Thank You Allah..

Dengan menyebut nama Allah, Tuhan yang Maha memberi rezeki. Tidak lupa juga salawat dan salam kepada junjungan besar Rasulallah SAW, pembawa rahmat kesekalian alam dan para sahabat2 yang saya kasihi.

Umat Islam kini sedang diancam dengan pelbagai ujian. Bukan sahaja ujian luaran, bahkan ujian dalaman yang kadangkala menggugat keimanan kita sebagai seorang Mukmin. Terkejut juga apabila melihat berita-berita mengenai kes2 kematian yang disebabkan oleh kesan dari Influenza A, H1N1. Sehingga sekarang sudah 44 nyawa telah terkorban termasuk kanak-kanak dan wanita. Teringat saya akan tazkirah Ustaz Zahidi di Celcom Kepong semalam. Katanya 'Penyakit yang datang itu adalah tandanya Allah kasih kepada kita'. Bila fikir-fikirkan balik, segala nikmat yang Allah berikan, kita tidak menjaganya dengan baik, bahkan secara tidak sedar kita telah menzalimi diri kita sendiri. Walaupun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai juga yang telah diuji dengan demam, selsema dan batuk-batuk. Sebagai hamba Allah, kita kenalah berdoa dan berikhtiar. Kerana segala penyakit itu datang dari Allah, dan Allah jualah yang akan menyembuhkan penyakit itu. Apa-apa pun prevention is better than cure!

Alhamdulillah hari ini, telah pun masuk ulanghari ke 60 berjuang bersama CELCOM. Sehingga kini telah banyak benda yang dipelajari. Ilmu-ilmu yang saya dapat sungguh menarik minat saya kerana TELCO ialah perkara yang saya begitu minat! Wallahualam mungkin dari Genetik orang di rumah saya kerana beliau pun didalam bidang ini^_^ Semua benda sekarang menggunakan mobile. Dan kadang-kadang aura untuk saya terus bekerja di CELCOM semakin kuat mengetuk pintu hati saya.

Projek yang sedang berjalan sekarang ialah 'Rehoming'. Ubah port 3G dari RNC 5 ke RNC 13(RNC ialah equipment 3G) iaitu equipment baru. RNC yang digunakan ialah berjenama ALU(Alcatel Lucent). Memang canggihlah mesinnya. Kenapa perlu tukar? Supaya capacitynya lebih besar dan speednya lebih laju lagi jika hendak download. Dan hari ini tinggal 9 port yang perlu diubah. Diantara proses2 yang dilakukan ialah antaranya, mapping menggunakan software ALU, satu team standby dan ubah port di site. microwave bukanlah bahagian saya tetapi semua connection ke microwave ialah melalui fiber Optic kerana fiber Optic merupakan Tulang belakang area topology. Begitu juga project2 TM sekarang, HSBB adalah projek besar yang tidak lama lagi akan diimplement. Majoritinya menggunakan Fiber Optic. Sudah tentu menggunakan kos yang amat besar dan risiko yang tinggi. Sama-sama kita doakan supaya project GLC Company itu berjaya. InsyaAllah.

Dan kini saya tidak lagi rasa keseorangan kerana ada engineer baru yang baru masuk.Iaitu Ayub dan Asyraf. baru best bekerja ramai-ramai..^_^

Abg Asyraf

Bersama dengan ALU staff

mini PC - sungguh menarik minat ku



Nokia staff

Program Solat Hajat sempena H1N1


En Kamaruddin, selaku pengurusi Majlis menyampaikan sumbangan kepada Ustaz

En Syed Azmir, merangkak GM bahagian operation menyampaikan hadiah kepada Ustaz



Apa yang penting

Rezeki jangan ditolak.hehe


Abg Ayub(tepi sekali)


P/s: Ramadhan dah dekat, apakah persiapan kita? Makan jeke?
Category:
Reactions: 

0 tautan hati: