Palestin, Al-Aqso, milik Umat Islam!

Segala puji bagi Allah, Dzat yang telah menciptakan langit dan bumi, menciptakan kegelapan dan cahaya, menciptakan malaikat sebagai utusanNya. Salawat dan Salam buat khatimul Anbiya', Rasulallah SAW sebagai pemberi petunjuk, khabar gembira dan peringatan, serta penyeru kepada Allah dengan izinNya, sebagai lentera yang tenang. Baginda telah menyampaikan risalah, amanah, menasihati umatnya dan berjihad dijalan Allah hingga disaat akhir hayatnya. Tidak lupa juga buat sahabat2 dan keluarga baginda yang sentiasa dicintainya.


Alhamdulillah, hari ini(selasa) merupakan hari terakhir projek Palestin ini berjalan(10-15 september). Untuk kali terakhirnya, mereka akan ke Masjid Negeri Pulau Pinang dan Perak hari ini dalam misi mencari Dana Bantuan untuk Rakyat2 pelarian Palestin. Mereka, Ulama2 Rabitah Hamas, palestine terdiri dari Sheikh Abu Waeel(Antara orang pertama yang dibuang dan dihalau Israel dari tanah Palestine), Sheikh Abu Ahmad(Ketua pengawal Sheikh ahmad Yassin) dan Sheikh Abu Bakar(Berkali-kali dipenjara dan disiksa oleh Yahudi Zionis sehingga dicacatkan penglihatannya) . Mereka adalah merupakan hasil dari pentarbiyahan Asy-Syahid Sheikh Ahmad Yassin.

Alhamdulillah dengan Kesungguhan, Usaha dan doa para sahabat maka tercapailah satu misi besar dalam usaha untuk membantu mendaulatkan kembali Tanah Suci Palestine sebagai Tanah Wakaf untuk Umat Islam. Kita tidak mampu untuk mengangkat senjata api tetapi kita mampu untuk mengembalikan Hak sebenar kepada Umat Islam.

Untuk Projek Palestin ini, Ketiga2 Ulamak tersebut telah dibantu oleh sahabat2 dari Indonesia(IM) sebagai penterjemah dan Drebar. Mereka juga merupakan bekas pelajar sirya - Ustaz Irham, Ustaz Zikrullah(reporter Akhbar Indonesia) dan Ustaz Syahid(Guru sekolah SMIK). Begitu juga PILOT Indonesia yang tidak kurang hebatnya, Akhi Marzuki^_^.


Syeikh Abu Bakar sedang berucap, disebelahnya pengerusi H. Palestin, Akhi Noorazman, Kelantan

(Antara Ucapan Syeikh Abu Bakar)

Saudara-saudara yang saya kasihi sekalian,

Janganlah kita lupa bahawa permasalahan Al-Quds bukanlah permasalahan Arab semata-mata. Al-Quds adalah permasalahan umat Islam. Kita wajib mempertahankanya daripada dirampas oleh yahudi Zionis laknatullah. Walaupun Umat Islam selalu dihina, dicerca dan dinodai, percayalah kita punyai tempat mengadu sedangkan mereka Orang kafir tidak punyai tempat mengadu. Kita punyai tempat pertolongan tetapi mereka orang yahudi tidak punyai tempat pertolongan.

Bulan Ramadhan disana seperti Bulan-bulan yang lainnya karena berpuasa merupakan kewajiban mereka(isnin khamis dan 3 hari setiap bulan), tadarrus Al-Quran merupakan rutin harian mereka(menghasilkan hafiz Al-Quran seramai 15000 orang setiap 2 bulan), Qiamullail merupakan kehidupan mereka.

2 pengajaran penting yang harus diambil kira:

"Pernah pada suatu masa tentera-tentera arab sangat jahat. Mereka meminta senjata-senjata Kami, mereka berkata, masa kami sudah habis, sekarang masa mereka pula untuk berjuang tetapi apa yang mereka lakukan adalah sebaliknya, satu persatu tanah Palestin dijualkan kepada Israel"

1) Para pemimpin Arab berkata orang Palestin yang menyerahkan Tanah palestin kepada Israel padahal mereka telah memutar belitkan berita dengan bertujuan untuk menipu masyarakat dunia.

2) Syahid atau mati ditanah Palestin lebih mulia dari mati diluar.


"Janganlah kamu bilang orang yang syahid itu mati kerana disisi Allah, mereka masih hidup"

Category: , ,
Reactions: 

0 tautan hati: