segala kebaikan. Penghapus segala kejahatan. Salawat dan salam buat junjungan Mulia, promoter Islam yang terhebat, 'Muhammad Bin Abdullah' serta para sahabat yang dikasihi Allah SWT.


Alhamdulillah marilah kita panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kehadrat Allah SWT karena kita masih lagi berada di Bulan Tarbiyah ini. Bulan yang dinamakan Bulan Ramadhan ini adalah satu Bulan yang amat special disisi Tuhan kerana diBulan ini turunnya Al-Quran pada malam ke 17 Ramadhan. Bulan ini diertikan sebagai Bulan "Bonus" bagi umat Islam dimana didalam bulan ini Allah SWT melipatgandakan pahala dan menghapuskan dosa-dosa dimasa silam bagi orang-orang yang berpuasa dengan penuh ketaqwaan dan keikhlasan hati.

Selain itu juga, keistimewaan luar biasa Bulan Ramadhan ini ialah terdapat satu malam yang penuh dengan hikmah dan rahmah iaitu satu malam LailatulQadar. Barangsiapa yang puasa di Bulan Ramadhan ini pasti berhasrat untuk menjumpainya. Mengikut sirah Rasulallah SAW, malam LailatulQadar diyakini muncul pad 10 malam terakhir bulan Ramadhan, terutamanya dimalam-malam yang ganjil. Perkara ini dapat kita rujuk dari sebuah kisah Siti Aisyah R.A.

"Bila telah masuk 10 malam terakhir dari Bulan Ramadhan, Rasulallah SAW mengikat kuat kainnya(menambah kesungguhan ibadahnya), menghidupkan malam(dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya dan uzlah(menjauhi isteri2nya)" (Hadis Riwayat Muslim)

Kesungguhan Rasulallah SAW melakukan ibadah pada malam 10 terakhir Bulan Ramadhan dapat kita cek didalam hadis seterusnya seperti yang diceritakan Siti Aisyah R.A.

"Beliau(Rasulallah SAW) beribadat hingga menjelang Subuh" (Hadis Riwayat Muslim)

Tekun dan Khusyuknya Rasulallah SAW beribadah pada malam 10 terakhir tidak terlepas daripada keinginan Baginda untuk menemui malam LailatuQadar, iaitu satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. seperti yang difirmankan Allah didalam surah Al-Qadr ayat 1-3:

"Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari 1000 bulan(83 tahun 4 bulan)"

LailatulQadar adalah malam kemuliaan yang memiliki nilai lebih baik dari 1000 bulan. Sesiapa sahaja yang beribadat dimalam itu adalah lebih baik nilainya dengan beribadat selama 83 tahun 4 bulan. Jika dilihat, Usia purata manusia yang hidup diakhir zaman ini sangat jarang mencecah angka 70 tahun, apatah lagi 83 tahun.

Pernahkah kita terfikir, mampukah kita beribadat kepada allah selama 83 Tahun? Mungkinkah ia berjaya dicapai? Rasanya sangat Sukar untuk melakukannya, kerana iman kita yang sentiasa turun naik dan pengaruh luaran(maksiat) yang sentiasa menyerang kita dari setiap sudut.

Formula untuk mendapatkan malam LailatulQadar adalah dengan Beri'tikaf. Aisyah R.A meriwayatkan

"Rasulallah SAW beri'tikaf di 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan"(Hadis Bukhari & Muslim)

Akhir kalam, LailatulQadar adalah malam yang bernilai lebih dari 1000 bulan. Ia sentiasa datang disetiap 10 malam terakhir diBulan Ramadhan. Bonus dan kesempatan ini janganlah kita lepaskan begitu sahaja.

Ya Allah, sampaikan Salamku pada LailatulQadar..
Category: , ,
Reactions: 

6 tautan hati:

Nik said...

salam,

den nanti aku tunggu kat RSU, kita pi iktiqaf kat masjid sama2..jgn lupa tue, hee teringat dulu2 stay masjid ramai2.

HafizuddinPirus said...

haah, jom ramai2 kita pergi iktikaf. Targer----> LailatulQadar.. bukan makan sahur free.. erm IU ada sediakan Sahur ke?(hehe)

kak aitiqah said...

ish xberubah2..nk makan free je..din cam cumey je pic yg 20 mujahid dan unta2 merek..siap de dialog lagi..din mesti unta yg kedua tuh..rindu kat minahh je.hahaha

HafizuddinPirus said...

kak aitikah ni memang nak kena nie..

(erm sabar2.. puasa2)

Kalau tengok jenis orang, akak pula unta yang ketiga, makan je dia pikirnye(hahaha)

kak aitiqah said...

cess..dush!!..dush!!

k2 semoga ketemu mlm lailatul qadar..insaf cepat2..mintak maaf dgn akk cepat nk raya nih..hehe

HafizuddinPirus said...

InsyaAllah.. ok2 sempena menyambut Bulan Syawal ini, saya dengan secara rasminya minta maaf kalau ada silap dan salah, terkasar bahasa, tersalah kata, ter2 lagi..

kak, saya harap akak control2 sikit ae bila tiba syawal nanti.. control sikit makan tu.. satu pinggan = 10 suap ini normal. jangan 1 pinggan = 1 suap. ha ini mentadarah..;p